Bab 17

1.6K 109 15
                                    

AMIRA asyik termenung saja memandang kearah Ahsyaf yang sedang duduk di sofa hujung sana, dengan khusyuk pula tu tengok telefon. Haihlah, hensem.

Asyina memandang Ahsyaf serta Amira bersilih ganti. Kemudian dia menghentikan pandangannya pada Ahsyaf yang mula memandang kearah Amira.

Ahsyaf memberikan senyuman sebelum dia kembali memandang telefonnya semula. ZUPP. Auto merah pipi Amira dibuatnya. Astaga, nah apa sudah jadi ni!

Asyina mengelipkan matanya kemudian menoleh kearah Amira yang semakin melebar senyumnya. Kemainnya perangai!

Asyina mencubit lengan Amira. Amira kaget terus mengusap lengan bekas dicubit Asyina tadi. Dia mengerutkan dahi memandang Asyina yang sedang mengetap bibir dihadapannya itu.

"Kau dah kenapa ni?" soal Amira.

Asyina menghembus kasar nafasnya.

"Kau bukan main gedik lagi kan? Apasal pandang abang aku macam nak terkam hah?"

Amira terus menutup mulut Asyina.

"Kau cakap perlahan-lahan boleh tak? Karang abang kau dengarlah, bongok!"

Asyina menolak tangan Amira. Dia mengelap bibirnya. Suka-suka dia saja nak tekup mulut orang begitu. Kang dia bagitahu kang. Hah, nanges kang!

"Kau ni kan. Yelah, aku cakap perlahan lah ni. Heh, kau ingat aku tak nampak ke macam mana mata kau tu pandang abang aku?"

"Yelah, aku minta maaflah. Aku tak terkam pun kan? Rileklah." Amira membuat muka.

Asyina mendengus lagi sekali. Minah ni memang nak kena pelempang ni hah.

"Eh, dahlah. Cepatlah ajar aku. Kau ni termenung pula. Masa aku tengah bersemangat nak belajar lah kau buat hal kan?" marah Asyina.

"Haih, yelah-yelah. Aku minta maaflah. Dhlah mari aku ajar kau. Halah, nak marah orang pula." rungut Amira.

Asyina memuncungkan bibirnya. Mana orang tak marah kalau masa kau tengah semangat belajar, masa itulah sibuk dia bersemangat nak termenung. 'Haih, nanti karang aku cucuk mata dia, baru padan muka!'

Ahsyaf menoleh kearah kedua orang yang sedang belajar disana. Dia kemudian menggeleng bila melihat telatah diorang yang semacam adik-beradik itu. Tak sudah nak bergaduh pula tu. Alahai. Bibirnya perlahan menguntum senyum.

"YAD! Mai sini kejap, Yad!" panggil ibu Ris Ayyad dari arah dapur.

Ris Ayyad yang baru nak duduk di sofa itu terus menyusun kembali langkahnya ke dapur.

"Ya, ibu? Ada apa tu?" soal Ris Ayyad.

Ibunya memberikan sepotong kek pada Ris Ayyad. Ris Ayyad pula mengerutkan dahinya. Tiba-tiba saja si ibu memberi kek kepadanya. Hari apa hari ini ya? Setahu dia, hari lahirnya sudah berlalu.

"Untuk apa ni, ibu? Setahu Yad birthday Yad bulan lepas. Kek ni untuk apa pula?" soal Ris Ayyad.

Ibunya tersenyum.

"Ini sempena hari lahir arwah ayah lah. Kan harini hari lahir ayah, takkan Yad tak ingat?"

Ris Ayyad berfikir sejenak. Hari ini tanggal 15. Lupa pula kalau hari ini adalah hari lahir kepada arwah ayahnya. Pasti si ibu beli kek untuk raihkan hari lahir si arwah ayahnya. Kerana rindu lah itu.

"Alamak, ibu. Yad lupa pula."

Ibunya tersenyum sebelum dia menggeleng kecil.

"Tak apalah. Ibu faham kamu tu banyak sangat fikir pasal sekolah sebab itu lupa," kata ibunya.

"Maaflah sebab Yad lupa..." kata Ris Ayyad dengan nadanya sedikit perlahan. Dia rasa bersalah pula kerana melupai akan hari lahir ayahnya sendiri.

Ibu terus memeluk tubuh Ris Ayyad.

"Tak apalah, Yad. Ibu tak marahkan Yad lah."

Ris Ayyad turut mendakap tubuh si ibu.

Dia kasihankan ibunya. Wanita itu sudah banyak berkorban. Dari melahirkan sehinggalah sekarang. Ris Ayyad rasa bersalah kerana tidak mampu untuk membantu apa-apa. Hanya dengan belajar saja dia mampu.

Jauh di sudut hati seorang Ris Ayyad, dia ingin membalas jasa sang ibu. Dia tidak mahu lagi lihat si ibu yang terus bersedih kerana mengingat sang arwah. Mereka harus meredai. Yang pergi, sudahpun pergi dan tak akan kembali lagi.

DIANA mengelamun memandang siling biliknya. Dia tertanya-tanya dalam diri dia sendiri. Kenapa dia terasa seperti sudah hilang minat pada Ris Ayyad?

Adakah juga mungkin dia sudah benar-benar tidak punya hati lagi untuk Ris Ayyad?

Diana membaringkan tubuhnya lembut diatas tilam empuknya itu. Dia masih lagi memikirkan tentang Ris Ayyad.

Bagaimana dia juga boleh sukakan Ris Ayyad? Dan bagaimana juga dia bisa tertarik pada Ris Ayyad?

Itu karna kejadian pada waktu tingkatan 1 dulu.

---

Diana menangis tak henti bila kakaknya meninggalkan saja dia dihadapan pagar sekolah. Waktu pertama kali pula tu. Sanggupnya kakak dia tinggalkan dia.

Ris Ayyad mendekati Diana yang sedang menangis dipojokkan sana.

"Dah janganlah nangis, buruklah nampak. Jom masuk kelas," bawa Ris Ayyad.

Dia menghulurkan tangan pada Diana. Diana pula dengan menyedut kembali hingusnya itu terus memegang tangan Ris Ayyad.

Mereka berlari masuk kedalam dewan. Untunglah tak mula lagi sesi perkenalan.

Tapi malangnya mereka tak sama kelas. Mereka terpaksa berpisah. Ris Ayyad dimasukkan ke kelas 1, manakala Diana pula ke kelas 2.

Sebab itulah Diana sehingga sekarang, dia berani memberi hadiah pada Ris Ayyad. Dia telah suka pada Ris Ayyad sejak itu lagi.

Ris Ayyad...

---

Diana menghembus keluar nafas kecewanya. Mana dia tak kecewa bila orang yang menolongnya waktu dulu, sekarang sudah berubah?

Masih lagikah Ris Ayyad ingat pada dia? Ris Ayyad adalah orang pertama yang buat dirinya menjadi seorang yang pemberani.

'Ris Ayyad, awak ingat lagi tak saya?' Diana bermonolog.

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now