Bab 21

1.5K 99 0
                                    

NUR ASYINA memandang tajam ke arah Nadia. Sakit betul hatinya bila dia nampak Nadia begitu rapat dengan nenek kesayangannya.

'Dahlah gedik tak sudah! Dasar!' kutuk Asyina sambil memandang Nadia. Pandangan matanya tajam menikam-nikam ke wajah Nadia.

Diana pula memandang ke arah Asyina dan Nadia bersilih ganti. Elok saja Nadia bercerita dengan sang nenek. Tapi wajah Asyina macam nak cekik saja si Nadia. Geram punya fasal barangkali. Macam nak telan pun ada juga.

Alahai. Nur Asyina.

Diana menyiku lengan Asyina. Asyina terus menoleh ke arah Diana yang ada disebelahnya.

"Kenapa ni, kak?" soal Asyina.

Diana membisik, "Kenapa Ina pandang Kak Nadia macamtu?" soalnya.

Asyina terus menoleh semula ke arah Nadia. "Tengoklah dia tu. Gedik lepastu belagak!"

Diana menggeleng mendengarkan apa yang dikata Asyina. Memang benci betul si Asyina pada si Nadia.

"Hah, Nadia. Kamu bawalah dua orang ni jalan-jalan keliling kampung. Lagipula diaorang ni tak jadi jalan kemarin," bilang si nenek.

Nadia mengangguk lalu memberikan satu senyuman pada si nenek, "Baiklah makcik," jawab Nadia.

Nadia menoleh ke arah Asyina dan Diana lalu dijelingnya. Dia kemudian memandang semula ke arah sang nenek. Senyum kecil dia ukir kepada Nek Da.

"Kami jalan dulu ye makcik." Nadia terus menyalam tangan Nenek Da itu.

"Okey, jom gerak you alls," kata Nadia.

Diana dan Asyina saling berpandangan. Mereka menyalam tangan nenek kemudian membuntuti Nadia dari belakang. Asyina memandang benci pada Nadia. Rasa nak tendang saja bontot si Nadia itu. Bukan main melenggang kangkung bagai.

'Eee, benci. Benci, benci, benci! Dasar perempuan gedik!' Asyina membebel sendiri.

KOLAM TOK RA

"Nak buat apa pula dekat sini?" soal Asyina. Nada dia berbunyi agak menyampah dengan Nadia. Ikutkan hati, memang dia malas ingin bertanya pada si Nadia gedik itu.

Nadia melabuhkan punggung pada bangku di bawah pondok berdekatan kolam.

"Ala, kita datang sini nak tenangkan fikiran lah. Kenapa? Oh, budak bandar kan? Haa, patutlah tak suka lepak kat tepi kolam camni kan?" sindir Nadia sambil menayangkan senyum miringnya.

Tajam kedua anak mata Asyina memandang Nadia. Biadab betul minah gedik ini! Dia ingat orang bandar tak pernah belajar ke apa? Ah, selalu saja berfikiran kolot!

"Ehm, Kak Nadia. Maaflah kalau saya nak tanya eh. Tapi kenapa dekat sini?" soal Diana.

"Suka hatilah aku nak pilih tempat mana pun. Eh, korang beruntung tau aku bawa lepak kat sini. Kalau ikutkan, aku bawa korang ni pergi sawah sana baru padan muka."

Uhh, main ikut sedap mulut longkang dia aje nak bercakap.

Diana menghembus nafasnya perlahan. Geram. Geram betul dengan minah berlagak ni. 'Nasiblah aku tak macam si Asyina ni.' Diana bermonolog dalam.

"Emm, sawah ke? Okey juga tu. Kan Ina kan? Lagipun kitorang ni tak pernah nampak sawah. Yelah, dekat bandar mana ada sawah-sawah semua ni kan." Diana kembali menyindir.

Nadia yang mendengarnya terus menjeling. Asyina pula sudah bersorak gembira untuk sindiran dari kakak sepupunya itu. Baru padan muka si Nadia. Diana menarik tangan Asyina untuk duduk di bawah pondok itu. Ya, terpaksalah duduk sebumbung dengan si gedik Nadia ini.

