Bab 23

1.4K 103 1
                                    

NUR ASYINA tersenyum bangga bila dia dipuji oleh cikgu pagi ini. Mana taknya dia dipuji, semua latihan yang diberi dia siapkan. Betul pula tu. Mahu tidak kembang hidung dia kerana pujian? Amazing. Tapi semua itu sebabkan Ahsyaf yang membantu. Kalau tidak manakan pujian yang Asyina dapat. Tapi kalua cikgu dapat tahu, dan konfem-konfem kena bagi ceramah.

"Oi, kau apahal ni tersengih-sengih?" soal Amira. Pelik betul dia dengan si Asyina ni daripada tadi lagi tak berhenti tersengih. Macam seseorang yang tengah sengihkan pasal buah hati pula.

"Aku tersengih sebab cikgu puji aku tadi. Jarang-jarang tau aku dipuji macamni. Hahah." Asyina buat muka bangga.

Amira hanya angguk. Ingatkan sengih ingat pasal crush ke apa. Eleh, macam saja dia tak tahu siapa yang buatkan kerjarumah Asyina itu. Amira memang syak abang kepada Asyina. Siapa lagilah yang sanggup bantu Asyina selain daripada dirinya sendiri dan abang Asyina itu. Tak ada.

Pintu kelas mereka diketuk perlahan. Semua pelajar terus menoleh ke arah pintu. Masing-masing mahu lihat siapa manusia yang mengetuk pintu kelas mereka. Kut-kut lah ada artis ke apa kan.

Tapi malangnya bukanlah artis melainkan Diana si kakak sepupu kepada Asyina. Dengan baju pengawasnya.

"Maaf ganggu eh, aku nak panggil Nur Asyina. Asyina? Asyina ada tak?"

Asyina terus bangkit sambil tangan diangkatnya tinggi. Dia sedikit bingung kerana tidak mengetahui apakah sebab dia sampai dipanggil pengawas.

"Hah, Asyina. Mari sini kejap," panggil Diana.

Asyina bergegas mengatur langkah menuju kearah Diana .

"Kau nak tak jadi pengawas?" tanya Diana.

Asyina terkejut dengan pertanyaan dari Diana. Biar betul?

"Aku? Kau nak aku jadi pengawas?" soalan Diana dibalas dengan soalan.

Diana mengangguk. "Kenapa? Kau tak nak ke?"

Asyina menggeleng dengan pantas. Tak mahulah dia jadi seorang pengawas dengan sikap malas yang dia milki. Memang tidak lah.

"Aik, kenapa pula? Bukan tahun ini tapi untuk tahun depan lah. Kelas korang belum lagi bagi nama yang nak jadi pengawas buat tahun depan," terang Diana .

"Ah, taknaklah, kak. Ina malaslah nak bertugas. Dahlah pengawas banyak tugas nak buat. Taknaklah. Akak bagi kat orang jelah," saran Asyina. Dia memang tidak akan terima untuk angkat mana-mana jawatan.

Diana mengelipkan matanya beberapa kali.

"Hah, yelah. Kalau macamtu akak cari orang lain jelah. Betul tak nak jadi pengawas ea?"

Asyina mengangguk. Dia memang yakin dia tak mahu menerima jawatan tersebut.

"Hah, yelah. Okeylah, pergilah masuk kelas." Diana menepuk bahu Asyina perlahan kemudian menyusun langkahnya beredar daripada sana.

Asyina pula terus saja masuk ke dalam kelas semula.

"Ehh, si pengawas tu nak apa?" soal Amira.

"Oh, Kak Diana nak aku jadi pengawas buat tahun depan tapi aku tak nak," jawab Asyina.

Amira mengerutkan dahinya. 'Kak Diana?'

"Ehh, apasal kau panggil dia kakak? Dia kakak kau ke?" soal Amira bingung.

Asyina menggeleng. "Dia kakak sepupu aku lah! Bukannya kakak betul. Aduhlah kau ni."

