12

1.3K 126 56
                                    

Mereka bertiga memandang tajam ke arah aku.Terasa dunia aku berhenti berputar apabila dipandang enam pasang mata.

"Kau buat apa ha dekat sini "tanya Lutfi sambil menunjuk ke arah aku.Aku menelan air liur mendengar soalan yang diajukkan pada aku.

"Err time nak balik tadi aku nampak Syukri naik atas.So aku ingat dia nak gaduh dengan budak lain.Tak sangka pulak gaduh dengan kau "terang aku panjang lebar.Mata memandang tanah.Tidak sanggup memandang pandangan tajam dari Lutfi.

"Kau bodoh ke?Kalau kau kena patuk ular ke,kena sengat tebuan ke.Siapa susah?mak ayah kau jugak yang susah "kata Lutfi sambil memegang beg sekolahnya.Aku mengeluh perlahan.

"Kau okay tak?ada jantan tak guna tu pukul kau? "tanya Firdaus sambil memandang aku atas bawah.Aku menggeleng perlahan menjawab soalannya.

"Berani lah dia pukul minah ni.Memang putus kepala dia dari badan aku, kerjakan "kata Lutfi dingin lalu bergerak meninggalkan aku dan Firdaus.Aku hanya mengikut mereka dari belakang.

"Ni kau balik naik apa?Aku rasa bas sekolah kau dah lepas.Time-time macam ni mana ada bas sekolah dah "tegur Hakim.Sekarang ni kami berada di tempat parking motor mereka bertiga.

"Hmm ye ke.Tak apalah.Aku jalan kaki.Rumah aku tak jauh pun "kata aku memandang jam tangan.Sudah menunjukkan pukul 5 petang.Waktu macam ni jarang jumpa bas sekolah lalu.

"Ish kau ni macam-macam la.Kau reti bawak motor tak? "tanya Lutfi tanpa nada.Aku mengerutkan kening mendengar soalannya tapi tetap jugak aku mengangguk.

Kunci motor ditangannya di baling pada aku.Aku mengerutkan dahi melihat gugusan kunci yang berada di tangan.Muka Lutfi aku pandang meminta penjelasan.

"Kau naik motor aku.Aku naik motor dengan Hakim.Kitaorang follow kau sampai dekat rumah kau "kata Lutfi apabila mengerti bahawa aku tidak faham dengan maksudnya.

Aku mengangguk faham.Lalu membuat thumbs up pada dia.Enjin motor aku hidupkan.Motor LC 135 milik Lutfi aku tolak kebelakang perlahan-lahan.Motor orang oii!Mati aku kalau rosak atau calar.

Hampir 30 minit aku menunggang motor ke rumah.Kereta ayah tak ada.Rumah juga gelap.Aku mengerutkan dahi melihat mereka tiada di rumah.Enjin motor aku matikan sebelum aku menuju kerumah makcik Eton.

"Assalamualaikum makcik!Nak tanya mak ayah Hanna pergi mana ye? "tanya aku perlahan.Makcik Eton yang sedang menyapu sampah di kawasan pagarnya menjawab salam.

"Mak ayah kamu pergi bandar sekejap.Katanya beli barang.Dia pesan suruh kamu jangan kemana-mana.
Duduk saja di sini sampai mereka balik "kata makcik Eton pada aku.

Aku mengangguk faham mendengar kata makcik Eton.Aku bergerak ke motor Hakim.Mereka bertiga memandang aku sedari tadi.Aku meneguk perlahan air liur.Susah lah kalau mamat handsome-handsome pandang.Cair tau!

"Thank you tumpangkan motor.Sorry susahkan korang nak teman aku balik semua.Hmm okay lah korang.Bye!Hati-hati balik "kata aku melambaikan tangan kepada mereka.

Mereka tanpa membalas lambaian aku terus pergi dari kawasan rumah aku.Hmph!Hati beku betul!Ni kalau kena pijak,best ni!Nasib handsome,
kalau muka macam mimi peri memang aku tonyoh-tonyoh muka diorang dekat ekzos motor tu.

Aku mengeluh memandang rumah yang sepi.Pagar aku kunci dan mangga.Aku mengambil keputusan untuk menunggu kepulangan mereka di depan pintu rumah.Aku meletakkan beg ke lantai sebelum aku duduk.Tangan menongkat dagu.Mengenang nasib.Huaaa!

Hari semakin gelap,tapi bayangan mak ayah aku masih tak ada.Ish kemana lah diorang pergi berjoli ni.Tak bawak aku pulak tu.Dah lah tengah lapar.Perut yang tengah mendendangkan lagu Dynamite dari BTS aku pegang.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now