Bab 1

7.5K 365 27
                                    

'Kesempurnaan itu adalah segalanya' - Ris Ayyad.

RIS AYYAD. Siapa yang tak kenal dengan lelaki yang memegang jawatan pengawas ini? Sebut sahaja namanya tentu ada saja pujian yang keluar dari mulut para pelajar di Sekolah Menengah Biru.

Ris Ayyad juga seorang lelaki yang berperwatakan alah perfectionist! Segalanya perlu sempurna, sempurna, sempurna! Dari segi penampilan, tempat makan, tempat duduk bahkan tempat tidur sekali.

Wajib, sempurna.

Ditambah lagi dengan wajah kacaknya itu. Memang cair habislah para pelajar di SMKB! Wajahnya yang tanpa reaksi itu membuatkan jantung terhenti jika kau memandang dia! Bagai terpana cinta pandang pertama!

Okey, cukup buat pengenalan bagi Ris Ayyad.

"Ah, Ris Ayyad!!" jerit para pelajar perempuan itu bila melihat saja Ris Ayyad yang berura-ura hendak masuk kedalam kelas. Hem, sudah biasa suasana histeria dari para gadis ini di setiap pagi.

Ris Ayyad yang tanpa reaksi itu memandang kosong ke arah para pelajar perempuan yang sedang memandangnya itu. Kemudian dia menapak masuk kedalam kelas.

TUP!

Pandangan yang diberikan oleh Ris Ayyad tadi membuatkan hati para pelajar ini semakin gila! Berdegup laju tak tentu arah, jerit-jerit mengalahkan pontianak.

"Apahal jerit-jerit ni?" tanya Wanda.

Wanda merupakan gadis yang paling cantik antara semua gadis di SMKB. Dia bahkan mendapat gelaran 'Ratu Of SMKB'. Gila tak lawa minah tu?! Dahlah kaya lagi!

"Alah, macam kau tak tahu. Tak lain mesti kes Ris Ayyad si abang pengawas idaman seantartika tu," kata Diana si ketua pengawas.

Diana merupakan ketua pengawas bagi tingkatan 3. Diana adalah kawan baik kepada Wanda.

"Sampah," ucap Wanda kemudian menapak masuk kedalam kelas 2, diikuti dengan Diana.

"Kau tak ada rasa terpikat ke dengan si Ris tu?" tanya Diana.

Wanda melabuhkan punggungnya kemudian meletakkan begnya di dalam laci meja. Dia mengangkat wajah memandang tepat ke arah Diana yang menunggu jawapan.

"Tak," jawabnya pendek.

Diana menggelengkan kepalanya. Lupa pula ada juga orang yang tak minat dengan Ris Ayyad itu. Siapa dia? Inilah dia orangnya. Si Ratu. Wanda memang tidak minat langsung kepada Ris Ayyad.

"Kau tanya aku. Yang kau pula macam mana?" kini giliran Wanda pula bertanya.

Diana tersenyum miring.

"Dia hensem. Siapa saja yang tak terpikat," jawab Diana kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi miliknya itu.

Wanda hanya memerhati saja Diana yang tak lekang tersenyum memandang ke papan tulis. Naik tembus papan tulis itu kalau dia tenung, auto tembus ke kelas 1 sana. Kelas Ris Ayyad lah, siapa lagi?

Wanda menggelengkan kepala. Apa saja yang menarik pasal Ris Ayyad itu? Tak ada. Bagi dirinya tak ada apa yang menarik dalam diri lelaki bernama Ris Ayyad.

RIS AYYAD atau Ris. Ramai yang memanggil dia dengan Ris ataupun Ayyad sahaja. Kadang-kadang ada juga yang memanggil nama penuhnya. Nak tarik perhatian si abang pengawas.

"Ris," panggil Afiey.

Afiey merupakan ketua kelas di kelas 1. Nama panggilannya cukup simple.

"Apa?" sahut Ayyad.

Dia menoleh ke arah Afiey.

"Petang ni kau turun tak? Kat padang. Kita main bola sama-sama," ajak Afiey.

"Padang? Bola? Tak nak. Aku nak study. Lagi berfaedah," jawabnya selamba.

