Bab 54

1.6K 93 3
                                    

SUASANA malam yang disinari dengan bintang yang berkelipan itu membuatkan malam menjadi berseri dan Asyina tersenyum tika melihatnya. Inilah apa yang dia mahu selamanya dengan suaminya. Bahagia yang berkekalan. Ayyad melingkarkan tangannya ke perut Asyina, memeluk erat tubuh Asyina dari belakang. Dagunya ditongkat di leher Asyina sambil-sambil dia menghidu betapa wanginya Asyina. Asyina tersenyum.

"Gatal ea, abang.." ucapnya membuatkan Ayyad tertawa kecil. Kemudian didongakkan kepalanya ke atas melihat bintang-bintang yang tidak terkira nilainya itu.

"Cantik malam ni kan, sayang?"

Asyina mengangguk, setuju dengan suaminya. Ciptaan Tuhan memang semuanya indah.

"Macam isteri abang ni. Cantik sangat," tambah Ayyad memuji isterinya. Asyina tersenyum.

"Sayang, lepasni apa pun yang jadi kita akan tetap bersama. Okay, sayang?"

"Mestilah, abang. Bukankah itu yang saya janjikan pada abang?" Ayyad yang mendengar tersenyum.

"Daripada habiskan malam indah begini dengan melihat bintang. Ada baiknya kalau kita berdua..." muncul suda idea nakal dari Ayyad.

"Eee, abang ni tak malu kan!"

"Memanglah. Lagipun abang minta bukannya dekat orang lain kan? Abang minta dekat isteri abang yang abang cinta ni." Ayyad mencium sekilas leher Asyina. Tergelak Asyina dibuatnya.

"Abang jangan nak menggatal dekat luar ni, abang. Nanti orang nampak!"

"Kalau takut orang nampak. Ah, marilah kita masuk ke dalam, sayang. Lain hal kita bincang atas katil sana," ucap Ayyad nakal. Asyina tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja suaminya ini. Ayyad memusingkan badan Asyina biar menghadapnya. Dipegangnya dagu Asyina lalu diangkat wajah Asyina memandangnya.

"I love you, sayang..." ucap Ayyad penuh kasih dan ikhlas semestinya. Asyina tersenyum kemudian merangkul leher Ayyad.

"I love you too, abang." Ayyad pula tersenyum. Perlahan-lahan bibirnya turun ke bibir Asyina.

This is the sweet taste ever! -Ayyad.

PAGI pun menjelma dengan sekejap. Ayyad terbangun kerana alarm telefonnya berdering tak henti. Akhirnya dia terbangun jua. Puas alarmnya menyuruh dia bangun tetapi tidak berjaya, dan akhirnya dia bangun juga. Ayyad memandang Asyina yang masih tidur pulas disebelahnya. Keadaan Asyina yang menekup wajahnya dekat dengan tubuh dia membuatkan Ayyad merasa Asyina tersangat comel.

Gatal pula tangannya mahu mengusik-usik rambut si isteri. Tersenyum lebar Ayyad melihat si isteri menggeliat kecil. Mungkin terasa juga dia disentuh rambutnya itu. Ayyad semakin tersenyum lebar.

'Kalau isteri secantik dan sebaik ini, mana mahu aku lepaskan. Barang yang rare, mana boleh lepas,' monolog Ayyad. Memang Asyina barang mahal dan rare. Cubalah cari, memang susah nak dapat. Kalau adapun pasti jodoh orang.

Kekalkan cinta dan bahagia ini, Ya Allah. Aku tidak sanggup kehilangan dia. Aku perlukan hamba-Mu ini, Ya Allah. Aku mahukan dia sentiasa ada bersamaku, Ya Allah. Engkau kekalkanlah kami bersama. Ris Ayyad berdoa.

Dia mencium lama pipi Asyina. Dia benar-benar tidak sanggup kehilangan Asyina. Walaupun hanya sebentar, dia tidak sanggup. Apa lagi jikalau Asyina tersakiti, dia juga tak sanggup melihatnya. Setiap air mata Asyina yang keluar akibat sakit yang dipendam, dia terasa begitu banyak salahnya terhadap Asyina.

