48

1.1K 121 112
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤






Bunyi tolakan pintu menarik perhatian Hanna dan Lutfi.Hanna membulatkan mata melihat gerangan yang datang itu.

Lutfi pulak hanya bersahaja.Dia sambung membuka hamper sementara Hanna masih dengan riaksi terkejut.Dia takut kalau Lutfi dan orang tersebut akan bergaduh.

"Oii!Buat apa datang?Pasal kau, Hanna masuk hospital tau! "jerit Mia melangkah ke arah Hanna.Husna mengeleng perlahan kepalanya apabila mendengar jeritan Mia.

Lutfi yang hanya memekakkan telinganya saja apabila mendengar bebelan Mia.Dia meletakkan satu persatu kotak makanan ringan di atas meja.

"Ish janganlah cakap macam tu.Aku okay je.Tak mati lagi pun "kata Hanna sambil tersengih.Dia tahu, kawan- kawannya mengambil berat.Tapi dia tidak mahu sehingga membuatkan Lutfi serba-salah.

Mia dan Husna berdiri di sebelah katil Hanna.Mia memeluk tubuh Hanna untuk memberikan semangat.

"Kau okay?Aku risau lah "kata Mia perlahan.Dia sangat terkejut apabila mendengar berita dari guru kelas mereka yang Hanna akan cuti beberapa hari kerana mengalami kecederaan.

"Okaylah.Tak ada apa ni.Ha tengok aku okay je "kata Hanna sambil merenggang-renggangkan badannya dan secara tidak sengaja terlepas desihan dari mulutnya.

"Elok-elok.Kau tu masih belum okay "kata Lutfi sambil membetulkan bantal Hanna.Perkara itu membuatkan Hanna mencebik sebelum dia membaringkan kepalanya.

"Ni kitaorang singgah sekejap je ni. Aku tumpang Mia datang sini "kata Husna sambil membetulkan selimut Hanna.Mereka tidak dapat berlama- lama di sana kerana ayah Mia ada hal nanti.

"Hmm ye la.Thank you datang.Elok- elok balik "kata Hanna sambil tersenyum manis.Lutfi disebelah Hanna bermain telefon membiarkan tiga orang gadis itu bersembang.

"Weh Lut,ikut aku kejap "kata Mia sambil berjalan ke arah pintu.Lutfi yang bermain telefon memandang belakang badan Mia sebelum dia mengeluh kecil.

Dia menutup telefonnya lalu dimasukkan ke dalam poket." Aku keluar kejap.Aku masuk nanti,nak tengok kau dah tidur "kata Lutfi lembut sambil mengusap perlahan kepala Hanna.

"Hmm ye la "kata Hanna lalu menyelesakan kepalanya sebelum dia menutup mata.Lutfi tersenyum kecil lalu keluar dari bilik tersebut untuk berjumpa dengan Mia.

"Ha,kau nak apa? "tanya Lutfi sambil tangannya di lipat ke dada.Muka Mia dipandang tanpa getar walaupun wajah gadis itu nampak sudah mahu mengamuk.

"Kau.......suka........Hanna ke? "tanya Mia perlahan.Dia memandang tepat pada mata Lutfi.Ingin mendapatkan jawapan dari lelaki itu.Husna hanya diam menanti jawapan Lutfi.

Lutfi mengeluh perlahan sebelum mengangguk.Dia memasukkan ke dalam poket seluar.

"Yup,I love her.Kenapa? "tanya Lutfi tenang.Husna dan Mia terkejut sebelum mereka tersengih-sengih. Mereka memang dah agak perasaan Lutfi pada Hanna.

"Ouh,so betullah kau suka dia...hmm okaylah...kitaorang tak kisah pun. Asalkan kau jangan mainkan hati dia sudah.Memang pancit tayar motor kau tu "kata Husna tenang.Dia melipat tangan ke dada.

"Aku tak akan mainkan perasaan orang yang aku sayang "kata Lutfi perlahan sebelum berjalan ke arah pintu wad Hanna.Mia dan Husna hanya mengutuk geram pada perangai dingin Lutfi.

Raihan kini sedang berada di cafe berdekatan hospital.Selepas kejadian dia terlepas kata pada Hanna,dia terus membawa diri.

Raihan menyisir kasar rambutnya ke belakang lalu dia menyandarkan badannya ke kerusi. "Kenapalah kau terlepas cakap! Bodoh betul! "marah Raihan pada dirinya sendiri.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now