31

1.2K 119 72
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Raihan meletakkan beg bajunya di dalam bonet kereta.Sekejap lagi dirinya akan balik ke Kuala Lumpur semula setelah beberapa hari duduk di kampung.

Dijah mengetap bibir apabila mengenang Raihan akan pulang ke Kuala Lumpur sekejap sahaja lagi.Nek Mah dan ibu bapa Raihan sudah berada di depan pagar rumah Nek Mah.

"Ni sedikit huluran dari saya mak,nanti ada masa kami datang
lagi ye "kata Puan Lia sambil
menghulurkan not berwarna purple 5 keping kepada Nek Mah.

"Ye lah,kamu berdua ni rajin-rajin lah balik ke sini.Aku ni tinggal sorang je ha,rindu dengan anak menantu aku..cucu aku "kata Nek Mah perlahan.Matanya sudah berubah kemerahan kerana menakung air mata.

Puan Lia mengangguk perlahan sebelum menyalam tangan tua ibunya sebelum memeluk tubuh tua itu.Encik Shah juga turut menyalam ibu mertuanya sebelum memberi sedikit pesanan supaya menjaga diri.

Dijah mendekati tubuh Raihan
yang bersandar di sisi keretanya. "Nanti abang Han jangan lupa Dijah tau.Jangan tengok perempuan lain" kata Dijah sambil memandang sisi muka Raihan yang tidak mengendahkan kehadirannya.

Raihan hanya mengangguk malas,
mata hanya fokus memandang skrin telefon yang asyik berbunyi.Dijah menahan geram apabila melihat Raihan tidak fokus pada dirinya.

"Ish abang dengar tak apa Dijah cakap ni? "tanya Dijah bernada tinggi.Mukanya sudah berkerut menahan marah.Raihan mengeluh perlahan sebelum memandang muka Dijah.

"What? "tanya Raihan tanpa nada. Wajahnya sudah beku.Sudahlah dirinya stress kerana tidak dapat menghubungi Hanna lepas tu Dijah pulak buat masalah.

"Ish Dijah cakap,nanti dah balik KL jangan pandang perempuan lain.Ingat lah yang abang tu dah ada tunang "kata Dijah bengang.Tangan melipat ke dada.

Kening Raihan terjongket ke atas mendengar kata Dijah yang seperti memberi arahan kepada dirinya. Senyuman sinis terbentuk sebelum dia memandang tepat pada mata Dijah.

"Then,kau pun perlu tahu...Nak jadi tunang aku,kau kena hadap je apa yang jadi.Kalau aku ada girlfriend ke..itu hal aku.Kalau kau nak jadi tunang aku,kau kena terima apa yang aku buat.Simple kan? "tanya Raihan bernada sinis.

Dijah terdiam bukan kerana terkejut dengan apa yang dikata oleh Raihan, tetapi sisi Raihan yang dia tidak pernah lihat.Tangannya yang tadi dilipat ke dada sudah turun ke sisi badan.

Kedatangan Nek Mah bersama Encik Shah dan Puan Lia membuatkan wajah Raihan yang beku tadi bertukar ceria.Dia menyalami tangan tua Nek Mah sebelum memeluk dan mencium dahi Nek Mah.

"Eh abang long,dah nak balik ye?Ni saya ada buatkan kuih nona manis. Kesukaan Raihan kan kuih ni.Boleh lah makan dalam kereta nanti "kata Puan Bayah yang baru datang. Tangannya menghulurkan bekas kuih kepada Puan Lia.

"Lah susah payah je kamu, terima kasih ye "kata Puan Lia mengambil huluran Puan Bayah sambil tersenyum manis.

"Tak ada apalah yang susah.Nanti kita jadi besan jugak kan "jawab Puan Bayah sambil tergelak kecil.
Tangannya memeluk bahu anak daranya yang hanya senyap dari tadi.

Encik Shah menggeleng perlahan kepalanya. "Ada-ada saja kau.Kita tak tahu apa berlaku kemudian hari.Jangan nak cakap lebih-lebih nanti sendiri malu kalau mereka berdua ni tak jadi bernikah,Bayah "kata Encik Shah tegas.

Encik Shah terus menghala ke pintu pemandu.Malas dia berlama-lama di situ. "Ni kak,saya nak cakap sikit "kata Puan Bayah pada Puan Lia yang masih berdiri di sebelah Nek Mah.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now