Bab 9

2.1K 150 11
                                    

AMIRA tersenyum memandang ke arah Asyina. Asyina mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan minah ni senyum-senyum macam kena sampuk setan ni? Asyina pelik dengan kelakuan Amira. Tiba-tiba saja.

"Hei, kau okey tak ni?" soal Asyina. Risau juga dia kalau-kalau Amira ni kena sampuk setan ke apa kan? Tak mahulah dia dijangkiti sama!

"Yang pasal abang kau tu. Emm.... kenapa aku tak pernah tau sebelum ni? Kau tak pernah bagitau aku pun." Amira mulai bertanya.

"Ohh. Abang aku ke? Hmm.... sorrylah sebab aku lupa nak bagitau kau pasal dia. Hahah. Oh ya, kenapa nak tahu sangat pasal abang aku ni?" berkerut dahi Asyina memandang Amira. Mesti ada sesuatu!

Amira menutup wajahnya dengan tapak tangannya itu kemudian dia terkekek. Asyina mengerutkan lagi dahinya. Sah! Dia kena sampuk!7

"Aku sebenarnya saja nak tau pasal abang kau. Yelah, takkanlah nak berahsia dengan kawan sendiri kan?"

"Ohh tak, bukan macamtu. Hah, okeylah. Apa dia yang kau nak tau pasal dia?" Asyina tidak mencurigai akan perasaan Amira terhadap si abangnya.

"K.... kalau aku nak tau semua pasal abang kau boleh?"

Permintaan Amira ini barulah membuatkan Asyina rasa ada sesuatu yang janggal. Dan jika benar. Maka, dialah yang masterpiece dalam dunia membaca hati orang!

"Oh! Kau tanya sebab kau minat dekat abang aku kan?"

Pantas saja tangan Amira menutup mulut Asyina. Asyina ini sudah gilakah mau cakap begitu kuat-kuat? Naya diri dia kena cakap dengan rakan sekelas.

"Shh... diamlah, Asyina. Kau jangan cakap kuat-kuat!" marah Amira.

Asyina mengelipkan mata beberapa kali. Dia memerhati wajah Amira yang kian memerah itu. Ketara sangat dah Amira ada feeling dengan abang Asyina!

"Oh.... Kau minat dekat abang aku rupanya! Kau biar betul ni, Amira?"

Amira menghembus nafas kecil. Bukannya dia yang rancang untuk crush dengan abang kepada sahabat dia sendiri. Semua itu berlaku kerana sudah ketentuan.

"Nak buat macam mana lagi. Aku dah terminat kat dia, bukannya salah kan? Hehe." Amira menayangkan sengih.

"Boleh itu memanglah boleh. Tapi-"

"Tapi apa?" potong Amira.

"Takde apa. Ni, kau nak tau apa pasal dia? Ambil buku catatan tempat kau tulis pasal dia."

Bersinar-sinar mata Amira mendengar kata setuju dari Asyina. Bukan main gembira hatinya bila Asyina memberi peluang. Kalau seperti inilah gayanya. Tentu dia ada peluang pula untuk jadi kakak ipar!

WANDA menyiku lengan Diana. Diana menghembus nafas kecil sebelum menoleh kearah Wanda yang berada disebelahnya itu.

"Apahal kau ni?" tanya Diana.

"Aku bukan nak menyibuk atau apa. Tapi aku cuma nak bertanya aje. Kenapa ye semenjak dua menjak ni kau semacam lain je?"

"Lain macam mana pula? Aku okey jelah. Tak ada bendanya yang lain. Mata kau tu senget tak? Itu pasallah salah tengok." Diana cuba menafikan.

"Tak. Aku perasan kau memang berlainan. Oh, ya, baru aku ingat! Kau dah jarang termenung kat depan kenapa? Dah hilang minat kau dekat si pengawas tu ke?"

