Bab 38

1.7K 111 0
                                    

TANGAN milik Ris Ayyad masih erat memeluk tubuh Nur Asyina. Senyum lebar terukir di bibir Ayyad. Gembira? Sudah tentu gembira. Malam semalam mereka berdua baru sahaja selesai melaksanakan akan tanggungjawab mereka sebagai suami dan isteri. Tapi bukan itu yang buat hati Ayyad terasa senang, apa yang mereka saling ucap semalam adalah segalanya.

"Sayang.... Kenapa ni?" tanya Ayyad.

"Kenapa awak pilih untuk kahwin dengan saya? Saya nak tahu apa alasan awak, Ris Ayyad." mata Asyina terus saja berlaga dengan mata Ayyad. Sesungguhnya, dia mahu tahu apakah yang membuat lelaki seperti Ris Ayyad untuk menerima akan perempuan seperti Nur Asyina.

Ayyad senyum. Pintu ditutup rapat lalu dikuncinya. Soal suami isteri biarlah mereka berdua saja yang ketahui dan bersaksikan Allah. Ayyad mendekati Asyina, namun Asyina seolah takut sehingga dia menapak ke belakang.

"Sebab saya cintakan awak, Asyina." Ayyad berhenti melangkah. Dia tatap dalam ke mata Asyina. Dia tidak berdusta dalam kata-katanya. Dia benar-benar tulus mengatakan cinta kepada Nur Asyina.

"Dan saya tahu awak juga cintakan saya. Sebab itu saya pilih untuk tidak lepaskan orang yang terlebih dahulu mencintai saya. Saya yakin dengan pilihan saya. Saya yakin dengan cinta awak." tiap bait kata Ayyad sangat bermakna. Perkataan demi perkataan masuk ke dalam telinga Nur Asyina hingga hatinya luluh dengan itu.

Asyina terus berlari dan mendakap tubuh Ayyad. Air mata mengalir tanpa dipinta. Dia tidak tahu mengapa emosi dia secepat ini bisa berubah. Tapi yang pasti, dia hanya menunjukkan perasaan dia terhadap Ayyad. Cukupkah itu sebagai bukti untuk kata cinta?

"Goodmorning, sayang. Bangun lah." Ayyad usap kepala Asyina. Asyina menggeliat, masih belum mahu bangun dari tidur. Makin dia benamkan pula wajahnya ke dada Ayyad. Ayyad tersenyum, comel.

SESEKALI Ayyad mencuri pandang ke arah Asyina. Wajah isteri dia itu tampak sedih saja setelah meninggalkan rumah nenek. Salah diakah kerana terlalu terburu-buru untuk berangkat pulang? Rasa bersalah memukul dada Ayyad. Sepatutnya mereka berdua tinggal dulu di rumah nenek untuk beberapa hari lagi.

"Sayang... Maafkan abang tau sebab abang bawa sayang balik awal."

Asyina menoleh. Dia kemudian tersenyum kecil. Dia tidak berkecil hati pun dengan Ayyad. Dia kan isteri, dia hanya ikut sahaja apa yang suaminya mahukan.

"Tak apa lah, abang. Lain kali kita boleh jenguk nenek lagi." sekali lagi Asyina ukir senyum.

Mendengar begitu, sedikit lega di hati Ayyad. Dia tak mahu kerana dia menjadi punca isterinya bersedih. Dia tidak mahu jadi suami yang dayus. Dia tidaklah sanggup hendak lihat sang isteri sedih. Terlalu mahal air mata milik si isteri hingga dia sanggup untuk menggambil segala kesedihannya.

"Hah, mari abang angkat sayang ke dalam rumah."

Asyina menggeleng, "Abang angkat sajalah barang-barang kita dekat belakang. Lagipun saya masih larat nak berjalan."

Ayyad turut menggeleng. Dia tidak setuju dengan Asyina. Dia mahu juga angkat Asyina sampai ke rumah barulah dia akan berpuas hati.

Tubuh Asyina dicempung oleh Ayyad. Terpaksalah Asyina ikutkan saja apa yang si suami mahu. Asyina diturunkan tepat di hadapan pintu rumah. Tersenyum-senyum Asyina dengan kelakuan Ayyad.

"Tunggu abang dekat dalam tau, sayang. Abang angkat barang-barang dulu." Ayyad menepuk-nepuk kepala Asyina lembut.

Asyina tersenyum.

Diana, first love Ris.

Serta-merta senyuman yang terukir terus saja memudar. Asyina sedar jikalau dia bukanlah perempuan pertama yang menduduki tahta di hati Ayyad. Dan dia takut.... cinta dulu akan berputik semula. Ia mungkin akan berlaku. Siapa yang tahu, bukan?

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now