Bab 32

1.5K 108 3
                                    

DAHI Asyina berkerut melihat kereta jenama Honda berwarna putih itu diparking di hadapan rumah. Setahu dia, abangnya itu baru saja pergi ambil lesen kereta dua hari lalu. Lesen pun belum lagi ada. Tak akanlah dah beli kereta? Pelik.

"Assalamualaikum." langkah Asyina mati melihat Hanif yang duduk di atas sofa.

"Waalaikumsalam. Hah, itu Ina baru saja balik." tunjuk Ahsyaf.

Hanif pusing dan menayangkan senyum.

Hati Asyina tiba-tiba saja berdebar laju. Banyak persoalan menghentam fikiran dia tika itu. Kenapa Hanif datang ke rumahnya? Dia belum pun bagi alamat rumahnya kepada Hanif.

"Kenapa awak ada dekat sini?" tanya Asyina.

"Abang Syaf terserempak dengan Hanif waktu dekat pekan tadi. Abang Syaf ajaklah dia ke rumah. Saja nak ajak berborak. Katanya Hanif ada hal yang nak dibincang juga."

Asyina menelan air liur. Nampaknya Hanif tidak bercanda dengan omongan dia. Asyina makin takut. Dia mahu lari saja!

DARI mulut dapur, Asyina terhendap-hendap akan perbincangan antara Hanif dan abangnya. Dia mahu tahu apa yang mereka bincang dengan wajah yang agak tegang itu. Tapi Asyina malu hendak pergi mencuri dengar dekat-dekat.

"Apa saja yang kamu tenungkan tu?" tegur emak.

Asyina tersengih. Alamak, kantoi lah dia sedang menghendap.

"Kenapa tak keluar saja dekat ruang tamu sana tu?"

Asyina menggeleng, "Tak nak lah. Em, diorang cakap pasal apa, mak?"

"Pasal kamu," jawab emak lalu masuk ke dalam dapur.

Asyina tersentak. Tak akan lah!!!

HANIF menguis-nguis rambut milik Asyina. Dia nampak comel sangat kalau tertidur. Hanif senyum sendiri. Asyina pun tersedar dari tidurnya. Dia terkejut melihat muka Hanif terlalu dekat dengannya.

"Argh!" jerit Asyina.

"Macam mana awak ada dekat sini? Kenapa awak sentuh saya ni hah?!"

Hanif tertawa, "Itulah. Saya kan dah pesan dengan awak jangan tidur waktu-waktu dekat maghrib. Tak ingat ke kita baru saja kahwin dua jam lalu?"

Membulat besar mata Asyina. Tidak! Dia tidak percaya!

Asyina cepat-cepat turun daripada katil dan berlari keluar daripada bilik.

"Eh, awak nak pergi mana?" jerit Hanif.

Asyina menggelengkan kepala. Dia tidak mahu berkahwin dengan Hanif. Dia tidak mahu! Dia tidak terima!

Tanpa Asyina sedar, dia terjatuh ke dalam kolam.

"Argh, tolong!" jerit Asyina.

Semakin lama semakin dalam Asyina tenggelam ke dalam. Air mata dicampuri dengan air kolam yang biru itu. Asyina pasrah jika dirinya mati dalam keadaan begini. Dia tidak sanggup jikalau menerima sebuah realita yang pahit ini.

BUSH! Suara seseorang terjun daripada atas.

Mata Asyina mahu tertutup dek kerana sudah tak bisa bertahan. Dia nampak ada figura seorang lelaki berenang menuju ke arahnya. Dan lelaki itu menghulurkan tangannya untuk mencapai tangan Asyina. Asyina tidaklah terdaya untuk menyambut. Namun lelaki itu pantas menarik tangan Asyina. Dengan jelas, Asyina lihat wajah lelaki itu.

Bukan Hanif?

"Asyina, bangun!" panggil si emak.

Asyina tersedar dari mimpi. Dia tercungap-cungap. Mimpi!

"Kan mak dah pesan dengan kamu jangan tidur waktu petang. Dah, pergi bersihkan diri. Kita makan malam. Tudung tu jangan lupa pakai. Hanif ada sekali makan malam dengan kita."

Asyina menelan liur. Dia hanya angguk.

Mimpi tadi membuatkan Asyina tertanya. siapa lelaki tu?

Dia mahu tahu siapakah lelaki yang menyelamatkan dia daripada lemasnya itu. Kenapa dia selamatkan dirinya? Itu semua Asyina tertanya. Dan kenapa lelaki itu muncul dalam mimpinya? Apakah tandanya?

Apa yang Tuhan hendak sampaikan kepada dia?

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now