59

1K 113 46
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤




Raihan membuka perlahan pintu kereta supaya Lily yang tidur di gendongan Hanna tak terjaga.

"Assalammualaikum.. "Raihan memberi salam sebaik saja kaki melangkah ke dalam rumah.Hanna mengikuti dari belakang.

"Waalaikummusalam...eh Lily tidur...alah siannya cucu nenek ni... "kata Puan Lia yang menuruni tangga.Terus dia mengambil Lily dari gendongan Hanna.

Hanna menyalam tangan Puan Lia sambil tersenyum manis.Raihan pula sudah menuju ke bilik untuk meletakkan beg dan barang- barangnya.

"Macam mana cafe kamu Hanna? "bicara Puan Lia pada Hanna.Mereka kini duduk di sofa.Memandangkan kini tinggal Hanna seorang membuatkan Puan Lia merisaukan Hanna.

3 tahun lalu,berlaku sesuatu kejadian yang perit dalam hidup Hanna apabila ibu bapa serta adiknya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

"Alhamdulillah,pelanggan makin bertambah and feedback semuanya positif je... "jawab Hanna lembut pada Puan Lia yang memandangnya.

"Bu,Lily dah bangun,mandikan dia boleh?Han nak sembang kejap dengan Hanna... "kata Raihan pada ibunya. Dia duduk di sofa bersebelahan sofa sebelah Hanna.

Puan Lia hanya mengangguk sebelum berjalan ke arah tangga.Kini di rumah hanya tinggal Puan Lia,Encik Shah, Lily dan Raihan.Resha dan Rayyan semuanya duduk di hostel kerana sambung belajar.

"Thank you jagakan Lily..susahkan kau je tiap hari jagakan Lily untuk aku.. "Raihan serba salah kerana menyusahkan Hanna.Walaupun dia tahu Hanna sibuk,Hanna tetap menjaga Lily dengan baik.

"Alah tak apalah,saya pun dah anggap Lily tu macam anak saya tau...teringat dengan Damia bila tengok Lily tu... terubat jugak rindu... "kata Hanna sedih apabila mengenangkan Damia iaitu adiknya yang 3 tahun lebih.

Kalau sampai sekarang Damia ada,mesti sudah nak masuk 6 tahun umurnya.Tapi Allah lebih sayangkan mereka.Hanna tersenyum nipis.

"So macam mana dengan ex wife awak...Masih rebutkan hak penjagaan? "tanya Hanna pada Raihan yang bersandar di sofa.

Kadang-kadang kesian dia melihat Raihan yang menjadi ayah tunggal pada usia muda.Bekas isteri Raihan iaitu Intan meminta penceraian kerana tidak menyukai dengan perkahwinan mereka.

"Hmm macam tu lah..Ingat aku senang-senang nak bagi Lily dekat dia...Waktu Lily tu masih baby lagi dia dah tinggalkan..sekarang nak pulak "jawab Raihan malas.

Nasib baik dia banyak bukti untuk mendapatkan hak penjagaan Lily. Hanna tersenyum nipis memandang Raihan yang keletihan.Pagi pergi kerja,malam pulak nak jaga Lily.

"Lut macam mana?kau dah dapat jejak dia? "tanya Raihan sambil membetulkan duduknya.Dia memandang muka Hanna yang suram.

"Belum....tapi tak apalah...janji dia sihat even dekat mana dia ada "kata Hanna memandang muka Raihan.

Jujur,walaupun dah 7 tahun berlalu,perasaannya tetap pada lelaki itu.Baru dia sedar,perasaan Lutfi jika Hanna menyukai Raihan tapi Raihan tak menyukainya.Mungkin ni balasan?

"Aku dah cuba suruh Harith and geng dia cari maklumat pasal Lut,tapi sampai sekarang tak dapat apa-apa... "balas Raihan yang bersandar di sofa.Mata dipejamkan.

"Huh?ouh...tak apalah... "balas Hanna sedih.Dia cuba menyorokkan perasaan sedihnya.Perlu ke dia move on?mungkin Lutfi pun dah jumpa pasangan hidup.

"Ouh,kau tak cuba tanya mak dia? "tanya Raihan lalu membuka tv. Hanna mengangguk perlahan sebelum matanya beralih pada tv.

"Ada tapi mak dia kata,Lut tak ahli keluarga dia bagitahu sesiapa "Hanna bangun dari duduknya sebelum mendaki anak tangga.

Stalker Si Abang PengawasTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang