Bab 12

1.9K 129 9
                                    

HARI INI Jona tidak ke sekolah lagi. Afiey kiranya nak minta maaf pada Jona tapi Jona pula tidak hadir. Afiey bercekak pinggang memandang ke arah meja kosong Jona itu.

'Elok sangatlah perangai si tomboy ni. Entah kenapa dia boleh masuk kelas 1. Dahlah susah nak hadir ke sekolah!' marah Afiey.

Seorang pelajar menepuk bahu Afiey. Afiey terus menoleh ke arah lelaki itu. Kening diangkatnya sebelah.

"Kau apahal ni Afiey?" soal lelaki itu.

Afiey melepaskan keluhan kecil. Dia menoleh kembali ke arah meja Jona itu. "Si budak tomboy inilah. Buat susahkan aku je nak catat nama dia tiap hari tak hadir sekolah."

"Ala, kau sabar jelah. Macam kau tak kenal si Jona tu macam mana," kata lelaki itu.

Yalah, semua dalam kelas 1 kenal bagaimana sifat Jona. Cepat marah dan perangai lelakinya yang tak sudah. Orang lain kalau terserempak dengan dia pasti akan cakap dia lelaki yang hakikatnya dia perempuan.

"Eh, dahlah. Aku duduk dululah. Pasal Jona ni aku sarankan kau jumpa dia dekat rumah dia ajelah. Bincang elok-elok dengan dia. Jangan bagi dia marah sudahlah. Karang ada pula gempa bumi." lelaki itu memberitahu kemudian dia menepuk bahu Afiey sekali sebelum dia ke tempat duduknya itu.

Afiey mengangguk perlahan. Ke rumah dia kah? Tapi apa pula nanti kata orang kalau dia sampai ke rumah Jona? Aish! Tak apalah! Peduli apa pada orang, sekarang ni yang pentingnya pasal si Jona itu hah.

'Ya, baiklah aku pergi jelah ke rumah si tomboy tu. Aish, apasal kena fikir pasal si budak tomboy tu pula? Haih, susahkan orang betullah!' Afiey bermonolog.

Afiey terus beredar dari sana dan melabuhkan punggung dikerusinya. Dia sudah setkan di mindanya bakal ke rumah Jona selepas tamat persekolahan hari ini.

AMIRA tersengih bila memandang nama 'Ahsyaf' pada kertas berwarna merahnya itu. Amira ni dah betul angau dah dekat abang si Asyina ini. Bahaya betul.

"Amboi, kau. Kemain lagi sengih sampai ke telinga kan? Eh, dengan nama abang aku kat kertas. Amboi, kau!" tegur Asyina.

Amira terkekek sebelum dia menoleh kearah Asyina. "Alahai kau ni.... Aku bukan buat apa pun lah. Setakat tengok nama dia aje pun."

"Hah, iyalah. Mula-mula tu nama nanti karang gambar pula. Lepastu orangnya. Ei, kau jangan Amira!"

Amira memukul lengan Asyina. "Kau inilah kalau bercakap tak reti nak kecilkan volume kan?"

Kini giliran Asyina pula yang tersengih. "Alah pasal tu janganlah ambil hati. Macam kau tak kenal aku kalau bercakap mesti nak memekak kan. Heheh."

"Banyaklah kau punya heheh. Dahlah, malas aku nak layan kau. Lebih baik aku siapkan nota. Daripada melayan kau ni. Apa pun tak ada tau!" Amira menyimpan kertas itu kemudian dia membuka buku teks sains pula. Bukannya marah pun, geram sikit aje.

"Alah, marahlah pula. Oh, okey. Kalau macamtu.... lepasni jangan harap aku bagi tengok abang aku lagi."

Amira tersentak. Alahai, si Asyina ini. Ada saja yang dia mahu ugut dengan si Amira. Tahulah Amira sekarang tengah angau dengan abangnya. Ugut bagai!

"Ala, ala, ala.... Yelah aku minta maaflah. Aku salah. Kau janganlah marah lagi." Amira memujuk Asyina. Asyina pula sengaja tak mahu melayan pujukkan Amira itu.