AHSYAF tercari-cari dimanakah adik kesayangannya itu berada. Kira tadi lepas dia siapkan dia punya kerja, dia nak ajak Asyina ke pekan kejap. Nak memujuk punya fasal kan.

"Nek, Ina mana? Daripada tadi tak nampak pun dia kat mana," Ahsyaf menyoal.

Nek Da melabuhkan punggung di sofa, "Tadi nenek suruh Nadia ajak si Diana dengan Asyina pergi jalan-jalan. Kenapa kamu cari dia?"

"Oh, patutlah. Tak ada apa pun, nek. Syaf sebenarnya saja nak ajak dia pergi pekan tapi dia tak ada ini tak jadilah." Ahsyaf tertawa kecil. Nenek pula menggelengkan kepalanya. Ada saja si Ahsyaf inilah.

ASYINA menggaru-garu lengannya yang sudah habis merah akibat digigit nyamuk. Jam sudah menunjukkan pukul 5:47pm. Tapi si Nadia tidak pun mengajak pulang. Asyina mengerutkan dahinya lalu satu dengusan dihembus keluar.

"Oi, kak. Memang kita kena suruh bermalam kat sini ke apa? Dah berjam kita asyik tenung kolam tu. Bila nak balik ni?" soal Asyina.

Nadia menoleh ke arah Asyina. "Kau ni memang mulut murai ke? Daripada kemarin sampai sekarang tak berhenti bercakap. Ni, kalau korang nak balik sangat pergi jelah balik."

Amboi, berlagak betul. Dah dia yang mengajak datang ke situ, lepastu tak nak menghantar pulang pula? Dahlah orang bukannya tahu selok-belok kampung ni. Karang sesat, bencana lagi.

"Hello, kak berlagak. kitorang ni dah lama tak datang kampung. Selok-belok kampung pun dah tak ingat. Akak yang bawa kitorang, akak kenalah hantar balik," balas Asyina.

Nadia menggaru kepalanya kasar. 'Aduhlah, masalah betullah kalau dengan budak yang satu ni. Stres, tahu tak stres?!

"Hah, nanti kejaplah aku hantar."

Asyina menggelengkan kepalanya. Tak faham betul dia dengan si Nadia ini. Ada saja alasan dia nak buat. Bab mengelak nombor satu!

"Akak, dah nak masuk waktu maghrib ni, kak. Nak tunggu dekat sini buat apa lagi? Dahlah tenung kolam tu, kak. Akak tetap single juga. Sekarang ni akak hantar kitorang!"

Nadia terus bangkit.

"Kau ni boleh tak diam? Aku lepak kat sini sebab aku nak tengah tunggu kawan aku. Kau apa tau?" marah Nadia.

Amboi, marah nau. Apalah kakak gedik ni. Cakap elok-elok tak boleh ke? Eh, dia ingat dia punya marah je? Marah Asyina ni macam mana pula?

"Dahlah. Jom kita baliklah, kak." Asyina menarik tangan Diana. Lalu mereka menyusun langkah untuk beredar daripada sana.

Biar jelah sesat pun. Karang lambat balik ada yang kena ceramah free dekat rumah nanti . Ni minah ni pun satu masalah juga. Susah ke nak cakap yang dia tengah tunggu kawan? Buat sakit hati je menunggu dekat sana lama-lama. Dahlah tak ada makanan nak dimakan. Asyik pandang kolam dengan pandang muka dia je. Stres jadinya.

"Oi, kalau korang sesat jangan salahkan aku!" jerit Nadia memberi peringatan.

Asyina tidak mahu mendengarnya. Biarlah minah tu sorang-sorang kat sana dengan nyamuk yang ada berbelas-belas ekor itu. Itu pasallah dia kurus semacam kan? Darah banyak kena hisap ngan nyamuk lah tu.

Diana yang dari tadi membisu terus bersuara. "Ina, bukan nilah jalan dia. Ni jalan nak masuk ke rumah orang," tegur Diana.

Asyina menggeleng kemudian dipandangnya tepat kehadapan. Ya betullah rumah orang. Haih, nasib baik Tapi pelik juga. Kenapa Diana banyak diamkan diri? Kah memang tak ada mood nak bercakap? Boleh jadi juga kan?

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now