Bab 28

1.4K 98 0
                                    

"EH, aku dengar abang tu dah nak pindah lah lusa ni," bisik seorang pelajar lelaki yang tak berapa nak lelaki kepada si pelajar perempuan di sebelahnya.

Berkerut dahi si perempuan, "Abang? Abang mana eh?" soalnya.

"Kau ni bodoh lah! Abang mana lagi kalua bukan abang pengawas, Ris Ayyad!"

Si perempuan angguk.

"Kenapa pula kau panggil dia abang? Kau gay eh?"

Terus berubah air muka si lelaki. Ini kalau dia keluarkan jurusan tamparan single memang auto melekat di hidung si perempuan.

"Kau ingat aku macamtu ke? Aku ini waras lagi. Kau fikir gegirl je boleh minat kat Ris tu? Eh, aku pun minat dia tau!"

"Euw, jarang-jarang lelaki minat lelaki tau. Oho, bahaya!" si perempuan tertawa.

Wanda mendengar jelas semua perbualan mereka. Dia sedikit kaget mendengarnya. Yalah, dia baru saja rapat dengan Ris Ayyad. Tapi lelaki itu malah mahu berpindah. Mana boleh!

"Betul ke awak nak pindah? Tapi kenapa?" Wanda menyoal.

"Betullah. Saya pindah pun sebab ibu saya yang nak pindah."

"Tapi England tu jauh! Kalau awak tak ada, mesti saya akan sunyi. Kita selalu belajar sama-sama" nada Wanda sedikit sedih. Dia tidak mahu kalau Ris Ayyad pindah.

"Ala, telefon kan ada. Boleh je call. Nanti kalau dah tamat belajar, saya akan cari awak."

Mendengarkan itu, Wanda mengukir senyum. Itulah jawapan yang dia mahu dengar.

"Awak janji tau dengan saya, jaga hati."

Ris Ayyad menayang senyum. Sudah tentu dia akan menjaga hatinya. Hati dia kan sudah terisi dengan nama seseorang. Mana mungkin secepat panahan petir dia akan jatuh cinta. Tapi.... soal hati memang susah untuk diramal. Bukan manusia yang memegang hatinya, tetapi Tuhan.

NUR ASYINA menoleh ke samping. Dia tatap lama wajah si abang yang leka sungguh bermain dengan ponsel miliknya. Asyina lepaskan keluh panjang.

"Ha, ada apa mengeluh tu? Ada masalah ke?" tanya Ahsyaf. Dia dengar jelas akan helaan keluh daripada Asyina.

"Ada.... Ina rindukan dia, Bang Syaf."

Ahsyaf menoleh, "Pasal boyfriend Ina eh?"

Sekali lagi Asyina melepas keluh.

"Ina dengan dia tak bercinta lah, Bang Syaf. Ina je yang crush dekat dia..."

Ahsyaf tertawa mendengarkan itu. Jadi ini kes cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan lah? Kasihan sungguh adiknya ini. Dia seorang saja yang angau pada lelaki itu sedangkan si lelaki? Memang inilah lumrah hidup. Yang kita suka tak akan pernah tahu dan sedar jikalau kita menyimpan perasaan terhadapnya. Tidak sehingga kita yang mulakan langkah. Dan pada pengakhiran. diri kita sendiri yang tersakiti kerana si crush bukanlah untuk kita.

"Kenapa tak bagitahu dekat dia? Kalau dah sampai angau macamni bukan namanya crush lagi tau. Dah jadi cinta."

Asyina menggeleng. Mana berani dia nak suarakan isi hati dia kepada Ris Ayyad. Buatnya lelaki itu makin menjauh? Dia yang akan bertambah-tambah sakitnya nanti. Dia tidak sanggup nak menanggung semua keperitan itu.

"Dia dah ada seseorang yang dia cinta. Perempuan tu lebih cantik berbanding dengan Ina," kecewa sungguh Asyina menutur keluar katanya.

"Ina ni tak cantik kan, Bang Syaf?"

Ahsyaf meletakkan telefonnya ke atas meja yang ada di hadapan. Dia memusing badan kepada Asyina. Tangan dia naik menyentuh kedua belah pipi Asyina.

"Siapa yang cakap adik abang ni tak cantik? Hm? Tahu tak, adik cantik sangat. Orang yang bertuah saja akan dapat lihat kecantikan yang adik miliki sekarang. Janganlah insecure dengan orang lain. Adik tetaplah cantik pada mata abang dengan mak."

Asyina terharu, ucapan Ahsyaf benar-benar menyentuh hatinya. Sesungguhnya, dia inginkan lelaki yang sifatnya seperti abangnya ini. Dia mahu lelaki itu senantiasa memujinya cantik walau pada hakikatnya dia tidak seperti apa yang dikatakan.

"Dah, jangan nak sedih-sedih lagi. Tak elok sedih-sedih."

Asyina angguk. Dia merebahkan badan untuk berbaring dan kepala dia diletak atas riba Ahsyaf. Bagaikan belaian seorang ayah kepada seorang anak, Ahsyaf membelai lembut kepala Asyina. Di tiap bait katanya adalah dari hatinya yang tulus. Dia tidak suka jikalau lihat adik perempuannya sedih atau malah mempercayai dirinya jelek. Hal itu tidak benar! Adik dia tetap cantik. Dan sebagai seorang abang, dia akan buat apa sahaja demi mengekalkan senyum tawa pada wajah orang-orang yang dia sayang.

HARI ISNIN yang sepatutnya penuh dengan aura positif kini dicemari dengan aura negatif. Semuanya kerana ulah daripada dua sahabat dunia akhirat ini, Asyina dan Amira.

"Kamu berdua siapkan kerja di perpustakaan. Selagi tak siap, jangan berani keluar daripada sana!" marah si cikgu. Geram dia bila kedua pelajarnya itu boleh pula terkekek-kekek sewaktu dia mengajar. Memang mendapatlah habuannya!

Mahu tak mahu, kenalah mereka siapkan latihan extra yang diberi si cikgu.

"Apa yang korang buat terhendap-hendap ni?" soal Hanif dari belakang.

"Eh, mana ada menghendap." Amira menafikan.

Hanif kemudian masuk ke dalam perpustakaan. Diikuti dengan Asyina dan kemudian Amira.

"Ada apa korang datang sini?" soal Hanif. Dia mahu tahu apakah keperluan mereka ke perpustakaan di waktu begini.

"Eh, kau rasa Ris Ayyad ke yang akan jaga kita?"

Soalan Hanif tadi tidak dibalas.

"Manalah aku tahu. Kalau dia yang jaga kita pun kenapa?" soal Asyina.

"Ala, bolehlah aku tengok kau dengan dia pula bersembang" tersengih-sengih Amira.

"Korang datang ni sebab cikgu suruh kan?" sekali lagi Hanif menyoal.

"Boleh diam tak? Kitorang ni ada benda penting nak dibincang!" marah Amira.

Hanif kaget. Dia aju soalan saja pun dimarah?

"Eh, siapa pengawas yang nak pantau kita?" tanya Amira lagi.

"Aku," jawab Hanif membuatkan kedua sahabat itu tertoleh. "Ris dah pindah ke England."

"Ha? Pindah? Eh, kitorang tak tau pun!"

"Manalah aku tau. Aku dapat tahu pun sebab cikgu yang cakap. Dahlah, buatlah kerja korang cepat. Aku ada benda lagi nak dibuat." arah Hanif.

Asyina tampak sedih. Tak sangka Ris Ayyad pergi begitu saja tanpa ucap selamat tinggal kepada dia. Sampai hati.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now