Bab 4

3.5K 197 62
                                    

RIS AYYAD membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba memandang ke sekeliling ruangan. Merasakan diri dia sedang berada di tempat asing, dahinya kian mengerut.

"Aku dekat mana ni?" soalnya.

"Kau dekat syurga," jawab Wanda selamba.

Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil. Dipandang lama wajah Ris Ayyad yang kelihatan sungguh bingung. Tak sangka lelaki itu agak bebal.

"Kenapa? Tak boleh terima kalau kau diangkat ke syurga?" tanya Wanda selamba.

Ris Ayyad diam. Entah dia mahu gembira ataupun sedih, dia pun tidak tahu. Syurga? Memang impian semua orang masuk ke syurga. Tapi-

"Lelaki memang lembab ke? Kau dekat bilik rawatan. Kecoh," kata Wanda.

"Macam mana aku boleh ada dekat sini?" tanya Ris Ayyad lagi.

"Patutnya aku tanya kau dulu. Macam mana kau boleh terkunci dalam tandas?" Wanda mengangkat keningnya memandang ke arah Ris Ayyad.

Ris Ayyad tidak menjawab. Dia tahu itu adalah perbuatan Diana. Diana yang menyuruhnya ke tandas untuk mengangkat pintu rosak. Padahal dia sudah berencana untuk menguncinya.

"Oi, berangan apa?" tanya Wanda.

"Aku nak balik." Ris Ayyad bangkit dan menyusun langkah mahu keluar dari bilik tersebut. Namun langkah dia dihentikan Wanda.

"Kau nak ke mana? Lepas aku dah tolong kau terima kasih takkan kau tak nak ucap?"

"Terima kasih," ucap Ris Ayyad. Dia terus menyusun kembali langkahnya keluar dari bilik rawatan.

Wanda mencebik tak puas hati. Sombong betul budak lelaki sekarang kan? Wanda menjeling. Dia turut menyusun langkah keluar daripada sana. Tak guna duduk berlama-lama dalam situ. Bukannya dia yang pengsan tadi.

"NUR ASYINA!" seru si ibu membuatkan Nur Asyina terjaga dari tidurnya.

Dia menggosok matanya kemudian memandang ke arah pintu.

"Apa dia mak?" tanyanya sambil menggaru-garu kepalanya.

"Tak bangun lagi? Cepat bangun, Nur Asyina!" habis gempa satu rumah akibat jeritan maknya itu.

"Ish, mak ini kan...." dengan malas Asyina bangkit kemudian melangkah keluar dari biliknya itu.

"Budak ni!" Puan Dayah dengan geram terus ke bilik Asyina namun langkahnya terhenti bila melihat anak daranya itu baru saja keluar bilik.

"Hah, Asyina!" teriaknya ke arah Asyina.

"Ye mak? Apa dia?"

"Apa dia kau tanya mak? Hei, dah jam berapa kau baru bangun ni hah? Anak dara macam apa bangun lambat ni?" meluap rasa marah si ibu.

"Alah, mak ni..... Hari ini hari Sabtu lah, mak. Kecoh sangat Ina lambat bangun ni kenapa?"

Puan Dayah terus mengeluarkan dua jarinya. Dicubit telinga anaknya itu dek kerana geram akan diri Asyina. Budak ini makin lama makin biadap pula dengan dia!

"Hari Sabtu bukan untuk hari tidur! Masa inilah rajinkan bangun awal! Buat kerja rumah!"

"Ish, mak! Sakitlah. Capang telinga Ina ni nanti...." Asyina memegang tangan Puan Dayah.

"Hoo, tahu sakit? Dah. Mulai daripada hari ini kalau Ina bangun lambat lagi jangan harap mak bagi kamu makan!"

Asyina mencebik.

"Iyelah mak. Dah lepaslah telinga ni mak!"

Puan Dayah melepaskan cubitannya. Hem, baru dia puas hati. Geram saja dia dengan si Asyina ini. Daripada dulu tak pernah-pernah nak bangun awal!

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now