44

1.1K 107 16
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤





Hari pertandingan sukan sekolah bakal diadakan pada hari ini.Hanna sibuk menguruskan jadual-jadual pertandingan.Rumah-rumah sukan sudah dihiasi dengan tema masing- masing.

Dari jauh sepasang mata sibuk memerhatikan tingkah laku Hanna yang kehulu-kehilir dengan membawa kertas di tangan.Lutfi menggeleng kepala melihat gadis kesayangannya yang sibuk mengalahkan perdana menteri itu.

Hakim datang sambil memegang baju sukan yang baru diambil dari beg yang dibawa dari sekolah.Badannya yang terbentuk sixpack dan V-line menjadi santapan pada mata-mata pelajar perempuan.

"Weh-weh sixpack siak!Idola aku tu! "kata pelajar perempuan yang duduk bersama kawannya.Walaupun Hakim bukan atlet rumah sukannya,tapi dia tidak dapat menolak dirinya dari memuji seniornya itu.

"Weh handsome siot.Kau rasa dia dah ada girlfriend ke? "tanya kawannya yang sedang di makeupkan oleh pelajar lain.Rumah sukan kuning memilih tema beauty and the beast.

"Haih lelaki handsome macam tu..of course ada girlfriend "kata pelajar yang sibuk meriasi muka pelajar tersebut.Mereka rancak berborak mengenai Hakim.

"Oi mata tu,kalau boleh sampai nak terkeluar biji mata "tegur Hakim pada Lutfi yang duduk di atas bangku.
Dari jauh dia perasan Lutfi melihat
Hanna yang sibuk menguruskan pertandingan balapan dan padang yang bakal dimulakan tidak lama lagi.

"Aku risau dia tu.Sibuk urus itu ini,nanti jatuh sakit "kata Lutfi perlahan.Air botol yang berada di atas rumput di ambil sebelum diteguk perlahan.

Hakim tergelak sinis sebelum menyarung baju yang dipegangnya itu."Alah kau ni,risau sangat.Sejak bila Lutfi Hakim macam ni.Jarang-jarang risau pasal orang "kata Hakim nada mengejek temannya itu.

"Sebab aku sayang.Kalau tak sayang,nantak kau lah tertonggeng depan aku pun,aku tak kisah "kata Lutfi tanpa nada.Dia membuka bajunya menampakkan badannya yang sememangnya menjadi santapan mata-mata pelajar perempuan.

"Wahhhhh!Weh weh Ya Allah jodoh aku! "jerit suara pelajar perempuan yang lalu lalang di situ.Hakim menutup telinga sambil membuat muka menyampah.

"Kecoh lah minah-minah ni "kata Hakim rimas.Dia merenggangkan badannya seraya membuat senaman memanaskan badan.Bunyi pengumuman dari guru yang menjadi  pengacara majlis menjadikan semua pelajar kelam kabut masuk ke rumah sukan masing-masing.

"Hanna! "jerit Lutfi kuat pada Hanna yang lalu di depan khemahnya.Hakim menggeleng perlahan kepalanya melihat perangai tidak tentu arah rakan baiknya itu.

Hanna memandang Lutfi sebelum dia berjalan mendekati Lutfi.Mata Hanna dilarikan untuk tidak memandang badan sasa Lutfi yang dibentuk cantik oleh tuan badannya.

Lutfi tersengih sinis memandang gadis itu yang mengelak dari memandang tubuhnya.Pipi Hanna memerah apabila dia sedar bahawa Lutfi memandangnya.

"Ha nak apa? "tanya Hanna pantas.Tangannya dikipas-kipas pada muka.Cuaca panas menjadikan kulit mukanya kemerahan.

"Handsome sangat ke Rafiq tu dari aku ni? "tanya Lutfi nakal.Dia sengaja mahu mengusik gadis yang malu itu.Dia suka melihat perangai Hanna yang malu-malu dengan dirinya.

