Bab 8

2.2K 157 58
                                    

ASYINA berjalan longlai masuk ke dalam rumah. Terlalu penat sampaikan tidak larat kakinya hendak melangkah.

"Assalamualaikum," salam dilaungnya perlahan.

Dia merasa penat sangat hari ini. Padahal tak ada benda lain pun dia buat selain membuta lagi di dalam kelas. Mungkin penat sebab banyak tidur kut.

"Waalaikumsalam," balas seseorang membuatkan Asyina terhenti dari langkahnya.

Dia kenal suara itu milik siapa. Tentulah suara seseorang yang telah lama dia rindu! Asyina menoleh. Terlihat sosok tubuh abangnya yang berdiri tidak jauh dari tempat Asyina.

"Abang!" jerit Asyina.

Dia berlari mendapatkan abangnya itu. Pelukkan erat diberi oleh Asyina.

Muhamad Ahsyaf. Berumur 25 tahun. Dia ni baru tamat dari pengajiannya di Korea. Sudah 6 tahun dia berada di Korea, muka pun dah macam oppa-oppa Korea!

"Huhu.... Ina rindu dekat abang," ucap Asyina.

Abangnya sajalah tempat dia nak bermanja kerana ayahnya selalu tiada di rumah. Biasalah. Kerja ayahnya yang sebagai polis memang susah nak cuti apatah lagi meluangkan masa dengan keluarga.

Ahsyaf mengusap kepala Asyina. Senyuman lebar dia ukir. Kasihan pada si adik.

"Alolo, adik kesayangan ini.... Abang pun rindu tau dekat adik. Dah, sekarang ni adik pergi mandi dulu okey?"

Asyina melepaskan pelukkannya.

"Abang Syaf ada bawa ole-ole tak?" tanya Asyina sambil menayangkan senyum beruknya itu.

Ahsyaf menggelengkan kepala. Tentu saja ada ole-ole buat si adik. Dia tidak mahu pulang dengan tangan kosong saja. Kena bawa balik juga cenderamata atau buah tangan.

"Ada. Dah, pergilah mandi sana. Busuk dah."

Asyina tertawa kemudian segera dia berlari anak ke bilik. Gembira dia bila abangnya sudah pulang. Dapatlah bermanja-manja macam dulu. Lagipula si ayah sekarang tiada di Malaysia. Ada di Thailand, sedang ada tugas di sana.

PUAN DAYAH membuat milo panas kemudian menghidang beberapa kuih buat anak sulungnya itu. Senyuman tak pudar dari bibir si ibu.

"Mak ni kan janganlah senyum macamtu. Karang bertambah manis air ni mak," usik Ahsyaf.

Bertambah lebarlah senyuman maknya itu. Anak dia ini pandai sunggug nak berkata manis. Tidak sangka pula diam-diam ubi berisi.

"Amboi, semenjak ke luar negara tu kemain lagi belajar berpickupline ye? Amboi, bertuahnya!" balas si ibu membuatkan Ahsyaf pula tertawa.

"Hah, abang! Mana hadiah dari luar negara?" Asyina duduk di sebelah Ahsyaf.

Dia menjongketkan keningnya memandang Ahsyaf. Signal suruh bagi hadiah tu cepat-cepatlah itu!

"Ish, kau ini, Ina. Abang kau baru balik tu kan? Sibuk nak hadiah kenapa? Hah, Syaf. Hadiah untuk mak tak ada ke?"

Asyina mencebik.

"Alah, mak tu apa kurangnya? Minta juga hadiah. Hmph!"

Ahsyaf tertawa kecil sebelum kepalanya digelengkan. Ada-ada sajalah dua beranak ini.

"Ada ni hah Syaf beli. Hah, untuk mak Syaf cuma mampu belikan beg tangan dengan gelang emas ni aje."

"Wuu, mak dapat emas? Habis Ina dapat apa?" sampuk Asyina.

"Hah, kalau untuk adik kesayangan abang ni abang bagi baju!"

Ahsyaf menunjukkan dua helai baju yang satunya berwarna biru dan satunya lagi berwarna hitam. Plus dengan gambar BTS, siap ada tandatangan lagi WEYH!

"Waa, BTS!" Asyina segera mengambil dua helai baju itu.

