46

1.1K 113 67
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤






Bunyi deruman beberapa buah motor menarik pandangan Hanna, Lutfi, Hakim dan Firdaus.Beberapi buah motor diparking menghadap mereka.

"Si sial ni memang tahu guna cara kotor je "kata Hakim geram apabila melihat muka-muka lelaki yang datang ke arah mereka.

Fiq.Lelaki yang bergaduh dengan mereka haritu.Lelaki itu tersenyum jahat.Senyuman yang penuh tipu muslihat dan kotor.Fiq berdiri di sebelah Adam.

Tanpa banyak bicara Fiq cuba menendang muka Lutfi tapi sempat dielak.Hanna sudah berada jauh di belakang Hakim,Firdaus dan Lutfi.Dia risau jika ada perkara buruk akan berlaku.

Hanna menarik nafas dan dihembus kuat sebelum berdiri sebaris dengan Hakim,Firdaus dan Lutfi.Keadaan ini menjadikan lelaki-lelaki itu tertanya- tanya dengan perbuatan Hanna.

"Oii,kau kenapa ni? "bisik Firdaus pada Hanna.Firdaus berada di sebelah Hanna manakala Lutfi di tengah-tengah.Hanna memandang tajam lelaki-lelaki di depannya itu.

"Lawan dengan aku sekali "kata Hanna tegas.Kini dia sudah menunjukkan sisi satunya.Dia sememangnya mengikuti banyak seni bela diri.

"Kau biar betul?! "kata Hakim dan Firdaus serentak membuatkan Hanna tergelak kecil.Dia sekadar mengangguk sebelum mereka memulakan pergaduhan.

Lutfi dalam bergaduh dengan Adam dan Fiq,dia sempat merisaukan keadaan Hanna yang berlawan dengan rakan kepada Fiq.

Kini tinggal Fiq yang masih berdiri melawan mereka berempat.Yang lain sudah kehilangan banyak tenaga. Hanna tercunggap-cunggap memandang Lutfi

"Kau okay? "tanya Lutfi pada Hanna.Hanna hanya mengangguk sebelum tersengih.Fiq yang menyedari tiada orang yang memerhatikan kelakuannya,dia secara senyap-senyap mengeluarkan skrewdriver dari poketnya.

Hakim dan Firdaus termengah- mengah atas tanah.Penat selepas bertarung dengan Adam dan yang lain.Fiq memanfaatkan situasi tersebut dan dengan laju dia berlari ke arah Lutfi yang tidak menyedari Fiq.

Hanna berlari ke arah Lutfi yang berjalan membelakangi dirinya. Hanna yang melihat Fiq berlari bersama skrewdriver di tangan terus berlari ke arah Lutfi sebelum memeluk erat tubuh lelaki itu.

Lutfi tersentak apabila memandang tangan kecil Hanna yang memeluk tubuhnya.Dia cuba meleraikan pelukan tersebut tapi dihalang oleh Hanna.Hanna menggeleng laju kepalanya.

Adam terkejut melihat situasi Hanna,dia memandang Fiq dengan marah tapi belum sempat dia menghamburkan amarahnya,Fiq sudah berlari laju ke arah motor dan meninggalkan kawasan itu.

"Oi,kau kenapa peluk-peluk aku ni? "kata Lutfi pelik.Dia sekali lagi cuba meleraikan pelukan Hanna tapi di halang.Hanna semakin mengetatkan pelukannya.

"Jan..jangan tak ada apa-apa "kata Hanna perlahan.Matanya muka berpinar dan kekuatan pelukannya semakin kurang.Hakim dan Firdaus memandang antara satu sama lain apabila melihat Fiq yang kelam-kabut melarikan diri.

"Lut,Han..Hanna "kata Adam tergagap-gagap membuatkan Lutfi mengunakan tenaganya meleraikan pelukan Hanna.Terus Hanna ingin rebah ke tanah tapi di sambut oleh Lutfi pantas.

Lutfi merasakan ada sesuatu tertusuk di belakang badan Hanna sebelum dia melihat tangannya yang berdarah. Secara tiba-tiba perasaan gusarnya meninggi.

"Ka..kau kenapa Han?Weh?Jangan buat aku risau "kata Lutfi memegang kepala Hanna.Hakim dan Firdaus cepat berlari ke arah mereka berdua sebelum Hakim mencangkung di sebelah Lutfi.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now