Bab 37

1.8K 120 1
                                    

NUR ASYINA memeluk erat tubuh si nenek. Baru dia dapat meredakan rindu pada si nenek. Sudah lama dia tak pulang ke kampung. Dia sejak bekerja tentulah sibuk. Si nenek pula tidak dapat datang ke majlis kahwin cucunya kerana kurang sihat waktu itu. Jadi, dia terpaksalah terlepas peluang lihat cucu dia duduk bersanding.

"Lama tak jumpa dengan nenek. Ina rasa rindu sangat tau. Ina nak nangis, nek." Asyina memuncungkan bibir. Dia tidak bisa sembunyikan diri dia yang begitu manja terhadap si nenek.

Nenek tersenyum. Dia juga rindu dengan cucu dia itu. Akhirnya dapat jua lah dia memeluk cucu yang sudah besar ini. Kalau dulu masih comot saja. Sekarang sudah dewasa, makin lawa saja.

"Nenek bersyukur sangat kamu datang hari ini. Mak dengan ayah kamu mana?" nenek tercari keberadaan anak dan menantunya itu. Mahu juga dia bagi pelukan untuk lepaskan rindu.

"Mak dengan ayah tak ikut. Diorang cakap diorang akan pergi nanti. Hmm... Ina rindu dekat nenek." Asyina mendakap erat lagi tubuh tua nenek. Sungguh, dia tidak puas lagi hendak mendakap si nenek. Rasa macam nak melekat saja.

"Sudahlah itu." Pandangan si nenek beralih kepada Ayyad yang berdiri di dekat kereta. Belakangnya menyandar ke badan kereta, menunggu untuk isteri dia siap melepas rindu. Selepas itu, giliran dia pula yang diperkenalkan kepada si nenek.

"Hah, itu siapa?" tanya nenek. Tidak pernah dia lihat wajah Ayyad sebelum ini. Dia tua begini pun masih lagi kuat ingatan dia pada tiap cucu-cucu dia. Dan dia pasti sangat, wajah lelaki yang ada di sana tidak tersenarai dalam list cucunya.

Asyina pusing dan terus saja berlaga tatapan dengan Ayyad. Ayyad melakar senyum. Asyina leraikan pelukan, air mata yang sedikit mengalir itu dia esat dengan lengan bajunya.

"Dia Ris Ayyad. Dia lah suami Ina, nek." akhirnya diperkenalkan juga.

Ayyad tersenyum. Dia pun mengatur langkah mendekati mereka berdua. Pantas saja dia menyalam tangan si nenek. Nenek turut membalas senyuman manis milik Ayyad. Amboi, tidak sangka pula suami kepada cucu dia ini sama menawan dengan cucunya. Seperti pinang dibelah dua. Sangat sesuai bergandingan sama.

KUIH seri muka dan karipap berintikan kelapa itu di letaknya nenek di atas lantai. Pinggan disorong kepada Ayyad agar lelaki itu mencuba akan kuih seri muka yang dia buat pagi tadi. Selalu dia akan buat kuih seri muka ini jika ada tempahan dari orang kampung. Kadang-kadang nenek akan hantar kuih itu ke gerai.

Mungkin nenek masih teringat dengan arwah datuk yang sudah lama meninggal dunia. Arwah dulu memang penggemar nombor satu dengan kuih seri muka buatan nenek. Dan kerana kuih itulah mereka akhirnya saling berkenalan dan mendirikan masjid hingga mempunyai dua orang anak perempuan.

Asyina menghirup sikit air kopi yang turut dihidang nenek. Dia senyum bila lihat si nenek merenung akan kuih seri muka yang ada di dalam pinggan. Dia boleh agak apa saja yang difikirkan si nenek. Tentu saja tengah terfikir akan suami tercintanya. Macam Asyina lah. Dia asyik termenungkan tentang Ris Ayyad, sampai dia terlupa yang Ayyad berada dekat dengan dia.

"Tengok kamu berdua ini, nenek ada sesuatu nak bertanya." nenek bersuara memecahkan keheningan suasana.

"Apa dia, nek?" soal Asyina. Teruja pula bila nenek mahu bertanya.

"Dah ada perancangan kah tentang bulan madu?"

Asyina terus tersentak mendengarkan perkataan bulan madu. Bukannya dia tidak suka tetapi.... susah hendak diterangkan. Mungkin dia yang tidak sedia dengan hubungan selanjutnya bersama Ayyad. Atau mungkin juga dia takut.

"Tak ada lagi, nek. Tapi Yad tak kisah pun kalau isteri Yad ni nak berbulan madu. Yad akan setuju saja dengan apa permintaan isteri Yad." Ayyad senyum.

"Erm.... Ina masuk bilik dulu lah, nek. Badan rasa tak sedap pula." Asyina cepat-cepat mempamitkan diri.

"Pergi kejar dia," suruh nenek pada Ayyad. Ayyad angguk dan segera ke bilik. Si nenek tersenyum-senyum, teringat lagi kisah dia dengan arwah suaminya dulu. Mereka dulu pun boleh tahan sweet juga.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now