Bab 25

1.5K 98 6
                                    

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) sedang berjalan.

Asyina menghembuskan nafas panjang. Dia membuang perasaan gementarnya sebelum dia hendak melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Kali ini di kena benar-benar skor! Kalau tidak, tentulah dia yang kena pindah ke Thailand. Tidak!

Asyina menggelengkan kepala. Dia tak akan biarkan hal itu terjadi. Tidak sama sekali!

Langkah pertama dimulai daripada kaki kanan, masuk ke dalam dewan peperiksaan. Meja yang disusun kemas dengan berjarakkan satu meter itu dipandang satu persatu. Degupan jantung mulai berdegup kencang.

Dia gugup.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Matanya masih memerhati pada setiap pelajar yang masing-masing mencari tempat duduk mereka. Asyina kemudian alihkan pandangan pada jam berwarna biru yang tergantung di atas papan putih di hadapan.

Jantung tidak berhenti dari terus berdegup laju.

Cikgu mulai mengagihkan kertas kepada tiap pelajar.

Sesekali Asyina melepaskan nafas gementar kemudian matanya menjeling ke kanan.

"Pastikan kamu semua periksa terlebih dahulu tiap muka surat sebelum tulis nama di kertas. Sesiapa yang nak kertas kosong boleh angkat tangan. Jangan lagi sibuk toleh kiri atau kanan. Mana-mana pelajar yang saya dapat tangkap buat hal, saya tak akan teragak-agak untuk rampas kertas peperiksaan dia."

Asyina hanya mendengar.

Dia masih perlu bertenang.

Matanya jatuh memandang subjek pertama yang akan dijawab pada hari pertama peperiksaan ini.

Bahasa Melayu Kertas 1

Asyina anggukkan kepala. Dia yakin dia mampu untuk jawab semua soalan. Dan dia sangat yakin pada dirinya yang dia akan berjaya capai skor tinggi! Tawakal tidak lupa dia sertakan sekali.

* skip *

SELAMA satu minggu dua hari peperiksaan besar bagi tingkatan tiga itu berlangsung. Akhirnya mereka dapat akhiri juga dengan jaya. Walaupun sewaktu itu mereka semua sedang gementar.

Asyina....

"Asyina, keluarlah. Jom kita makan. Mak ada masakkan lauk kegemaran adik tau. Jomlah...." pujuk Ahsyaf.

Hampir dua puluh kali Ahsyaf cuba untuk memujuk Asyina. Tapi semuanya tidak berkesan. Dia meneka bahawa Asyina sedih dengan peperiksaan yang baru saja selesai itu.

"Ina.... janganlah macamni. Abang Syaf risau tau tak. Jom keluar dulu, adik kesayangan abang."

Masih tiada respon.

"Ina.... Ina gaduh dengan boyfriend Ina ke? Nak Abang Syaf pergi jumpa dengan dia? Ina...."

Asyina membuka pintu.

Wajah yang masam mencuka itu ditayang kepada Ahsyaf. Pandangan matanya tak ubah seperti mata helang yang sedang memerhatikan mangsanya dari dada langit.

Ahsyaf sudah menelan liur. Dia takut pula dengan pandangan maut Asyina.

"Jom kita makan," ajak Ahsyaf. Dia mengukirkan senyum namun tidak mendapat balasan.

HANYA bunyi sudu yang berlagak di pinggan saja kedengaran di meja makan. The silence was too loud. Deheman daripada Ahsyaf menangkap perhatian si emak tetapi tidak untuk Asyina.

"Kenapa, Syaf?" tanya si emak.

Ahsyaf geleng. Matanya memandang ke arah Asyina yang hanya makan sedikit saja nasinya. Selebihnya itu hanya dia kuis-kuis dengan tangan.

"Adik ada masalah besar ke sampai tak nak pandang Bang Syaf dekat depan ni?" soal Ahsyaf.

"Hah, Asyina. Abang kamu tanya itu jawablah." si emak mulai bersuara. Dia sendiri tidak tahu mengapa Asyina tiba-tiba saja berkelakuan begitu.

Lama Asyina mendiamkan diri.

Tiba-tiba, air matanya jatuh.

Ahsyaf terkejut.

"Eh, Ina kenapa ni?" Ahsyaf mulai risau.

"Adik kena sengugut. Sakit sangat tau. Macam mana adik nak bercakap kalau sakit macamni?" Asyina menghamburkan tangisnya.

Ahsyaf melepas nafas lega. Dia sangka ada sesuatu yang serius. Tapi soal sengugut pun adalah hal yang sangat serius!

"Dah... janganlah nangis. Depan rezeki nak nangis, tak elok." emak menegur.

Asyina mengangguk.

ASYINA disuruh si emak untuk berbaring sahaja di katil. Dia tahu sakitnya sengugut, dia tak mahu memaksa untuk anak perempuannya buat kerja.

"Nah, kalau sakit lagi sapukan dengan minyak kayu putih ni ha." Emak meletakkan sebotol minyak kayu putih di tepi katil Asyina. Kemudian diberikannya beg kecil getah berisikan air suam, diletakkan di bawah pusat Asyina.

"Rehat saja harini. Kalau nak apa-apa panggil saja mak." Si emak pun bangun dari duduknya dan terus keluar dari bilik Asyina.

Tidak lama setelah itu, pintu biliknya diketuk.

"Adik!" panggil Ahsyaf. Dia tersenyum.

"Nah, Bang Syaf ada belikan adik coklat." Ahsyaf meletakkan bakul yang bersederhana besar berisikan coklat diatas meja Asyina,

"Terima kasih, Bang Syaf." ucap Asyina.

ah, it's my dream!

"Sama-sama. Abang Syaf ada belikan juga susu tau. Nanti kalau Ina terasa nak minum, Ina panggil ya?"

Asyina hanya angguk.

Ahsyaf senyum kemudian keluar dari bilik Asyina.

Asyina tersenyum suka. Seronoklah bila ada abang begini. Emak pun memahami.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now