Amira terus tersengih. Dia mengangguk-angguk kemudian tersenyum kambing di situ.

"Eh, dahlah. Tak payah nak buat muka kambing kau tu. Sekarang ni kau ajar aku cara buat isi untuk karangan ni. Cepat!" suruh Asyina bersungguh.

Amira terus mematikan senyuman kambingnya dan mengganti dengan wajah serius.

"Baiklah, mari kita mula sekarang," kata Amira dengan nada seriusnya.

"HARI INI Asyina jangan balik dulu. Saya nak kamu pergi siapkan kerja kamu dekat perpustakaan sana. Faham?" arah si Cikgu Sains.

Inilah akibatnya bila kau tertidur waktu cikgu mengajar. Kan dah tak siap kerja yang cikgu bagi. Layan sangat kantuk sampaikan kantung mata ni jadi berat. Akhirnya, tertidur. Sekarang mendapatlah habuan!

"Tapi cikgu. nanti saya nak balik macam mana?"

"Alahai, rumah kamu itu bukannya jauh dari sekolah kan? Kamu pakai ajelah basikal yang ada dekat belakang sekolah tu ha biar cepat sampai rumah. Ingat tau jangan balik selagi tak siap kerja tu." cikgu tidak mahu kalau Asyina buat kerja sambil lewa saja.

Asyina mengangguk perlahan.

"Ala, kau jangan takutlah. Murid memang takde tapi cikgu-cikgu masih ada kat sekolah. Pengawas library tu pun ada. Dah jangan risaulah." kata Amira memberi semangat.

"Kau temankan aku boleh tak?" Asyina membuat mimik muka comel. Tapi taktik dia tak berkesan. Amira sudah berjanji selepas saja selesai persekolahan, dia akan ikut si ibunya pergi ke pekan.

NUR ASYINA melangkah masuk ke dalam perpustakaan yang sepi itu.

"Haih, apalah nasib sorang-sorang kat sini." bebel Asyina sendiri.

"Ehem," dehem seseorang.

Asyina terus menoleh dan terlihat si pengawas perpustakaan; Hanif. Ya itulah yang aku nampak dekat nametag dia.

"Datang sini nak belajar ke nak membebel sorang-sorang hah?" soal Hanif dengan agak sinis.

Asyina tersengih kecil kemudian segera menyusun langkah ke meja paling hujung.

Hanif memerhati saja Asyina dari kaunter utama perpustakaan itu.

Asyina menggaru kepala. 'Aish, ni semua sebab terlampau nak siapkan kerja matematik punya fasal!,

"Tengah buat kerja rumah ke?" soal Ris Ayyad.

Terjongket bahu Asyina kerana terkejut. Dia terus menoleh ke arah Ris Ayyad yang sedang duduk disebelahnya memegang sebuah buku. Asyina mengelipkan matanya beberapa kali memandang kearah Ris Ayyad. 'Aik, sejak bila dia ada dekat sini?'

"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" tanya Asyina.

"Saya dah lama ada dekat sini. Takkan masa awak masuk tadi tak perasan saya kat sini?" soalnya kembali.

Asyina menggeleng. Rasanya dia tak nampak Ris Ayyad. Sekilas pun tiada langsung!

"Oh, sorrylah saya tak nampak awak. Saya pindah ye," Asyina mengangkat semula begnya dan mahu dipindahkannya disebelah.

Baru dia hendak bangun, tangannya ditahan oleh Ris Ayyad. "Tak payahlah. Dah duduk tu duduk ajelah."

Asyina pandang ke wajah Ris Ayyad kemudian tangan Ris Ayyad yang dipaut atas lengan yang berlapikkan baju sekolah. Asyina labuhkan punggungnya semula. Tak jadi dia nak pindah. Bila lagi dia dapat merasakan peluang emas sebegini rupa. Rugi kalau dia lepaskan.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Onde histórias criam vida. Descubra agora