Bab 42

1.4K 98 4
                                    

SEPERTI kemarinnya, Asyina bakal menyalam tangan Ayyad lalu memerhati saja kereta milik Ayyad berlalu pergi ke pejabat. Kemudian barulah dia membuat kerja rumah.

KRING... Telefon milik Asyina berdering. Segera dia sambut. Tidak sempat dia melihat siapakah yang menelfonnya.

CALL

"Ya, hello?"

"Hello, Ina. Akak ni hah."

Asyina mengerutkan dahi. Kenapa pula tiba-tiba saja Diana menelefon dia ini? Setahu Asyina, dia belum lagi bagi nombor telefonnya pada Diana. Hairan.

"Ina sibuk tak hari ini?"

"Tak juga. Ada apa, kak? Akak nak datang rumah ke?"

"Eh, tidaklah. Akak sebenarnya nak ajak Ina keluar shopping. Tak ada teman akak nak shopping ni hah."

"Oh, shopping. Tak apalah, kak. Nanti lain kali sajalah. Ina minta maaf, kak."

"Eh, tak apa. Tapi... Ina cuma duduk rumah je kan?"

"Haah, kak. Kenapa?"

"Tak ada apa, Ina. Saja akak nak menanya. Eh, dahlah. Akak dah nak gerak pergi mall dah ni. Ina jaga diri tau."

"Iya..."

TUT. Panggilan dimatikan. Diana tersenyum miring. Bagus betul ya kau Asyina? Berani menolak pelawaan dari kakak sepupu kau sendiri? Tidak mengapa, kau tunggu nasib kau macam mana lepas ini!

ASYINA melepaskan nafas lega. Akhirnya, siap juga membersih rumah. Dapatlah dia berehat awal sikit hari ini. Haih, nasib sajalah dia tidak bekerja. Kalau bekerja, habis saja dia tidak dapat membersihkan rumah.

TINGDONG.... Belum sempat Asyina berbaring, dia dikejutkan dengan suara lonceng rumahnya itu. Asyina berjalan malas ke arah pintu. Dia menguak besar pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya Asyina bila ada dua orang lelaki bertubuh sasa berdiri tepat dihadapannya. Asyina menelan air liur. Apa pula ni?

"Ya, encik? Cari siapa?" soal Asyina.

Kedua lelaki itu tidak menjawab. Mereka terus saja masuk ke dalam. Tubuh Asyina ditolak kasar oleh seorang lelaki yang berbaju hitam itu. Manakala yang berbaju biru itu memijak kaki milik Asyina.

"ARH!" Asyina meraung kesakitan. Air mata Asyina mengalir deras sebaik saja lelaki yang berbaju hitam itu mengeluarkan pisau kecil. Diletakkan tepat pada pipi kiri Asyina.

"Amaran buat kau kalau kau cuba nak melawan!" garau kedengaran suara lelaki berbaju hitam itu.

Asyina hanya diam dengan esakkannya yang entah dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu berhenti. Asyina mahu menjerit meminta bantuan tetapi takut jikalau lehernya pula menjadi sasaran lelaki itu.

"Dengar sini, perempuan. Bos aku cakap dalam bulan ini saja kau dengan Ris Ayyad kena bercerai!" ucap lelaki itu.

"Tapi kenapa? Kenapa korang nak ganggu rumahtangga aku? Kenapa bos kau tu dengki sangat dengan kami?" Asyina tersedu-sedan kerana tangisnya masih lagi bersisa.

"Jangan banyak cakaplah, perempuan!" kata lelaki yang berbaju biru itu lalu memijak kuat kaki Asyina. Asyina meraung kesakitan lagi.

"Tolonglah lepaskan aku..." ucap Asyina. Kedua lelaki itu hanya tertawa mendengar akan apa yang Asyina ucap itu. Gila nak lepaskan kau? Penat-penat dibayar tinggi senang pula nak minta lepas? Memang tidaklah!

AHSYAF yang baru sampai di hadapan rumah Asyina itu mengerutkan dahi bila ada kereta hitam diparkir di hadapan pagar milik rumah Asyina itu.

"Hah, Ahsyaf. Kenapa tak masuk terus ke dalam?" soal si emak.

"Mak, kereta warna hitam dekat depan ni menghalang jalan lah, mak."

Mak Asyina mengerutkan dahi. Anak siapa pula yang parkir kereta macam letak cawan yang malas nak mencuci ni?

"Haih, siapa punya kereta lah ini? Sibuk betul dia duduk depan ni, Syaf. Eh, pergilah kamu panggil adik kamu tu dulu."

Ahsyaf mengangguk kemudian dia turun daripada kereta. Sempat dia membaca nombor plat kereta itu. SG 2130. Dia kemudian masuk ke dalam dan cuba memanggil adiknya. Tetapi entah kenapa tiba-tiba telinganya mendengar suara tangisan dari dalam rumah itu membuatkan Ahsyaf segera menendang pintu rumah tersebut.

Terkejut kedua orang lelaki itu dengan kehadiran Ahsyaf. Segera mereka mencuba untuk menewaskan Ahsyaf tetapi hampa! Ahsyaf ini jago dalam taekwando. Mustahil benar dia bakal dikalahkan begitu saja.

Seorang lelaki itu terpatah tangannya akibat bercuba keras untuk melawan Ahsyaf yang memang tidak tertanding itu. Tidak cukup dengan itu, mak Asyina pula memukul mereka berdua dengan beg tangannya. Lintang-pukang kedua lelaki itu lari mendapatkan mobil mereka. Mereka segera meninggalkan tempat tersebut.

"Ya Allah, anak aku!" ucap mak Asyina melihat keadaan Asyina yang terbaring lemah di atas lantai sehabis disiksa oleh kedua lelaki gila tadi!

"Asyina!" jerit Ahsyaf memanggil nama adiknya.

Asyina terus dikejarkan ke hospital kerana kakinya habis luka teruk akibat perlakuan gila si lelaki berbaju biru tadi. Nasib saja tak patah kaki Asyina dibuatnya!

Ahsyaf meraup kasar wajahnya. Bengang pula dia bila tidak dapat menangkap dua lelaki sialan tadi. Ikutkan hatinya, mahu saja dia bagi mati lelaki itu. Kerana merekalah Asyina kini berada di hospital dan bahkan hanya terbaring lemah di atas katil. Sayu hati maknya memandang wajah Asyina yang pucat lesu.

"ASYINA mana Asyina?!" jerit Ayyad dengan kerisauan tahap paling maksima!

"Ris, sini..." panggil Ahsyaf. Segera Ayyad berlari mendapatkan sang isteri yang sekadar tertidur di atas katil. Asyina belum sedarkan diri dari pengsan tadi.

Ayyad segera memeluk tubuh sang isteri. Air matanya mengalir deras. Ya Allah! Mahu saja dia menjerit sekuatnya tetapi sedar yang tempat itu adalah hospital jadi dia batalkan niat itu. Karang tak pasal-pasal kena tampar berjemaah dengan pekerja hospital sana. NAYA!

"Sayang... Bangunlah sayang..." ucap Ayyad sayu. Air matanya jatuh lagi. Merasa bersalah kerana tidak dapat mempertahankan isterinya sendiri.

"Maafkan abang, sayang. Sayang bangunlah. Abang ada bawa coklat yang sayang nak tau," ucapnya lagi. Memang segaja dia beli coklat kerana setiap hari pasti Asyina bertanya tentang coklatnya padahal baru saja dia habiskan.

"Sayang...."

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now