Bab 51

1.5K 91 10
                                    

SUDAH dua bulan Asyina masih terbaring dikatil hospital itu. Ayyad pula dua bulan itulah asyik tidur dihospital. Tidak mahu orang menggantinya menjaga Asyina. Dia benar-benar mahu menjaga Asyina dan melindungi Asyina. Dia tidak mahu dia gagal lagi.

Ahsyaf menggeleng melihat Ayyad yang asyik terperap didalam wad itu. Mahu masuk saja mesti kena bagitahu maklumat penuh. Ayyad terlalu trauma atas apa yang jadi pada Asyina sebab itu dia sekarang jadi over-protective.

"Kesian dekat dia, hub," ucap Amira pada Ahsyaf. Ahsyaf mengangguk. Mereka berdua sudah kahwin sejak dua bulan lepas. Bukan tidak sabar mahu berkahwin tetapi tidak elok pula jikalau diperlambatkan majlisnya. Bukan mereka juga tidak menghormati Asyina yang masih koma tetapi mereka mahu mempercepatkan majlis saja. Kalau dilihat dari perut Amira pun pasti sudah berisi. Maklumlah, bunting pelamin. Sudah berusia 2 bulan kandungannya. Alhamdulillah.

"Hubby tanak tengok Ina dulu?" tanya Amira. Ahsyaf menggeleng. Biarlah Ayyad saja yang menemani Asyina. Lagipun leceh betul nak memberi maklumat lagi pada Ayyad. Pintu pun dia siap kunci tau. Kadang tu doktor naik geram juga dengan perangai Ayyad tapi diorang tak boleh nak bentak Ayyad. Karang doktor pula yang menetap dalam wad. Susah. Emosi Ayyad pun sekarang memang tidak stabil, senang terasa dan senang marah.

"Honey, kita balik dulu ye?" kata Ahsyaf mengajak Amira pulang. Amira yang mengajaknya ke sini tadi, katanya nak jenguk Asyina. Tapi si Ayyad tu pula tak mahu bagi masuk. Amira mengangguk. Iyalah, ada baik mereka balik saja. Kalau duduk sana lama-lama pun bukannya Ayyad nak pelawa masuk ke dalam. Makin dihalaunya adalah.

"Jadi, macam mana Ina? Dah okey dah?" tanya mak kepada Ahsyaf. Ahsyaf melepaskan keluhan kecil. Asyina itu okey, cumanya suaminya saja yang tidak berapa nak okey. Agaknya Ayyad dekat wad tu dah mental kot.

"Doktor cakap Asyina tu stabil saja tapi Ayyad tu yang tak berapa nak stabil sangat." Keluh dihela sekali.

"Masih lagi dengan perangai dia tu?"

Ahsyaf mengangguk. Mak melepaskan keluhan panjang. Puas sebenarnya dia nasihat Ayyad tapi semuanya tak jalan. Ayyad benar-benar sayang mati pada Asyina dan dia mahu melihat Asyina sedar. Kemudian orang pertama nanti yang Asyina nampak adalah dia.

"Dia masih perlukan ruang tu, mak. Yelah, lagipun bukan senang nak terima semua ni, mak. Ris tu pun sayang sangat dekat Ina, mak. Kita hanya perlu doakan diorang supaya sentiasa dirahmati Allah," ujar Amira.

"In Shaa Allah..."

Kadang mereka itu risau dengan keadaan Ayyad. Ayyad itu terlalu banyak berkurung diwad sana. Sampaikan makan saja dia tinggalkan. Solat? Itu sajalah tidak pernah dia tinggalkan. Dia berharap sangat Asyina sedar. Satu hari nanti, In Shaa Allah.

Soal Diana pula? Diana dihukum gantung mati pada bulan Disember nantinya. Bermaksud ada lagi 4 bulan sebelum hari itu tiba. Dengar kata Diana langsung tidak menyesal dengan perbuatannya. Dia bahkan dilaporkan memang selalu bermasalah didalam lokap itu. Kadang tu naik angin juga abang-abang polis dekat sana. Mahu saja diminta dipercepatkan tarikh gantungnya. HAISH, nasiblah manusia.