Tak percaya dia lihat. Siap ditandatangan lagi. Fuhyo, hebat sungguh!

"Abang buat sendiri eh tandatangan ni?" Asyina mengecilkan matanya cuba memastikan ianya benar ataupun palsu.

"Eh, tolong ye. Abang dapat tandatangan diorang sendiri tau! Nasib sajalah kenal dengan staff sana. Dapat jugalah bergambar dengan diorang."

Sengaja Ahsyaf menunjukkan gambarnya dengan ahli BTS dalam telefonnya. Asyina menjeling. Sengaja nak bagi jeles. Apa-apa pun baju ni tetap milik dia!

Asyina memeluk erat baju itu.

"Terima kasih tau abang..." ucap Asyina kemudian mencium pipi Ahsyaf sekilas.

Ahsyaf tersenyum bangga. Kalau dipuji lebih-lebih nanti dia terbang pula. Aduhai. Maklum, dua beradik ini kan army. Samalah macam author. Guluk-guluk.

AMIRA mengerutkan dahi. Dia tertanya-tanya kenapa Asyina mengajaknya makan malam di rumahnya. Selama ini, haram dia nak mengajak makan di sana.

CALL

Asyina: Hey, my beautiful friend!

Amira: Hah, kenapa kau call ni?

Asyina: Aku sebenarnya nak ajak kau makan malam kat rumah aku harini. Kalau kau tak sibuklah.

Amira: Hmm... Boleh je. Tapi kenapa tiba-tiba je?

Asyina: Alah, kau datang jelah. Jangan risau. Aku hantar kau balik rumah punya!

Amira: Hah, yelah yelah.

Asyina: Okey, jumpa nanti malam!

end call.

'Ada apa eh? Kalau selalunya dia ajak makan, ini mesti ada benda yang baik jadi ni. Ke dia dah sedia nak berubah? Eh tapi apa kaitannya nak makan malam?'

Runsing fikiran Amira gara-gara memikirkan apa alasan Asyina mengajaknya makan malam. Jarang jadi hal sebegini. Kena hati-hati juga. Mesti ada agenda dia!

MAKAN MALAM

"Assalamualaikum."

Pintu dibuka luas. Terpapar wajah Amira dengan hanya memakai t-shirt long sleeve dengan seluar palazo yang berwarna hitam.

"Waalaikumsalam, princess."

Amira mengerutkan dahinya. Pelik dengan perangai Asyina. Selalunya bukan dia yang akan buka pintu. Sekarang rajin pula buka pintu? Ini sangat mencurigkan.

"Jemputlah masuk, wahai princess," ucap Asyina dengan senyuman lebar diukir dibibirnya.

Kadang itu buat seram juga kalau dia jadi rajin.

Amira hanya membalas dengan anggukkan lalu menapak masuk ke s
dalam. Dilihat sekeliling rumah itu. Tiada apa-apa yang pelik. Kenapa ya?

"Okey, jom pergi dapur."

Asyina menarik tangan Amira menuju ke dapur. Amira pula hanya biarkan saja dia ditarik begitu. Dia pun binggung kenapa. Macam tiber kan tapi ikut sajalah.

"Perkenalkan ini dia kawan baik Ina!" Asyina memperkenalkan Amira pada abangnya itu.

Ahsyaf menoleh lalu memandang tepat pada Amira. Mereka bertembung mata. Dup dup dup. Jantung Amira berdegup laju.

Matamu melemahkanku, saat pertama kali ku lihat mu~

Ahsyaf mengukir sebuah senyuman. Ah, manis!

"Marilah ajak dia duduk sini."

Argh, lembutnya suara!

Amira menahan tangan Asyina.

"Mamat Korea mana kau bawa rumah ni?" soal Amira membuatkan Asyina tertawa.

"Mamat tu abang akulah. Dia bukan orang Korea pun. Cuma dah 6 tahun duduk kat Korea. Itu pasallah muka dah macam oppa Korea." Asyina menerangkan kepada Amira.

Amira mengangguk perlahan kemudian menoleh lagi ke arah abang Asyina itu.

'Weh, kenapa aku tak tahu kau ada abang hensem macamni?' soal Amira di dalam hati. Dia tak pernah tahu kalau abang kawannya ini wujud.

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now