BAB 4-TUMBESARAN

299 51 106
                                    

Satu hari yang indah, Cikgu Wan membeli barang di 7Eleven. Dia meletakkan duit di atas kaunter.

"Nah, simpan baki," kata Cikgu Wan menyamar seperti orang biasa.

Jurukaunter 7Eleven terasa pelik terhadap pelanggannya itu. Cikgu Wan berjalan keluar dari kedai itu.

"Tolong!" jerit seorang wanita.

Cikgu Wan memandang suara itu lalu melihat seorang wanita warganegara Thailand cuba dirompak sekumpulan lelaki.

"Lepaslah! Saya nak ajar budak dekat sekolah ni!" ujar wanita 20-an itu.

"Oh, cikgu rupanya. Boleh tak cikgu ajar kami?" kata salah seorang lelaki itu, gatal.

"Tak apa. Biar saya ajar kamu bertiga," celah Cikgu Wan muncul di belakang mereka.

Tiga lelaki yang mengganggu wanita itu terus dicampak masuk ke dalam kereta dalam sekelip mata. Kereta dibalut dengan kain mana entah dirembat Cikgu Wan.

"Nah, cikgu akan ajar kamu jaga adab!" ujar Cikgu Wan kepada tiga lelaki itu.

"Wah, terima kasih!" kata wanita itu tersenyum lantas memeluk Cikgu Wan.

Cikgu Wan menjadi malu-malu kucing.

"Boleh tak cikgu tunjukkan saya jalan Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah?" kata wanita itu lagi.

"Oh, kebetulan saya nak ke sana juga. Apa kata saya teman cik ke sana," balas Cikgu Wan, mesra.

"Terima kasih!"

⭐⭐⭐

Pelajar kelas 5F melihat guru baharu mereka mendakap Cikgu Wan. Danial Nabil berdiri di depan kelas, menghadap murid-muridnya.

"Baiklah, kelas. Mulai hari ni, kamu akan ada guru Bahasa Inggeris, Niratcha dari negara jiran," kata Danial Nabil dengan nada dingin.

Para pelajar melihat Niratcha memeluk manja. Tangan harimau Cikgu Wan diletakkan di atas buah dada Niratcha. Wajah harimau Cikgu Wan berubah menjadi wajah kucing.

"Miao~" ujar Cikgu Wan, manja.

"Gatalnya," kata Hasbi.

"Dah terbukti, harimau dari keluarga kucing," kata Syamil, dingin.

Kelemahan Cikgu Wan #5
Buah dada

⭐⭐⭐

Cikgu Wan bermain bola sepak bersama anak muridnya sambil mengelak setiap serangan. Dari jauh, Niratcha memerhati sambil menghisap rokok. Danial Nabil menghampiri wanita itu.

"Kau yakin ke boleh bunuh dia tu?" soal Danial Nabil, dingin.

"Huh? Kau sedar tak kau cakap dengan siapa?" balas Niratcha, turut dingin.

"Niratcha, pembunuh antarabangsa dikehendaki yang telah membunuh seramai 150 penjenayah yang lain."

"So, watch your mouth."

Rokok yang hampir ke puntung, terus dijentik keluar dari jendela. Langkah diatur keluar dari kelas itu. Danial Nabil memerhati wanita itu bertindak dari dalam.

"Cikgu Wan!" panggil Niratcha berwajah ceria.

Permainan terhenti seketika. Cikgu Wan memandang Niratcha.

Dbokk! Sepakan mengenai kepala Cikgu Wan tidak dihiraukan.

Tangan Cikgu Wan dipegang erat. Niratcha merapatkan buah dada ke dada Cikgu Wan. Wajah Cikgu Wan menjadi kucing lagi. Matanya hilang tumpuan, malah tertarik pada buah dada Niratcha yang besar.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now