Bab 35

1.8K 119 14
                                    

WANDA menoleh lalu memberikan senyum lebar kepada Asyina.

"Apa-apa pun, akak ucapkan tahniah atas perkahwinan Ina itu."

Asyina hanya membalas dengan anggukkan. Dia tidak tahu hendak merespon bagaimana lagi dengan semua itu. Dia hendak sesalkan apa? Dia yang salah kerana tidak berterus terang bahwa dia membantah besar dengan perkahwinan dia dengan Hanif. Memang sudah terlambat untuk segalanya.

Dia sedikit tersentak mendengar akan segala rahsia yang selama ini menjadi pertanyaan. Dia sendiri tidaklah menyangka jikalau Ris Ayyad ternyata sudah tertarik dengan Diana, sepupunya sendiri.

nak buat macam mana lagi, Asyina. kau yang buta tak nampak dengan semua ini. tak apalah. segala pertanyaan tlah pun diberi jawapan. kau nak tunggu apa lagi? terima saja dengan qada dan qadar. in sha Allah, semuanya akan jadi lebih baik. Asyina bermonolog dalam hatinya.

WAKTU yang sangat mendebarkan pun telah tiba. Asyina yang duduk di atas kusyen putih, wajahnya ditutup dengan kain putih. Hatinya berdebar kencang bagai ingin keluar daripada dada. Hendak buat bagaimana lagi supaya dia jadi tenang? Lafaz akad sebentar lagi bakal dilafaaz oleh mempelai lelaki.

"Aku terima nikahnya Nur Asyina.."

"SAH" kedengaran para saksi sudah melafazkan sah.

Kerana kegugupan melanda Asyina, ditambah pula dengan kepala yang kian berpusing, dia terus saja rebah di pangkuan si emaknya.

"Eh, Ya Allah!" seru emak Asyina.

Tubuh Asyina terus saja digendong oleh si mempelai lelaki dan dibawanya ke bilik.

ASYINA mengambil masa yang agak lama juga untuk tersedar. Sampaikan tetamu sudah pulang setelah menjamah makan. Ada juga yang membawa pulang lauk yang lainnya. Tak apalah, bukan selalu nak menapau kan?

Asyina mengerut dahi. Seketika itu, kelopak mata dia terbuka dan pandangan dia terus terarah pada seorang lelaki yang sedang duduk di sampingnya. Lama Asyina cuba untuk mengenal pasti siapakah lelaki tersebut.

"Sayang, okay?" tanya lelaki itu.

Asyina terkedip-kedip. ini malaun mana panggil aku sayang ni? siapa dia ni?

"Awak ni siapa?" soal Asyina.

Lelaki itu tersenyum kecil, "Saya kan suami awak. Tak akan tak kenal dengan suami sendiri?"

Asyina makin berkerut dahi. Sejak bila pula Hanif bertukar lebih kacak?

"Eh, awak bukan suami saya. Suami saya Hanif. Dan awak bukan Hanif." polos sekali Asyina berkata membuatkan si lelaki tertawa halus.

"Sayang... Hanif memang bukan suami awak. Tapi Ris Ayyad adalah suami awak. Suami kepada Nur Asyina."

Tersentak.

Bagaikan dipukul palu dari belakang.

Tidak mungkin dia bermimpi lagi.

Asyina menggeleng-gelengkan kepala. Dia mahu sedar daripada mimpi yang terlanjur ngeri ini. Bahaya untuk jantung dia. Tidak pasal-pasal dia mati dalam mimpi ini.

"Kenapa ni? Awak tak percaya ke yang saya suami awak, Asyina?"

"Mestilah saya tak percaya! Baik awak cakap, awak culik saya kan? Bagitahu saya apa sebab awak nak culik saya hah!" Asyina sudah menjerit.

"Eh, kenapa pula saya nak culik awak? Awak kan isteri saya."

"Jangan nak tipu! Oh, awak nak buat benda tak baik eh dekat saya? Saya akan jerit!" Asyina memberi amaran.

"Awak saya tak tipu. Saya betul suami awak." Ayyad mendekati Asyina.

"Argh, tolong! Hanif, tolong saya! Ris Ayyad ni dah gila! Dia nak rogol saya! Tolong!" jerit Asyina.

Pantas saja Ayyad menekup mulut Asyina dengan telapak tangannya. Mahu dia tidak panik bila isteri dia yang sah berkata begitu? Kalaulah iya dia nak lakukan benda itu, tak ada siapa boleh melarang. Malah, mereka menyuruh lagi.

Asyina mengigit telapak tangan Ayyad hingga dia terus mengundurkan diri daripada Asyina.

"Awak betul-betul gila tau tak!" marah Asyina.

"Ya Allah, sayang! Saya bersumpah atas nama Allah, saya ini suami awak yang sah." Ayyad sehingga ucapkan sumpah. Dia tidak sangka pula sebab pengsan itu dapat buat huru-hara yang cukup besar begini.

"Apa buktinya awak suami saya?" masih saja Asyina was-was untuk mempercayai Ayyad.

Sebenarnya, Hanif lah yang merancang semua itu. Konon-konon saja janji itu ini padahal dia mahu satukan Ris Ayyad dengan Nur Asyina bersama. Sebab Hanif tahu sebagaimana Asyina cinta akan Ayyad dan sebagaimana Ayyad memerlukan seseorang untuk menemani dia di sisi. Dan Hanif sengaja merahsiakan bakal suami Asyina dari sepengetahuan Asyina kerana dia mahu buat kejutan.

Asyina hanya pandang-pandang saja Ayyad yang mengambil tempat duduk agak jauh daripadanya.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now