AFIEY memerhati saja telatah Jona yang sedang menyapu kaki lima kedai runcit milik neneknya itu. Satu keluhan dia lepaskan sebelum langkah disusun menuju ke sana.

"Assalamualaikum," salam diucap oleh Afiey.

Jona segera menghentikan kegiatannya kemudian menoleh ke arah Afiey, "Waalaikumsalam."

Dia kemudian menyambung semula membuat kegiatannya.

Afiey berdehem kecil. "Kau sihat?" soal Afiey.

"Aku sihat ke tak kau peduli apa?"

Afiey mengenggam tangannya. 'Ah, kau tengoklah gaya si tomboy ni. Karang ada juga makan penumbuk!' Afiey cuba bersabar dengan Jona.

"Kau ni memang tak reti langsung nak cakap elok-elok dengan orang kan? Aku datang sini nak berbincang, bukannya nak gaduh."

Jona tidak menjawab.

"Woi, kau dengar tak ni?"

Tiada jawapan lagi.

Afiey benar-benar sudah hilang sabar.

"Ei, tomboy apa masalah kau ni?!" tengking Afiey.

Dek kerana hati juga naik geram, Jona melempar penyapu itu ke lantai. "Kau lah yang apa masalah?! Kau kalau datang sini cuma nak sakitkan hati aku baik kau berambuslah! Aku tak hingin lah nak tengok muka kau!"

Jona menjeling kemudian menapak masuk kedalam. Afiey menggaru kepalanya kasar, keluhan kasar turut dilepaskannya. 'Apa dah jadi ni? Elok tadi niat dia nak bawa bincang alih-alih jadi pula gaduh? Apahal ni?'

Afiey menggelengkan kepalanya. Susah betul nak bercakap dengan orang yang panas baran. Tanya, salah. Tak tanya, lagilah salah. Aish!

Afiey segera beredar daripada sana. Tak mahulah karang kalau dia makin lama disana ada pula nanti kes bergaduh.

JONA menghempaskan punggungnya di kerusi. Panas betul hati dia bila tengok Afiey. Apalagi dengan pertanyaan dia lagilah menyakitkan hati! Jona menyilangkan tangannya. Dia kemudian berfikir sejenak. Tapi apa yang ditanya Afiey tadi ya?

Kemudian terimbas kembali ucapan Afiey sebentar tadi...

"Aku datang sini nak berbincang, bukannya nak bergaduh."

Jona menepuk dahinya. 'Aduhlah, Jona. Kau dah kenapa ni? Dia cakap dia nak bincang kan? At least dengarlah dulu apa yang dia nak cakap!' Jona bermonolog.

Jona melepaskan keluhan. 'Aduhai, salah aku juga sebab tak menjawab tadi. Entah, rasa meluat lah bila berdepan dengan dia. Lebih lagi pasal kemarin. Perghz memang takleh go.'

"Jona..?" panggil sang nenek ke arah Jona yang dengan muka bermasalahnya itu.

Jona tersentak. Dia segera menoleh ke arah neneknya. "Ya nek?" sahut Jona.

Nenek tersenyum kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan si cucu.

"Apa yang kamu gaduhkan tadi?" soal si nenek membuat Jona sedikit terkejut.

'Jadi nenek nampaklah apa yang jadi tadi?'
Jona menganggukkan kepalanya perlahan.

Nenek menggelengkan kepalanya. "Kenapa bergaduh? Bukankah Jona dah janji takkan jadi pemarah lagi?"

"Jona minta maaf, nek. Jona tak boleh nak ikut janji yang Jona buat. Jona masih lagi tak boleh buang sifat pemarah ni." Jona sedih kerana tidak bisa membuang sifatnya itu.

Sang nenek mengambil tangan Jona kemudian diusapnya perlahan. "Tak apalah Jona. Nenek faham. Tapi atas apa yang jadi tadi Jona kenalah minta maaf."

Jona hanya diam. Minta maaf? Ini bukanlah hal yang mudah buat dia. Memang sukar bagi dia untuk mengucap maaf pada orang selain dari neneknya.

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now