Jikalau Allah mahu menarik nyawa Asyina, dia mau turut sama dengan Asyina. Bukan kerana lupa siapa sepatutnya dia cintai, tetapi dia tidak sanggup untuk merana di muka bumi ini atas pemergian Asyina suatu hari nanti. Jikalau sebaliknya ajal dia yang sampai, dia mahu Asyina bahagia. Biar dia sentiasa tenang di alam baharu sana.

DIANA ketawa terbahak-bahak didalam penjara itu. Entah apa yang dia ketawakan, tetapi pastinya dia sangat berpuas hati ketika melakukan aksi langgar-lari sehingga menyebabkan Asyina koma tiga bulan. Diana tersenyum miring. Dia pasti Asyina sudah menghadap Ilahi! Memang itulah apa yang dia inginkan. Untuk mendapatkan Ris Ayyad, dia perlu bertindak kasar dan kejam.

"Diana. Ada orang nak jumpa," ucap si kakak polis itu. Diana memandang kosong ke arah si kakak polis itu. Kemudian berjalan keluar dari penjaranya. Si kakak itu membawanya ke tempat persemukaan dengan pelawat.

Diana menggulingkan matanya sebaik saja melihat Aiman. Rupanya Aiman adalah orang yang mahu berjumpa dengannya. Diana rasa menyampah melihat wajah Aiman. Dia melabuhkan punggung di kerusi. Aiman kemudian mengambil telefon yang ada didekat hadapan itu. Diana turut mengambil telefon itu dengan keterpaksaannya. Bukan dia mahu berjumpa dengan lelaki ini, dia mahukan Ris Ayyad!

"Assalamualaikum, Diana."

Tiada jawapan dari Diana. Namun dari segi pergerakan mulut Diana, dia sedang membalas salamnya tetapi sengaja tidak mahu mengeluarkan suara.

"Awak sihat?" soal Aiman. Lama Diana diam sambil memandang saja Aiman diluar kaca tebal itu.

"Mana Ris?" tanyanya. Aiman melepaskan keluhan panjang. Tidak adakah soalan lain yang mahu ditanyanya?

"Aku tanya kau. Mana Ris?"

"Awak... cukuplah tu. Awak masih tak mahu berubahkah? Tengoklah awak dekat mana sekarang. Cukuplah, awak."

"EH! Aku tanya mana Ris. Aku tak nak dengar ceramah bodoh kau!" tengking Diana.

"Diana. Ris tak akan nak jumpa dengan orang yang dah buat isteri dia sakit!" marah Aiman. Dia sudah puas bersabar dengan Diana. Sudah duduk dalam penjara pun masih juga ego!

"Oh?" Diana tersenyum. "...itu yang sepatutnya Asyina dapat. Dia dah rampas hak aku. Jadi dia lebih daripada layak untuk mati!" Diana terus meletakkan telefon itu ke tempatnya semula. Terus saja meminta kakak polis itu membawanya pergi semula ke penjaranya.

Aiman melepaskan keluhan panjang sebelum dia meletakkan telefon itu kembali. Dia tidak faham benar kenapa begitu keras sekali hati isterinya untuk melepaskan orang yang sudah menjadi hak orang.

"Sambil bila awak nak macamni, Diana?" soal Aiman sebelum dia beredar daripada sana.

Dia pergi ke penjara itu kerana berharap agar Diana mahu berubah. Tetapi setiap kali dia cuba untuk memujuk Diana, Diana akan menengkingnya seolah-olah hati Diana telah mati untuk mendengarkan dirinya. Padahal dia masih lagi bergelar isteri pada Aiman Ho.

Dengan perasaan kecewa yang berat Aiman meninggalkan tempat itu. Rasanya cukuplah sampai disini saja. Usaha dia untuk membantu Diana berubah tidak berjaya. Cukuplah sudah dia memujuk Diana itu. Dia akan berhenti disini. Kerana itulah apa yang sebenarnya Diana mahukan. Diana juga bukan mahu berjumpa dengan dirinya.

Aku harap satu hari nanti kau sedar.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now