Bab 43

1.4K 96 0
                                    

SETELAH dua hari menunggu dengan penuh sabar, tangis serta doa. Akhirnya, Asyina sedar dari koma. Ucapan syukur bertalu diucap Ayyad.

"Abang...?" panggil Asyina pabila matanya mula terbuka. Ayyad segera ke arah sang isteri dan memegang erat tangan Asyina.

"Sayang...."

Asyina perlahan-lahan cuba menumpukan pandangannya pada Ayyad yang mulanya kabur hinggalah menjadi pulih seperti biasa penglihatannya, "Abang..."

Ayyad segera memeluk erat tubuh Asyina. Ya Allah! Air mata mereka saling tumpah. Asyina tersedu-sedan bila berpelukkan dengan si suami. Begitu juga dengan Ayyad.

"Abang dah lama tunggu sayang tau..." ucap Ayyad. Asyina menganggukkan kepalanya.

Saya tahu, abang.

"Baiklah, menurut pemeriksaan kami tadi keadaan Cik Nur Asyina sudah pun stabil. Tapi harap encik tidak bagi isteri encik ini banyak bergerak atau mengangkat benda berat kerana takut bengkak yang ada pada kaki cik Asyina ini semakin teruk." si doktor memberitahu.

"Tak ada jalan ke nak sembuhkan bengkak kat kaki tu, doktor?"

"Ada tu memang ada, encik. Tapi memakan masa yang panjang. Tapi encik jangan risau, hanya perlu pastikan diletakkan ubat yang kami beri kemudian cik Asyina perlulah banyakkan rehat."

"Ah, baiklah. Terima kasih, doktor." ucap Ayyad. Doktor itu tersenyum kemudian meninggalkan mereka berdua. Asyina memandang ke arah kakinya yang membengkak dek kerana perbuatan si penyangak.

"Saya ini banyak susahkan abang kan?" tiba-tiba keluar soalan begitu dari mulut Asyina membuatkan Ayyad terhenti dari mengemas pakaian Asyina. Ayyad menoleh ke arah Asyina yang matanya tertumpu pada kaki yang bengkak itu. Ayyad melepaskan keluhan kecil kemudian duduk di samping si isteri.

"Apa yang sayang cakapkan ni? Susahkan abang? Selama sayang kahwin dengan abang, abang tak pernah rasa sayang ni menyusahkan." Mustahil seorang suami merasa terbeban dengan isteri.

"Sejak dulu lagi, bang. Sejak waktu sekolah itu saya selalu sangat susahkan abang. Sampailah dah kahwin masih juga nak susahkan abang."

Ayyad memegang kedua bahu Asyina lalu dipusingkan badan Asyina agar menghadapnya, "Sayang... dulu mahupun sekarang, sayang tak pernah susahkan abang. Abang rasa bersyukur sebab sayang ada dengan abang sekarang. Sebab sayang lah abang jadi kuat. Tak mahulah menangis, hm?" Ayyad mengusap lembut pipi Asyina. Kemudian dilapnya air mata Asyina yang turun itu. Asyina sedikit tersenyum lalu dia mendakap tubuh Ayyad.

"Terima kasih, abang." ucap Asyina.

MEREKA tidak terus pulang ke rumah mereka kerana ibu Ayyad mahu mereka berdua tidur semalam dua di rumah ibunya dahulu. Katanya rindu dengan menantu.

"Kaki kamu macam mana? Dah elok dah?" tanya ibu kepada Asyina. Asyina menggelengkan kepala.

"Doktor cakap untuk penyembuhan bengkak ni agak panjang, bu."

"Haih, kesian ibu tengok kamu ni, Asyina. Entah kerja siapa sajalah yang berani buat kamu derita macamni. Kalaulah ibu ada kat tempat kamu dah lama ibu sepak terajang diorang semua." bukan main lagi ibu Ayyad berkata.

Asyina hanya tergelak kecil. Dia bersyukur sangat dapat ibu mertua seperti ibu Ayyad. Sporting! Andainya saja semua ibu mertua sebegitu gaya, tentu menantu akan senang belaka.

"KORANG berdua ni memang tak boleh harap langsung!" marah Diana.

"Maaf bos..."

"Maaf? Pergi jahanam dengan maaf kau! Menyusahkan! Kau ambil duit ni kemudian kau berambus daripada sini! Aku tak mahu tengok muka korang lagi! Berambus!" Diana mencampakkan satu beg besar yang berisi duit bernot RM100 penuh didalam beg itu. Segera kedua lelaki itu mengambilnya lalu meninggalkan Diana sendirian di sana.

Diana mengetap bibirnya. Benci betullah rancangan dia gagal! Diana meraup kasar wajahnya kemudian mendengus kasar, "Tak apa. Kau tak nak dengar cakap aku kan? Kau tunggu. Aku sendiri akan datang kat kau!"

Diana tersenyum miring. Tidak mengapa rancangan pertamanya gagal tapi dia yakin selepas ini pasti dia berjaya merampas semula Ayyad daripada Asyina, "Kau belum kenal aku siapa, Asyina. Ini Diana lah! Apa yang aku nak pasti aku akan dapat!"

ASYINA tercungap-cungap bangun daripada tidurnya. Dia mengucap astagfirullah beberapa kalinya sebelum Ayyad turut terjaga dari tidurnya.

"Sayang, kenapa ni?" soal Ayyad.

Asyina mengelap peluhnya. Dia kemudian menoleh ke arah Ayyad, "Saya mimpi buruk, abang..."

"Oh, mimpi buruk. Aloo, sini abang peluk sayang. Sini." Ayyad mendakap semula tubuh Asyina. Asyina melepaskan nafas kecil. Kenapa ya dia berasa risau dengan mimpi tadi?

TIDAK sedar sudah seminggu Asyina berada di rumah mentuanya ini. Kata mentuanya, dia masih risau akan keadaan Asyina jadi itu pasallah berat hatinya mahu melepaskan Asyina pergi. Ayyad pula tidak menolak, sama seperti Asyina. Yalah, Ayyad turut risau kalau-kalau perkara yang tidak diingini berlaku kembali. Biar saja buat sementara Asyina tinggal disana bersama ibu mertuanya.

"Asyina..." panggil ibu dari arah dapur. Namun Asyina tidak menyahut. Ibu  mengerutkan dahi. Kemana Asyina ini? Soalnya dalam hati. Kerana risau, dia segera ke bilik tempat Asyina dan Ayyad. Dia sedikit terkejut kerana tiadanya keberadaan Asyina di dalam bilik.

"Asyina! Asyina!" panggilnya.

Asyina keluar daripada tandas, "Ibu?"

"Ya Allah, Asyina! Ibu ingatkan kamu hilang tadi tau! Kenapa ibu panggil kamu tak jawab ni, Asyina?" soal mertuanya. Asyina menunduk kemudian perlahan-lahan menunjukkan test kehamilan pada mertuanya.

"Apa ni?" soal ibu.

"Ina mengandung, ibu!" ucap Asyina membuatkan mertuanya terkejut. Segera dia memeluk tubuh Asyina.

"Alhamdulillah..." ucapnya syukur. Ada juga dia dapat cucu. Ya Allah, syukur!

Sebenarnya kemarin sewaktu Asyina dan Ayyad ke kedai, Asyina secara sembunyi-sembunyi membeli test kehamilan itu. Dia takut Ayyad tahu nanti mengharap pula kan? Takut tak ada rezeki nanti jadi takut pula nak bagitau. Dan ternyata, rezeki datang kepadanya. Syukur!

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now