Bab 40

1.8K 110 5
                                    

SEORANG perempuan memberikan kertas kecil kepada si pemandu teksi. Si pemandu teksi itu agak kebingungan dengan apa yang hendak dibuat oleh si perempuan. Senyum diukir kepada si pemandu.

"Hantar saya dekat alamat ini," beritahunya. Maka, teksi itu pun bergerak menuju ke destinasi yang mahu dituju si penumpang.

ASYINA pandang lama wajah suaminya. Dia kemudian bercekak pinggang. Kenapa suami dia nampak tampan sangat? Susah hati pula Asyina kalau begini. Nanti habis Ayyad jadi tatapan semua gadis-gadis di luar sana.

"Sayang, kenapa sayang pandang abang macamtu?" tanya Ayyad. Dia hairan bila Asyina pandang dia dengan pandangan tidak puas hati. Ada dia buat apa-apakah sampai si isteri begitu?

"Bagitahu saya sekarang." Asyina mengangkat muka tinggi menatap akan mata Ayyad. "Kenapa abang hensem sangat? Macam mana kalau perempuan lain tengok abang?" berbaur cemburu di situ.

Ayyad tersengih. Luculah isteri dia ini. Kalau macam beginilah, terasa nak duduk rumah saja. Tangan Ayyad naik menyentuh dagu Asyina.

"Kalau macamtu, sayang kurung sajalah abang dekat rumah. Nanti wajah kacak abang ini hanya sayang seorang saja akan nampak. Macam mana?" Ayyad memainkan kening ke atas.

"Ish..." Asyina terus tolak tangan Ayyad. Dia berpaling muka dari Ayyad. Malas hendak melayan. Sudahlah dia tengah serius sekarang, boleh pula si suami bermain-main? Nanti dia kurung Ayyad betul-betul dekat rumah baru tahu rasa!

Ayyad sudah agak apa reaksi Asyina. Dia tersengih lagi. Lengan Asyina dia tarik, tubuh Asyina didakapnya. Tangannya satu pula naik mengusap-usap kepala Asyina dengan lembut.

"Sayang.... Tak akan ada sesiapa yang dapat gantikan sayang dalam hati abang. Sayang percayakan abang, ya? Kalau betul ada perempuan nak pandang abang, nanti abang rakam kemudian abang hantar dekat sayang. Macam mana? Deal? Hm?" Ayyad menjatuhkan kepala ke sisi. Dia mahu lihat sebagaimana pula reaksi daripada Asyina kali ini.

"Hmm... abang geraklah ke kerja sana. Nanti lambat pula. Dahlah." Asyina menolak tubuh Ayyad. Ayyad enggan melepaskan. Dia dakap lagi erat.

"Kalau abang berjanji, abang tak akan mungkiri janji abang, sayang. Whatever happens, you are now permanently stayed in my heart." Ayyad mencium ubun-ubun Asyina.

SALAM dilaung oleh Diana dari luar rumah. Sudah lama tidak pulang ke rumah, rasa rindu pula Diana dengan suasana rumah. Malaysia jelas sudah terasa berbeda oleh Diana. Sudah bertahun dia tinggal di Korea bersama dengan suaminya, hampir saja dia terlupa tentang jalan balik ke rumah.

"Waalaikumsalam..." salam dibalas oleh ibunya Diana. Matanya terus membulat besar bila lihat Diana yang selama ini dirinduinya berada di hadapan sana. Langkah diorak mendekati Diana. Tubuh si anak perempuan dia dakap buat melepaskan rindunya seorang ibu.

"Dah lama Diana tak balik. Diana ke mana saja, sayang? Kenapa tak pernah nak telefon? Tahu tak ibu risau sangat dengan Diana." air mata gugur.

"Maafkan Diana, ibu. Diana tak bermaksud nak menghilangkan diri daripada ibu. Tapi Diana ada sebab Diana sendiri." Diana meleraikan pelukan. Senyum dia ukir kemudian dikesat akan air mata si ibu yang laju saja mengalir.

"Ibu janganlah menangis. Diana minta maaf..."

"Sudahlah, Diana. Syukurlah Diana sudah balik. Mari kita masuk ke dalam, nak. Mari ibu siapkan makanan kegemaran untuk Diana, ya?" Ibu menarik tangan Diana, mereka masuk ke dalam rumah.

Ibu cukup gembira melihat kepulangan Diana.

"Dah lama Diana tak balik. Banyak benda yang Diana tak tahu."

Diana berkerut, "Maksud ibu?"

"Asyina dah kahwin dah. Dengan lelaki bernama Ris Ayyad. Segak orangnya, Diana. Ibu ingat lagi yang Diana dengan Ris itu pernah berkawan baik kan dulu? Haih, dah besar panjang ini macam dah tak kenal dah. Ibu ingatkan Ris Ayyad mana, rupanya kawan baik kamu saja." Ibu tertawa kecil.

Diana menggepal penumbuk, "Ibu tahu dekat mana Ina sekarang?" tanya Diana mengukir senyum hambar.

"Emm.... Ibu ada simpan alamatnya. Maklumlah, sudah tua ini susah dah nak mengingat. Nanti lepas makan ibu bagi ya. Dah, jom kita makan dulu. Sedap ini lauk yang ibu masak."

Senyumannya terus memudar. Diana tidak menyangka perempuan tidak guna seperti Asyina itu dapat berkahwin dengan Ris. Diana mengetap gigi, geram. Meluat pula dia dengar bila mereka berdua sudah kahwin.

*edited

ABANG PENGAWAS, RAWR! ✅️ Where stories live. Discover now