Bab 26

1.4K 114 9
                                    

PENGAMBILAN keputusan PT3.

Asyina takut-takut nak buka fail yang dipegangnya. Dia takut jikalau dia gagal mendapatkan keputusan yang cemerlang. Dia tidak mahu berpindah sekolah dan meninggalkan sekolah ini. Dia tidak mahu berjauhan dengan crushnya itu.

"Dah buka dah fail itu?" si emak menyoal.

Asyina geleng.

"Ina tak berani nak buka.... Ina takut kalau Ina gagal."

"Kata yakin dengan diri sendiri. Mana dah keyakinan tu?" soal emak menyentapkan hati Asyina.

Asyina hembus nafas.

Betul kata emaknya. Dia kena yakin dengan dirinya. Usaha tak akan pernah mengkhianati hasil!

Perlahan-lahan satu kertas putih dikeluarkan dari dalam fail dan Asyina masih saja belum sedia untuk membukanya. Dia takut.

Ketika dia menarik seluruh kertas tersebut, matanya jelas melihat tepat ke keputusan yang sangat memuaskan. 7A 1C.

"Ah, Ina dapat 7A!" terlompat-lompat Asyina kerana begitu gembira. Nasiblah tidak ada orang yang nampak.

"Alhamdulillah...." ucap emak.

Asyina sudah berkaca-kaca matanya melihat akan kertas keputusan dia. Tak sangka dia boleh dapat keputusan yang luar daripada jangkaan.

"Dah puas hati kan? Jom kita balik."

Asyina angguk.

Tapi langkah dia terhenti tatkala matanya bertembung dengan Ris Ayyad yang baru saja keluar daripada bilik guru. Senyum diberi oleh Asyina, Ris Ayyad turut membalasnya kembali.

"Ha, Ina. Jom kita balik," ajak si emak.

Ris Ayyad senyum buat kali kedua sebelum kakinya melangkah pergi dari situ. Pandangan Asyina tidak lepas daripada Ris Ayyad.

"Emm, mak baliklah dulu eh. Ina nak jumpa kawan kejap."

Si emak senyum. Dia tahu bukannya kawan yang mahu Asyina jumpa.

"Mak faham, Ina. Ha, pergilah jumpa kekasih hati kamu tu. Jangan lambat balik tau." sempat emak memesan.

Asyina tersengih. Sudah dia bagitahu yang dia tidak ada pun kekasih hati. Dia cuma ada pujaan hati saja.

Asyina menyalam tangan si emak. Langkah diorak menuju ke perpustakaan. Dia tahu kalau Ris Ayyad pasti akan ke sana. Walaupun dia tidaklah mengenali sangat dengan Ris Ayyad. Yang dia tahu, si abang pengawas itu memang suka dengan perpustakaan.

"Eh, bukan kau tingkatan tiga ke?" Hanif menyoal. Hairan dia lihat Asyina awal lagi sudah ke perpustakaan.

Asyina sengih, "Ris Ayyad ada dekat dalam kan?"

Hanif tersenyum. Patutlah awal lagi ke perpustakaan. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.

"Ada dekat dalam."

"Okey, terima kasih." Asyina pun masuk ke dalam.

Hanif hanya memandang saja. Biasalah, lelaki tampan memang ramai peminat. Tak boleh nak nafikan hakikat. Ris Ayyad bukan sahaja perfectionist tapi tampan juga.

"Awak," panggil Asyina.

Ris Ayyad yang sibuk dengan mengkonsentrasikan diri ke buku yang dibacanya itu terus menoleh tatkala mendengar suara Asyina.

"Awak teka saya dapat berapa." Asyina menjongketkan kening.

"8A?"

Asyina geleng, "Sikit lagi dah betul."

"7A?"

"Betul!" Asyina menepuk tangan.

Ris Ayyad pandang lama wajah Asyina kemudian dia tersenyum. Dia asyik teringat pula ketika Asyina tersasul memanggilnya dengan gelaran abang pengawas itu.

"Awak ni kan banyak buat saya gelak dan senyum tau. Terima kasih," ucap Ris Ayyad penuh sungguh dalam matanya.

"Tak adalah. Saya tak buat apa pun. Sebenarnya itu dari diri awak sendiri. Awak yang buatkan diri awak untuk senyum."

Mereka lama berdiam diri. Asyina tak bisa bertatapan terus dengan Ris Ayyad.

"Err, saya dah nak kena balik lah."

Ris Ayyad senyum, "Hati-hati."

Berbunga hati Asyina mendengar.

Asyina mengatur langkah menuju ke pintu.

"Nur Asyina," seru Ris Ayyad.

Asyina pun pusing.

"Saya suka awak panggil saya abang pengawas tu," ucap Ris Ayyad terus menayangkan senyumnya.

Pipi Asyina sudah membahang.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now