MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN

182 29 7
                                    

"Baiklah, semua. Saya ucapkan tahniah kepada kamu kerana berjaya membunuh makhluk tu sebelum kehancuran bumi. Sebagai balasan, kami akan sediakan ganjaran," kata Danial Nabil berdiri di depan kelas.

Ilman Faiz berdiri. "Cikgu Danial, boleh tak kami ambil SPM result hari ni?"

Danial Nabil membalas senyuman. "Sudah tentu."

Maka, mereka semua bergerak ke dewan sekolah. Mereka-mereka yang bakal mengambil keputusan peperiksaan, mendengar taklimat dari pengetua Farid Sattar.

Setelah mendengar taklimat, mereka bergerak ke meja yang mewakili kelas masing-masing lalu mengambil keputusan SPM. Ada yang teruja. Ada yang menangis. Ada juga yang kecewa. Namun, kelas 5F, bukan. Kelas DSB sedikit pun tiada perasaan yang lain rasakan. Bagi mereka, hanya mampu senyum seribu makna.

"Mak? Ayah?" Iskandar terkejut melihat kedua-dua ibubapanya bersama.

"Macam mana..." Remaja itu hilang kata.

"Sebenarnya, cikgu kamu tu pernah nasihat ayah untuk bersama dengan Iskandar dan ibu kamu," kata bapa Iskandar.

Iskandar menangis kerana terharu dengan tindakan gurunya yang mahu mereka bersama.

"Kenapa ni, nak?" kata ibu Iskandar, lembut.

Iskandar dipeluk erat oleh kedua-dua ibubapanya dengan tangisan.

Sejurus tamat sesi mengambil keputusan SPM, para wartawan mula menyerang dewan.

"Sesi ambil SPM result dah habis!" ujar wartawan yang bergegas ke dewan.

Para anggota Pertahanan Awam segera menghalang mereka di situ termasuk Danial Nabil.

"Cepat masuk ke dalam bas yang dah tunggu di luar," arah Danial Nabil menghalang para wartawan.

Segelintir wartawan berjaya melepasi tembok manusia. Pelajar DSB dikepung wartawan. Mereka tidak tahu hendak membalas apa.

Tiba-tiba, sehelai kain besar melindungi satu kelas itu. Lima ahli Subject King melindungi mereka.

"Ayuh, mara ke hadapan!" arah Arif Hakimi berdiri di hadapan.

Lalu mereka semua bergerak ke pintu hadapan, menuju ke sebuah bas yang menanti mereka.

Sebaik tiba di hadapan, seorang demi seorang memasuki bas itu. Alif Najmi menjadi orang terakhir memasuki bas itu.

"Jimmy," tegur Arif Hakimi, kembarnya.

Alif Najmi memandang lelaki itu. "Apa?"

"Terima kasih, sebab ajar aku selama ni," ucap Arif Hakimi.

"Apa-apalah. Kau pegang ayat ni sampai kita jumpa suatu hati nanti."

"Ayat apa?"

"Musuh takkan berhenti selagi lawannya masih berdiri."

Arif Hakimi tersengih. "Akan ku ingat sampai mati."

***

Akhirnya, kelas 5F ditutup dan diletakkan pagar di sekeliling. Farid Sattar pula menyimpan barangnya untuk pemergiannya yang sudah pencen.

"Ayah," tegur satu suara.

Farid Sattar memandang punca suara itu lalu memandang dua insan yang amat dikenali.

"Yahya. Kamilah," balas Farid Sattar melihat dua anaknya demgan reaksi terkejut.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now