MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA

117 23 21
                                    

"Tahniah semua! Cikgu tahu kamu semua dah dapat surat tawaran awal ke pusat pengajian baru, kan?" ucap Cikgu Wan.

Masing-masing teruja dengan berita baik itu. Memang benar mereka semua mendapat surat tawaran ke pusat pengajian selepas SPM walaupun awal dikeluarkan. Cikgu Wan dengan bergerak laju meletakkan beberapa kepingan gambar di atas meja.

"Untuk itu, cikgu akan buat diari kelas ni dengan gambar yang cikgu pernah tangkap ni," kata Cikgu Wan.

Mereka yang lain terkejut. "Apa?"

"Hehe... Selama setahun ni, cikgu banyak tangkap gambar kamu semua dengan gaya selfie," kata Cikgu Wan lagi.

"Selama ni... dia stalk kita semua?" kata Zulhilmi, terkejut.

Serta-merta, mereka semua merampas gambar-gambar di atas meja depan itu kecuali Khairil Ihsan dan Alif Najmi. Gambar-gambar yang memalukan seperti, gambar Siti Zulaikha mencuba pakaian baru di pasaraya, gambar Raviendra bersin ke atas roti canai di kedai makan, gambar Hanif lari telanjang di pekan dan sebagainya, terus dikoyak menjadi cebisan. Cikgu Wan hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang reaksi. Dia mengeluarkan kamera Hanif yang pernah dirampasnya sebelum ini.

"Baiklah. Apa kata kita semua ambil gambar bersama di laman belakang?" pelawa Cikgu Wan.

Maka, mereka semua bersetuju lalu bergerak ke laman belakang kelas. Cikgu Wan muncul dengan kostum yang diambilnya entah dari mana. Dia tolong anak muridnya memakai pakaian dengan kelajuan cahaya.

"Baiklah! Senyum!" kata Cikgu Wan bertindak menangkap gambar mereka semua.

Sedang asyik menangkap gambar dengan pelajar lain, Danial Nabil muncul.

"Selama setahun cikgu dekat sini, cikgu sudah boleh percayakan kamu semua walaupun cikgu bertindak keras suatu masa nanti," kata Danial Nabil dengan senyuman kecil.

Iskandar membalas senyuman. "Terima kasih."

"Err... " Niratcha muncul dengan kurang waras.

"Cikgu Neraka dari tadi macam tu," kata Immanuel kehairanan.

"Mungkin minum ketum tiga gelas rasanya," kata Hanif, bersangka buruk.

"Mula-mula, ucapan. Lepas tu... lima kali sehari. Then... puasa. Kemudian... zakat. Akhirnya... honeymoon ke Mekah~" kata Niratcha mabuk cinta.

Mereka yang melihat karenah Niratcha hanya kekok.

"Dengar cerita Cikgu Neraka dah peluk Islam beberapa hari lalu," kata Hasbi.

"Tapi perangai tak ubah langsung," kata Amira.

"Cikgu Neraka kekal macam neraka," kata Fauzi mendatar.

Cikgu Wan tiba-tiba menarik Danial Nabil dan Niratcha ke suatu kawasan lapang. Dia sempat menukarkan pakaian mereka.

"Baiklah. Senyum!" kata Cikgu Wan mengacu kamera ke arah pasangan 'pengantin' lantas menangkap gambar.

"Apakah?" Danial Nabil terasa geram dengan situasi sekarang.

"Alaa... abang Danny ni. Tak sabar tau malam pertama kita♡." Niratcha dilanda mabuk cinta.

"Minah ni..."

"Okey, kita akan tangkap gambar di seluruh negara!" kata Cikgu Wan sejurus memasukkan semua pelajarnya ke dalam bas.

"Apa semua ni?"

"Cikgu nak bawa ke mana?"

Cikgu Wan yang duduk kusyen pemandu bas, meregangkan tangannya ke dua batang tiang, macam lastik. "Baiklah, semua! Up up... and away!!!"

Kelas DSBWhere stories live. Discover now