MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!

97 29 23
                                    

KABOOM!!!

Letupan jelas di depan mata berjaya menghapuskan separuh tubuh harimau itu. Pelajar-pelajar yang memerhati dari luar, terkejut melihat Cikgu Wan separuh nyawa. Farid Sattar tersenyum tenang sahaja. Cikgu Wan beralih ke soalan kedua pula walaupun masih berdaya untuk berlawan.

"Kau kena ingat, kelajuan kau tak semestinya membantu," kata Farid Sattar, sinis.

Cikgu Wan masih tidak lupa dengan situasi helah gelang tempoh hari. Dia sendiri tidak mampu selesaikannya dengan kelajuan. Kini, dia di'helah' dengan bom dalam buku pula.

Sekelip mata, Cikgu Wan meletakkan sekeping kertas kecil ke atas buku Matematik yang lain. Senyuman di bibir pengetua hilang entah ke mana.

"Apa?" Farid Sattar terpegun.

Sekali lagi soalan ketiga dan keempat dijawab dengan pantas oleh Cikgu Wan.

"Hehehe... Ada perahu, mahu berenang. Itulah bidalan yang boleh saya katakan dengan situasi ni, di mana saya buka buku lalu menutup semula dengan sekali imbas. Lepas tu, jawablah. Mudah," terang Cikgu Wan tiada pemisah dengan senyuman.

Farid Sattar terpegun. Memorinya terimbas kisah silam.

***
Tahun 1976

Lebih 30 tahun yang lalu, Farid Sattar mengajar di hadapan tiga pelajar sekolah menengah yang merupakan anaknya. Rumah yang berdinding kayu menjadi kelas buat mereka.

"Baiklah, anak-anak. Beritahu cikgu, apa yang kamu nak jadi bila besar nanti?" soal Farid Sattar mengukirkan senyuman manis.

"Peninju sukan SEA," jawab Mansor, anak sulung.

"Saya nak jadi pelumba kereta," kata Yahya, anak kedua.

"Milah pula nak jadi penulis manuskrip filem," ujar Kamilah, anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan.

"Hmm... besar juga impian Mansor ya," puji Farid Sattar, ceria.

"Mestilah, sebab nak lawan macam Muhammad Ali," kata Mansor berdiri sambil membuat lagak tinju.

Farid Sattar tertawa kecil.

"Kenapa? Salah ke?" kata Mansor kehairanan.

"Tak. Orang tak kata salah pun," kata Farid Sattar.

"Mentang-mentang dia pandai tinju..." kata Yahya yang duduk di sebelah abangnya.

"...memang sesuai jadi peninju sukan SEA," sambung Kamilah, ceria.

Mansor tertawa sakan sambil mencekak pinggang. "Hahaha! Mestilah!"

"Masing-masing ada kelebihan dan kebolehan tersendiri, macam Yahya pandai memandu kereta," kata Farid Sattar lalu memandang Yahya.

Yahya terkejut lalu berasa segan. Buku di tangan terus menutup wajahnya. Farid Sattar memandang Kamilah pula.

"Milah pula pandai menulis karangan," kata Farid Sattar lagi.

"Haha! Terima kasih," ucap Kamilah, ceria.

"Kalau ikut kata bidalan, 'ada perahu, mahu berenang', apa yang kita ada, gunakan sahaja. Jangan siakan," pesan Farid Sattar.

"Ayah, kami ada sesuatu nak bagi," kata Kamilah lagi.

Farid Sattar terkejut. "Benda apa?"

Kamilah memandang dua abangnya. "Bagilah."

Yahya baru teringat sesuatu lalu menyelak beg sekolahnya. Dia mengeluarkan sesuatu. Tiga beradik itu bangun lalu berjalan mendekati Farid Sattar.

"Nah, ayah!" ucap Yahya memberikan sebatang pen berjenama Montblanc.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now