Diana terdiam seketika. Ya betul juga apa yang dikatakan oleh Wanda. Entah kenapa semenjak dia berjumpa dengan Ris Ayyad hari itu dia macam nak mengelak pula.

Semakin jarang lagi dia termenung memikirkan tentang diri si pengawas idaman satu sekolah itu. Mungkinkah juga dia sudah hilang minat dengan Ris Ayyad?

"BRADER, petang ni ikut aku pergi main badminton amacam?" ajak Afiey.

Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah Ris Ayyad. Ris Ayyad memandang kosong ke arah Afiey. Dia mengelipkan matanya sekali sebelum membalas.

"Malas."

Afiey mengecilkan matanya memandang Ris Ayyad. Orang siap tunggu kau nak balas apa, cuma balas 'malas' saja ? Dasar kau ni Ris Ayyad kawan tak guna!

"Kau ni memang macamni kan? Asal orang ajak je mesti nak tolak. Kenapa? Kau ni setahu aku bukannya anti-sosial kan?" Afiey menjongket kening.

"Haah, cuma malas."

Ris Ayyad kembali memandang ke mejanya. Pen dibuka kemudian tangan mula menyambung menulis nota di kertas putih bergaris itu.

Afiey mengangkat mulutnya tanda menyampah. Geram saja dia dengan perangai kawannya itu. Nak ikutkan dah lama dah dia cekik. Nasib sajalah kawan.

"Nasib baik kau kawan aku. Kalau tidak aku bunuh kau sekarang tahu tak!" ucap Afiey kepada Ris Ayyad.

Sengaja dia cakap begitu. Geram saja. Bukan pun berniat nak bunuh betul. Yalah, setakat tumbuk muka tu bolehlah juga.

Afiey mengangkat punggung kemudian beredar daripada sana. Langkah disusun keluar daripada kelas itu.

Nak pi mana? Tak tahulah. Mungkin nak ke tandas barangkali nak hilangkan stres kejap. Karang ada juga bergaduh dia dengan si pengawas.

DIANA berjalan cepat-cepat menuju ke tandas perempuan. Yalah ke tandas perempuan lah kan? Takkan melencong ke tandas lelaki pula.

"Aduh,.cepatlah sampai," gumam Diana.

PAK!!

Diana tak sengaja terlanggar Afiey yang kebetulan lalu di sana. Dan terjadilah janam-janam di antara mereka berdua.

"Aduh, mata kau letak mana ni hah?!" marah Diana.

Dia pantas bangun daripada jatuhnya itu. Macam nangka busuk dia jatuh. Tak malu tapi sakit!

"Kau ni jenis yang mata letak dekat lutut ke tapak kaki hah?!" Diana sambung memarahi Afiey lagi.

Afiey memandang Diana dari atas sampai bawah. Dia menggeleng sebelum keluhan kecil dia lepaskan.

"Awak ni cakaplah elok sikit. Saya tak pekak lagi sampai awak nak menjerit."

"Suka hati akulah nak cakap macam mana pun! Kau sibuk kenapa?" Diana mendengus kasar.

Afiey tersenyum. Perlahan dia mendekati Diana.

"Awak tu perempuan mestilah saya sibuk. Gaya awak mesti kena dengan jantina."

Diana memandang tajam kearah Afiey, "Penyibuk!"

Diana kemudian teringat apa hajatnya mahu ke tandas tadi. ZUP! Cepat saja kaki Diana berlari memasuki tandas perempuan. Dilanggar saja Afiey yang dihadapannya.

Afiey sedikit terundur kerana bahunya dilanggar oleh Diana. Dia menggeleng kecil sebelum menyusun langkah beredar daripada sana.

Ingatkan tadi nak bagi hilang tekanan. Makin bertambah pula stres. Tadi kat kelas pasal Ris Ayyad, sekarang terjumpa pula dengan minah rempit ni. Dasar! Apa nak jadilah dengan murid kat sekolah ni?!

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now