MUSIM 2: BAB 4-KOD

174 29 60
                                    

Seminggu berlalu bersama Khairil Ihsan.

"Baiklah. Jaga diri ya balik rumah tu. Cikgu nak ke beli Yong Taufu dekat Shanghai. Yi, er, san. Go!" kata Cikgu Wan berdiri di muka pintu.

Cikgu Wan terus terbang keluar begitu sahaja. Para pelajar mengeluh melihat gurunya bertindak sesuka hati.

"Haih... Cikgu Wan ni..." keluh Siti Zulaikha.

"Selalu pergi macam tu je," kata Zafina Shahira, dingin.

"Dah la tu. Jom jumpa Cikgu Neraka," kata Hasbi cuba tenangkan situasi.

Para pelajar perempuan bergerak ke luar dari kelas.

"Saya balik dulu ya. Jumpa esok," sapa Farah Yasmine menggalas beg sekolahnya.

"Ya, jumpa esok," balas Iskandar.

Para pelajar lelaki pula masih belum mahu pulang. Malah, tertarik dengan kereta kebal kawalan jauh yang direka oleh Khairil Ihsan.

"Wah! Kau buat sendiri ke?" puji Ilman Faiz, kagum.

"Ya. Sejak aku kerja dekat kedai elektrik ayah aku, aku banyak belajar tentang barang-barang elektrik dan elektronik," jelas Khairil Ihsan menumpu pada video yang terpapar pada alat kawalan jauh itu.

"Kau pasang kamera ke?" soal Immanuel menyibuk.

"Yang tu... aku yang letak," celah Fauzi membetulkan cermin matanya.

Khairil Ihsan mengawal kereta kebal kawalan jauhnya. Laju dan lincah. Mereka yang melihat kereta kebal kecil itu pasti mengaguminya.

"Korang nak tahu tak kelemahan terbesar Cikgu Wan?" kata Khairil Ihsan sambil bermain alat kawalan jauh.

Mata mereka tertumpu pada wajah lelaki itu.

"Waktu aku di bawah jagaan Puteh, aku jadi bahan ujikaji, macam Cikgu Wan, lebih kurang. Puteh bagitahu aku kelemahan terbesar kami berdua... iaitu jantung," terang Khairil Ihsan tanpa emosi.

"Jantung?" kata mereka yang mendengar kata-kata lelaki itu.

Khairil Ihsan hanya mengangguk kecil.

Dari ruang Stratosfera, Cikgu Wan merasakan sesuatu di jangkaannya.

"Rasanya, dia dah bagitau kelemahan terbesar aku," monolog Cikgu Wan bersangka.

Kelemahan Cikgu Wan #26

Jantung

"Betulkah?" kata Zulhilmi ingin kepastian.

"Dekat bawah tali leher Cikgu Wan tu tempat jantung dia berada," terang Khairil Ihsan lagi.

Dalam asyik bermain kereta kebal kawalan jauh sampai keluar kelas, suara para gadis jelas didengar dari rakaman pada alat kawalan itu. Mereka memerhati video secara langsung itu. Pelajar perempuan berjalan keluar dari bilik guru.

"Okey, Cikgu Neraka. Kami balik dulu ya," kata Zafina Shahira melangkah keluar.

Tanpa disengaja, rakaman video pada alat kawalan itu terakam sesuatu dari bawah. Masing-masing merah muka.

"Kau nampak tak apa benda tu?" soal Hanif mula berdarah hidung.

"Aku rasa macam nampak sesuatu," kata Immanuel berfikir.

"Sama," kata Zulhilmi mencelah.

Iskandar hanya memerhati dari jauh. Jangan cakap yang korang nampak seluar dalam perempuan, kata hatinya.

"Tapi, tak jelaslah," kata Raivendra tidak puas.

"Aku cadangkan kita guna kanta fisheye," kata Fauzi memperbetulkan cermin matanya.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now