MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN

90 29 16
                                    

Ayda Jebat menyerang Cikgu Wan dengan penuh dendamnya. Tawa psiko mengilai.

"Apa yang patut kita buat?"

Itulah persoalan yang bermain di fikiran mereka.

Tiba-tiba klon Cikgu Wan muncul di belakang di hadapan para pelajar.

"Anak muridku, cari jalan untuk hentikan Farah Yasmine. Cikgu akan sengajakan ekor dia menusuk jantung cikgu. Benda ni akan buatkan dia terleka sedikit," kata Cikgu Wan.

"Tapi, macam mana nak hentikan Yasmine tu?" Zulhilmi kebingungan.

Iskandar berfikir sejenak. Pistol dan pisau sudah pasti mencederakan mereka. Dia terfikir sesuatu.

"Ughh!!" Cikgu Wan menerima tikaman pada jantung.

Klon di hadapan mereka tadi terus lesap. Mereka mula cemas.

"Macam mana ni?" Fatin Shahirah cemas.

"Aku tahu!" kata Iskandar mendapat idea.

Sementara Cikgu Wan bertarung dengan nyawa, Iskandar memasuki gelanggang itu. Dengan segala kudrat, Cikgu Wan membalas serangan lalu memeluk Ayda Jebat dari belakang.

"Lepaslah!" arah Ayda Jebat tidak mampu bergerak.

Mata Ayda Jebat tertumpu pada Iskandar yang sudah berada di hadapan. Iskandar menghela nafas, cuba tenangkan diri sendiri. Pipi Ayda Jebat disentuh. Satu kucupan dalam menghinggap di bibir Ayda Jebat. Gadis itu terkejut. Begitu juga yang lain. Alif Najmi mengambil kesempatan menangkap gambar mereka berciuman manakala Zafina Shahirah merakam aksi mereka.

"Erhh..."

"Ermm..."

"Emphh..."

Ayda Jebat cuba menolak tubuh Iskandar jauh darinya. Sayangnya, lemah.

"Umphh..."

"Umm..."

Nafas semakin sesak nafas. Desahan dan nafsu semakin kuat hinggakan sifat psikonya hilang entah ke mana. Dia semakin lemah lalu melelapkan mata, pengsan.

"Finish her!" ujar Iskandar sejurus melepaskan kucupan itu.

"Baiklah!" Cikgu Wan mengeluarkan ekor dari badan Farah Yasmine. "Fatality!"

Mereka yang lain segera menghampiri Cikgu Wan sebaik api dipadamkan.

"Cikgu Wan!"

Cikgu Wan melutut lalu termuntah darah akibat kesan tikaman pada jantungnya. "Uhuk! Uhuk!"

Bang! Satu tembakan jarak jauh dilepaskan.

Mujurlah Cikgu Wan sempat mengelak. Dia melihat dua susuk tubuh yang berdiri jauh.

"Budak tak guna," kata Puteh Nur berdiri di sebelah seorang penembak.

"Penat aku nak layan permainan ni. Sudah masa untuk aku selesaikan cara sendiri," kata Puteh Nur lagi lalu menanggalkan topengnya.

Cikgu Wan melihat wajah lelaki itu. "Macam kenal. Tak syak, dia tu..."

"Masih ingat aku lagi, kan?" kata Profesor Rizki dengan mata kirinya buta.

Mereka berdua beredar dari situ.

"Tak guna." Cikgu Wan mengeluh.

Tubuh harimau itu dipeluk oleh Farah Yasmine.

"Yasmine... minta maaf," ucap Farah Yasmine sambil menangis.

"Tak mengapa. Cikgu maafkan." Cikgu Wan memandang anak muridnya.

"Baiklah. Macam yang cikgu janjikan, cikgu akan ceritakan apa yang sudah terjadi," tambah Cikgu Wan.

"Suatu ketika dahulu, cikgu... bukan... 'dia' seorang pembunuh yang digeruni semua orang. Dia menjadi buruan anggota mafia, yakuza, gengster dan polis dari seluruh dunia. Dengan kepakaran menyelinap yang dia ada, dia bagaikan hantu dalam permainan pembunuh. Akhirnya, orang gelarkan dirinya... Ghost."

