Bab 39

1.6K 100 2
                                    

SATU tangan melingkar ke pinggang Asyina ketika dia sedang menyediakan sarapan pagi. Hampir gugur jantung dia bila Ayyad tiba-tiba memeluknya dari belakang begitu. Untung saja dia sudah matikan api gas. Kalau tidak, entah lah apa yang akan terjadi nanti. Asyina menoleh kecil ke wajah Ayyad yang sudah diletak atas bahu Asyina.

"Abang, abang pergilah duduk dekat meja sana. Saya nak angkat nasi goreng ni hah." Asyina memukul lembut ke lengan Ayyad. Nakal betul suami dia ini!

Ayyad menggeleng-geleng, "Sayang... one kiss please?" pinta Ayyad sambil menjuih bibir. Dia mahu diberikan morning-kiss. Selagi Asyina tidak beri dia ciuman, selagi itulah dia akan menagih. Dia mahu juga awal pagi begini diberikan kiss sebagai goodmorning.

"Abang... sakit tahu tak bahu saya ni. Abang angkatlah dulu kepala abang ni. Berat!" rungut Asyina. Sudahlah kepala suami dia itu berat. Nak pula diletak atas bahunya, memang tidak larat hendak menampung.

"Sayang," lirih Ayyad. Dia memusingkan badan Asyina menghadapnya. Lama dia bertatapan dengan Asyina sebelum kepala dicondongkan ke depan. Satu ciuman dia beri di bibir Asyina dengan agak lama. Hampir saja Asyina mahu menolak tubuh Ayyad, tahu berhenti juga lelaki itu.

"Dah puas?" Asyina menjeling manja.

Makin geram Ayyad pandang. Jangan tanya kenapa dia terkam isteri dia di dapur ini. Kalau dah isteri comel begitu, tentulah dia yang terpaksa menahan geram. Ayyad sempat mencubit hidung Asyina sebelum berlari ke meja makan.

Asyina mengecilkan mata. Dia membuang muka bila Ayyad malah mengenyitkan mata. Lelaki itu suka sangat nak menyakat dia. Karang ada yang tak dapat makan sarapan hah!

"Sayang.... sayang.... sayang...." panggil Ayyad.

"Ya, abang. Ada apa?" Asyina bercekak pinggang.

"Sayang...." lirih Ayyad lagi. Dia tersenyum sehingga kedua kelopak matanya tertutup. Asyina sudah geleng kepala. Layankan Ayyad lama-lama memang naik semut lah dia. Sweet sangat! Dahlah tu, ambil pula dengan pakej comel! Huh! Tak aci!

"Sayang...." lirih Ayyad lagi. Lihatlah itu. Silap-silap boleh kena kencing manis kerana Ris Ayyad saja. Lelaki ini tahu benar cara nak mengambil hati seorang Asyina.

SUNGGUH indah pemandangan dari atas menara yang sudah tua ini. Tidak sia-sia lah Ayyad pilih tempat untuk mereka berdua. Tidak akan bosan untuk Asyina mengamati keindahan yang telah Allah cipta. Pujian terus menerus bergerak di dalam lisan hati Asyina.

"Sayang," panggil Ayyad. Asyina menoleh dan melihat Ayyad sedang memegang bunga kecil berwarna ungu di tangan. Tentu baru saja dipetik tadi. Asyina ukir sengih kecil. Suami dia ini terlalu random kelakuannya. Kalau dulu bukan main lagi jarang sungguh nak bersembang.

"Sayang, abang janji dengan sayang yang abang akan sentiasa cintakan sayang. Sampailah roh berpisah dengan jasad, cinta abang akan selalu dan kekal untuk sayang."

Asyina merasa terharu, "Dan saya pun akan cintakan abang sampai bila-bila." Asyina menyentuh kedua belah pipi Ayyad. Mereka saling bertatapan sambil bibir menguntum senyum.

Ayyad menarik Asyina ke dalam dakapan.

I willl never let you go.

Biarlah hanya ajal yang menjadi pemisah antara mereka. Tidaklah hati ini sanggup merana atas perpisahan kerana runtuh akan rumahtangga yang baru saja ingin bangkit berdiri. Tidak juga sanggup untuk hati ini melihat salah seorang pergi demi kebahagiaan yang baharu.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now