Tentang Aiman pula, kata Ahsyaf, Aiman telah berkenalan dengan perempuan bernama Jona. Ya, Jona si tomboi. Itulah gelaran perempuan itu di tempat kerjanya. Katanya mereka bakal bernikah nanti hujung bulan 8 ini. Begitulah perancangan mereka. Tapi tidak bermakna Aiman melupakan isterinya yang ada di penjara. Dia selalu juga menjenguk Diana tapi Diana langsung tidak berminat mahu berjumpa dengannya. Selalu berharap Ris Ayyad yang berjumpa dengannya. MIMPI!

SUDAH masuk tiga bulan sekarang. Tapi Asyina masih belum sadar. Ayyad semakin lama semakin teruk keadaannya. Nangisnya tak henti. Doanya tak henti. Solatnya tak pernah tinggal. Ya, baik. Tetapi makan selalu terabai. Kesihatan selalu dibiarkan begitu saja. Sampaikan nurse dan doktor yang ada dihospital itu merasa risau dengan kedua orang yang ada di dalam wad itu.

Ada kalanya Ayyad akan cuba berhubung dengan Ahsyaf tetapi cuma sepatah-sepatah saja yang keluar dari mulut Ayyad. Memang kalau dengar pun rasa macam bukan Ayyad tetapi itulah dia hakikatnya. Tetapi Allah itu Maha Adil. Kerana doa dan harapan Ayyad yang tidak putus-putus itu membuatkan Asyina akhirnya sedar dari koma. Baru tergerak saja jari Asyina, cepat Ayyad menghubungi doktor untuk ke wad itu segera.

Dan telah doktor sahkan bahawa Asyina sudah sedar dari koma dan keadaannya semakin baik. Keluarga mereka yang mendengarnya tentu saja gembira lebih-lebih lagi Ayyad sendiri. Dialah orang yang paling gembira sekali! Penantian dia selama ini. Tidak sia-sia. Dia memeluk erat tubuh Asyina. Tersedu-sedan dia mengucap syukur. Asyina juga sama. Selama ini dia ingin sekali memeluk Ayyad tetapi tidak kesampaian. Akhirnya inilah dia. Dia dapat semula dakapan hangat dari si suami.

Selama ini dia sentiasa mendengar rintihan Ayyad. Dia juga sentiasa berdoa dalam komanya agar dia dapat sedar dan sihat seperti sebelumnya dan dapat hidup kembali dengan suami tercintanya, Ris Ayyad. Dari dulu itulah saja harapannya.

"Alhamdulillah..." ucap mereka semua. Doktor juga gembira. Jadi selepas ini tidak perlulah mereka memantau lagi keadaan lelaki bernama Ris Ayyad itu kerana dia sudah pulih dari keadaan gilanya itu! Sampaikan doktor bersyukur yang melangit bila Asyina sedar dari koma. Mereka juga tidak sanggup melihat Ayyad terus menerus berkurung di dalam wad itu. Mereka juga risau tahu tak!

"Sayang, I miss you so much." ucap Ayyad masih memeluk Asyina.

"I miss you too, abang." ucap Asyina. Rindu. Sesungguhnya hal itu berat untuk dipikul. Meskipun sentiasa berada disisi tapi rindu itu tetap rindu. Rindu untuk menjalani kehidupan seperti dahulunya. Kini rindu itu sudah dapat dilepaskan. Semuanya sudah baik seperti biasa.

"Sayang.... No more long sleep, okay?"

Asyina mengangguk, "No more cry okay, abang?"

"Abang janji abang takkan tinggalkan sayang lagi walaupun sekejap. Abang takkan tinggalkan," ucap Ayyad. Asyina hanya mengangguk saja. Selama dia baring, itulah yang Ayyad ucap setiap kali dekat dengannya. Dan dia percaya pada Ayyad.

I trust every word comes from you abang. I trust you. I do. So much. -Nur Asyina.

I will never ever let you go again. I will never let you alone. I will never leave you. I will protect you no matter what happen. I will, always. -Ris Ayyad.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Kde žijí příběhy. Začni objevovat