***

Ghost sejak kecil lagi menjadi pembunuh. Hanya berbekalkan ilmu dan pengalaman, dia membunuh beribu-ribu mangsa.

Suatu hari, Ghost ditangkap untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji.

"Oi! Nanti kau perhatikan dia," arah Profesor Rizki.

"Ya, baik," balas Zalina yang merupakan tunang Profesor Rizki.

"Jangan curi tulang pula. Dengar tak?"

Fail dihempas ke kepala Zalina.

"Ah, aduh! Ya, dengar ni." Senyuman kecil terukir biarpun disakiti.

Bukan pertama kali Zalina dipukul sebegitu. Sudah berkali-kali sejak mereka bekerja di makmal itu. Profesor Rizki beredar dari situ. Zalina mengeluh kecil. Matanya tertumpu Ghost yang berada di dalam kurungan yang berdindingkan gelas.

"Err... Awak apa khabar?" sapa Zalina, mesra.

"Siapa laki tu?" kata Ghost memandang wajah Zalina.

"Tunang saya. Lepas kahwin nanti, dia nak saya kerja sini dengan dia. Tapi saya lagi suka jadi cikgu."

"Cikgu?"

"Cikgu dengan SMK Muadzam Shah. Comel saja pelajar saya dekat sana."

"Oh, begitu." Ghost seperti tidak berminat.

Ghost, lelaki yang kurus dan tinggi. Matanya berwarna ungu dan rambutnya hitam. Tampan, sudah pasti. Itulah dia sebelum dimutasikan.

"Argh!" raung Ghost sebaik kolar elektrik yang dipakainya merenjatnya.

Ghost rebah.

"Encik! Encik!" panggil Zalina terkejut.

"Masa rehat dah tamat. Masa bekerja balik," arah Profesor Rizki menerusi pembesar suara.

Zalina mengikut perintah. Hatinya lembut biarpun dengan pembunuh berbahaya. Fail dari meja diambil.

"Awak okey, tak?" ujar Zalina berdiri menghadap dinding kaca.

Ghost bangun semula setelah hilang rasa renjatan elektrik itu. "Saya okey."

Pintu makmal dibuka kasar. Profesor Rizki muncul.

"Orang suruh sambung kerja, bukan bersembang!" kata Profesor Rizki dengan marah.

Fail dari tangan Zalina diambil, mahu dihempuk ke kepala wanita itu lagi. Zalina meletakkan tangannya di atas kepala, sedia terima pukulan itu.

Tang! Tumbukan kuat ke dinding kaca, membingitkan telinga profesor itu.

Profesor Rizki rebah dek penangan bunyi bengang itu. Zalina memandang Ghost, terpegun.

"Tak perlu terima kasih," ucap Ghost mengukirkan senyuman manis.

Sejak detik itu, hubungan mereka semakin rapat.

Dalam tiga bulan, Ghost mula berubah bentuk badan. Tubuhnya mula berbulu. Rambutnya pula mula luruh secara perlahan. Lebih teruk, dia seringkali muntah darah.

"Awak tak apa-apa?" kata Zalina yang memerhati dari luar lokap kaca.

"Saya okey. Uhuk! Uhuk!" Sekali lagi Ghost terbatuk darah dek kesan ubat mutasi.

Ghost berdiri. Senyuman manis terukir. Zalina membalas senyuman.

"Jadi..." Zalina menyemak fail di tangan.

"Macam mana dengan awak sekarang?" soal Zalina menumpukan pada kerjanya.

"Rasa macam membesar... dan terasa ada bulu di badan. Rambut pula makin gugur," jawab Ghost, jujur.

Zalina menutup failnya lalu memandang lelaki itu. "Awak nak tahu tak? Saya dapat pelajar baru dekat sekolah."

"Pelajar baru?"

Zalina mengukirkan senyuman mesra.

"Ya, pelajar dalam kelas 5F."

#vote

Kelas DSBWhere stories live. Discover now