Bab 16

1.6K 126 29
                                    

ASYINA memukul-mukul kepalanya menggunakan bantalnya yang berwarna merah jambu itu. Dah kenapa si Asyina ?

Asyina teringat akan kejadian kemarin itu. Wah, habis malu dia bila crush yang nampak dia dalam keadaan kecemasan begitu. Takkah gila tu?

---

Asyina melepaskan nafas lega. Wah, akhirnya dah siap membuang ni lega sikit sakit perutnya itu. Kalaulah dia tak berterus-terang tadi, konfem dah membuang kat luar.

Asyina membetulkan tudungnya yang senget kemudian dia merapikan baju serta skirtnya. Dia menoleh ke arah pintu. Sekarang pula bermasalah.

Macam mana dia nak menghadap lelaki yang bernama Ris Ayyad itu diluar sana? Keluar lepastu cakap 'Lega dah selesai.'
Eh, takkah macam gila cakap macamtu?

Eyylah sekarang macam mana ni? Takkanlah tak keluar-keluar daripada tandas? Lagilah mencari nahas namanya!

Asyina berjalan perlahan mendekati pintu. Ketika tangan dia ingin mengetuk pintu itu, dia terhenti. Dia terdengar Ris Ayyad sedang berbicara dengan seseorang.

Ris Ayyad. Dia menahan ketiga orang pelajar lelaki yang ingin masuk ke tandas.

"Eh, pahal pula ni? Kitorang nak pergi tandaslah, Ris. Dah kenapa kau ni?" tanya salah seorang pelajar itu.

Ris Ayyad menggelengkan kepalanya.

"Korang tak boleh masuk."

Ketiga pelajar itu saling berpandangan. Dah kenapa pula?

"Kenapa? Ada spotcheck ke sebelum masuk dalam tandas hah?"

Ris Ayyad menjongketkan keningnya. Idea yang bernas tuh. Sengih kecil Ris Ayyad tayang.

"Nak spotcheck ya? Korang nak? Hah mari sini."

Mereka bertiga terus berundur. Kenapa takut pula ni brader? Macam memang ada bawa benda terlarang aje?

"Ah, takpelah. Tak jadi rasanya nak guna tandas, heheh." Mereka mula menyusun langkah, mereka mahu beredar daripada sana. Takut kantoi eah?

"Oi, korang nak pergi mana? Jalan ke kelas sebelah kiri," tegur Ris Ayyad.

Ketiga mereka menoleh kemudian tersenyum gementar. Wah, nampak sangat tacod nih.

Terus saja mereka lari naik ke atas kelas.

Asyina melepaskan nafas lega kecil. Baguslah kalau dah berambus. Tapi dia tak keluar lagi dari tandas. Hah, macam mana tu?

Ris Ayyad terus mengetuk pintu tandas itu.

"Lama lagi ke?" tanyanya.

Asyina terus tersedar kemudian menggaru kepalanya. Ah, pedulilah apa nak jadi.

"Dah siap dah. Hah, bolehlah buka," sahut Asyina.

Asyina terus menarik pintu, manakala Ris Ayyad pula menolak pintu itu dalam masa yang sama.

Tak semena pintu itu terhantuk pada kepala Asyina kerana Ris Ayyad menolak kasar pintu tandas itu. Alahai, ingatkan ada scene drama kan tadi? Hampeh!

"Aii!" Asyina meraung kesakitan.

'Aduhlah, sakit siot. Halah, dah kenapa encik kerush ni oi? Stres ke tengah panas? Tolak pintu tu elok-eloklah.'

Ris Ayyad kaget. Dia terus mendekati Asyina yang sudah duduk mencangkung itu yang sambil memegang kepalanya yang bekas terhantuk tadi.

"Eh, awak okey tak? Err, sorrylah. Saya tak sengaja."

Asyina mengetap bibirnya. Rasanya nak nanges pun ada. 'Huhu, abang.... tolonglah! Sakitlah kepala adik ni!'

Ceh, mengadu.

Asyina terus berdiri. Dia mengusap kepalanya perlahan sebelum menghadiahkan satu senyuman pada Ris Ayyad.

"Okey tak?" soal Ris Ayyad.

Asyina hanya mengangguk. Dia terus menyusun langkahnya keluar daripada tandas. Kerana malu dia terburu-buru berlari ke hadapan tanpa lihat ada kerusi kayu di sana.

Dan sekali lagi kejadian memalukan terjadi. Dia terlanggar kerusi itu lalu jatuh menyembah tanah. Alamak.

Membulat mata Ris Ayyad. 'Biar betul dia ni?!' Dia terus berlari mendapatkan Asyina.

"Hei, awak okey tak ni? Boleh bangun tak?" soal Ris Ayyad.

Asyina mengetap bibirnya. Aduh, kenapa boleh jatuh macamni? Bagilah jatuh yang seksi ke apa kan. Tak adalah buat malu. Aduh! Ini pun satu juga. Sudah jatuh, jatuh lagi!

Asyina terus bangun dan memandang ke arah Ris Ayyad dihadapannya. Dia memberikan senyuman. Kemudian sekali lagi Asyina bilang, "Saya okey."

Tak ada maknanya okey!

Satu cairan hangat yang berwarna merah keluar dari hidung Asyina.

Ris Ayyad mengerutkan dahinya.

"Itu. Hidung awak berdarah lah."

Asyina tersedar kemudian cepat saja tangannya mengelap cecairan merah dihidungnya itu. Astaga, makin comot!

"Ala, sikit je ni," ucap Asyina.

Ris Ayyad terus menahan tangan Asyina. Rimas betul dia bila Asyina selamba saja lap guna tangan. Tahu tak itu darah? Habis kotor!

Ris Ayyad mengeluarkan sapu tangannya yang berwarna kuning madu lalu dilapkannya hidung Asyina. Dia tidak mahulah kalau darah itu terus keluar. Kang kotor lagi bila Asyina lap dengan tangan. Haih, rimas.

"Nah, awak pegang dulu sapu tangan ni," arah Ris Ayyad.

Asyina pun akur. Kemudian Ris Ayyad mengeluarkan tisu dan dilapnya tangan Asyina yang kotor itu. Sudah siap dia bersihkan tangan Asyina, dia bersihkan pula sisa darah pada pipi Asyina.

Asyina masa tu buat apa? Kalau ikutkan, makin bertambahlah darah yang keluar dari hidungnya itu. Dia kaku. Dia sendiri pun tak tahu nak buat apa, diam sajalah yang mampu.

"Nah, awak tekan je sapu tangan tu kat hidung awak. Jangan biar meleleh keluar darah tu. Dan, nah, ini tisu untuk awak lap kalau ada bahagian muka awak yang kotor." Ris Ayyad memberikan baki tisu yang ada didalam plastik kecil itu kepada Asyina.

---

Asyina kembali ke realiti. Ohoi, malu gila bila ingat balik pasal kejadian yang tak dirancang dan tak disengajakan tu. Weh, lepasni nak menghadap muka dia macam mana?

Tapi perlahan bibir menguntum sebuah senyuman. Happy? Gila tak happy! Bukan senang nak dapat peluang keemasan macamtu tau! Aduhai.

Asyina memukul dahinya. 'Dah, sekarang ni stop fikir pasal benda tu. Apa yang harus kau fokuskan sekarang adalah macam mana caranya nak dapat keputusan cemerlang.'

Kalau nak ingat crush tu boleh juga rasanya. Sekali sekala. Sebagai penambah semangat untuk belajar. (•ω•).

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now