Dia mengeluarkan tisu yang dibawanya dari rumah. Kemudian dibersihkan meja dia yang sememangnya bersih. Kotor sikit tak boleh. Mesti nak bersih sampai 100%. Kalau 99.9% tak boleh!

"Amboi, kau nak cakap yang main bola tak berfaedah ke apa?" panas telinga Afiey mendengar.

"Bukan. Tapi aku tak minat bola. Jadi kenapa aku kena main bola?"

"Err.... Tapi kau takkan tak terasa nak luangkan masa bersama dengan kawan-kawan? Asyik belajar je pun bosan. Nanti habis bernanah karang otak ni." Afiey menggosok ke telinga.

"Bagi aku buku itu adalah peneman. Macam juga Al-Quran." Ris berkata selamba.

ZUP.

Tersentap membe. Maklumlah si Afiey ini boleh tahan juga dia punya hensem tapi dengan perangai playboynya memang berpisah tiada. Ketua kelas playboy. Itulah gelaran paling sesuai untuk Afiey.

"Haih, dahlah. Aku nak pergi panggil cikgu lah. Layankan kau ni karang aku jadi gila dibuatnya." Afiey terus beredar dari sana.

Panas lerh tu.

"EH, KAU betul ke nak aku bagi ni? Kalau dia tolak macam mana?"

"Ala, kau try jelah dulu!"

"Alah.... Tak naklah aku! Takutlah!"

"Oi, buat apa sini?" sergah seorang gadis tingkatan 3 itu ke arah dua orang budak perempuan tingkatan 1 tersebut.

"Eh! Err.... Mana ada buat apa-apa! Kitorang berehat aje kat sini," jawab pelajar tingkatan 1 tadi.

"Oh, habistu apa yang kau pegang tu? Kau nak buat apa dengan kertas tu?"

"T.... tak ada," tergagap mereka menjawab.

"Bak sini jap. Biar aku periksa."

Di nametag tertulisnya Jona.

Jona ini seorang gadis yang ala ala tomboy. Tak ada jawatan apa pun tapi berlagak besar macam dia ada jawatan.

Kedua budak perempuan itu mengetap bibir. Teragak-agak mereka nak serahkan kertas kepada Jona. Takut karang diserahkan pula pada cikgu. Nanti habis malulah diorang kalau cikgu baca isi kertas itu minggu depan nanti!

Jona merampas kasar kertas putih itu.

"Oho, surat rupanya!" pantas jarinya membuka isi surat itu.

Terkejut dibuatnya bila melihat nama 'Abang Pengawas, Ris Ayyad' tertera di sana. Amboi, nama penuh pula ditulisnya!

"Kepada abang pengawas yang hensem. Saya dah lama suka dekat abang. Abang ni hensem sangat-sangat. Saya sukakan abang. Dah lama dah. Abang hensem. Saya suka abang-" Jona menghentikan pembacaannya.

Dahi dia berkerut. Apasal semua isi surat tu berulang-ulang je? Memang takda ayat lain ke apa? Ke memang jenis tak reti susun ayat cinta?

"Haihlah, dik. Kau baru masuk sekolah dua bulan lepas. Kau kenal dengan dia pun tak lama. Nampak dia hensem terus nak bagi surat cinta lah? Eh, dik. Ini zaman modenlah, dik. Mana pakai surat dah. Lain kali mintalah nombor." Jona menggelengkan kepalanya.

Kemudian dia melipat semula kertas itu, disimpannya ke dalam poket baju.

"Surat ni biar aku simpan. Dan korang dua ni kalau aku dapat tau korang buat lagi benda-benda bodoh macamni aku bagi terus kat cikgu. Faham?" Jona memberi amaran membuatkan kedua budak itu terus mengangguk.

Mereka segera beredar dari sana meninggalkan Jona yang sedang menahan tawa daripada tadi.

Tak lama selepas itu, terletus juga tawa Jona. Dia tak bolehlah bab cenggini! Dia macam bangang tahu tak? Apa bendalah tulis surat? Zaman moden dah sekarang ni! Dah kenapa guna zaman kuno punya cara confess eh? (tibe)

Sudahlah ayat asyik ulang benda yang sama. Kalau tak hensem, mesti suka. Kalau tak suka, mesti hensem. Tulis benda yang sama! Orang belum baca lagi dah naik bosan dah.

(√) edited*

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now