"Ish mana ada aku pand...... "kata Hanna terhenti apabila Lutfi dengan pantas menarik lengan Hanna yang berlapik ke depan.Mata Hanna membulat melihat wajah nakal Lutfi yang sengaja mengenakannya.

"Pandang apa sayang?pandang aku sini "kata Lutfi perlahan di depan Hanna.Tangannya masih memegang erat lengan Hanna.Tidak terlalu kuat kerana takut menyakiti gadis kesayangannya itu.

Lutfi ketawa kuat apabila melihat muka kemerahan Hanna semakin menyerlah.Dia melepaskan lengan Hanna lalu mengambil baju baru yang berada di atas kerusi.

"Tengok dear,aku kalahkan semua lelaki ni.Kalau aku menang,kita keluar makan.Deal? "tanya Lutfi sambil menyarungkan baju sukannya.Hanna mengerutkan dahi apabila tidak faham.

"Ah tak apalah,lama tunggu kau jawab.Aku anggap kerutan dahi kau tu bermaksud kau setuju.Wait for me sayang.Aku akan menang! "kata Lutfi menepuk perlahan kepala Hanna sebelum berlalu ke tengah padang.

Banyak mata-mata memandang pasangan itu.Ada yang memuji dan ada yang mengeji.Kebanyakkan pelajar perempuan tidak menyukai Hanna apabila lelaki hots sekolah mereka rapat dengan Hanna.

"Ha?makan?Wahhh!!Harap kau menang Lut! "kata Hanna sendiri sambil menepuk tangannya perlahan. Jika jantinanya perempuan, siapa je tak suka makan kan.

Acara perbarisan setiap rumah sukan telah berlangsung.Lutfi,Hakim,Rafiq dan Syamrin merupakan empat orang atlet dari empat rumah sukan membawa masuk bendera ke tiang bendera.

Hanna tersenyum manis dari jauh melihat muka serius Lutfi.Jika orang yang baru kenal dengan Lutfi,mesti menganggap lelaki itu adalah seorang yang bengis dan nakal.Tapi sebaliknya.

Acara perbarisan diakhiri dengan tepukan gemuruh dari penonton- penonton yang hadir dari kalangan ibu bapa,guru-guru dan para pelajar.

Hanna mengigit bibir apabila acara larian pecut bakal bermula.Dia melihat Lutfi yang merapikan tali kasut sukannya agar tidak terbuka sewaktu dia berlari.

Lutfi kini berada sebaris dengan peserta-peserta larian pecut.Dia sempat mencari kelibat Hanna dan apabila bola matanya sudah mendapat kesan gadis kesayangannya itu,dia memberikan kenyitan mata nakal.

Bunyi teriakan pelajar perempuan membuatkan suasana semakin panas.Hanna membuat muka menyampah apabila menerima kenyitan mata nakal dari Lutfi.

Bunyi tiupan wisel membuatkan para peserta memulakan larian.Lutfi bersungguh-sungguh mempercepat kan langkahnya menyaingi pihak lawan iaitu rumah hijau.

Adam yang beradi di belakang
Lutfi tersenyum sinis sebelum dia melajukan lariannya dan dengan
saja menyenggok badan Lutfi menggunakan bahunya membuatkan Lutfi terjatuh ke tanah.

Pelajar-pelajar mula bising apabila melihat Lutfi tersungkur ke tanah.Rata-rata ada yang memberi kata kesian pada Lutfi dan ada juga yang mengatakan Lutfi terjatuh sendiri.

Firdaus yang berada di khemah rumah biru terus berlari ke tengah padang untuk memeriksa keadaan Lutfi.Firdaus tidak masuk dalam acara larian tapi dia masuk dalam acara lompat jauh.

"Eh bro kau okay tak? "tanya Firdaus pada Lutfi yang sudah duduk.Daus memerhati badan Lutfi untuk memeriksa jika lelaki itu mempunyai kecederaan.

Lutfi mengangkat tangan kanannya mengatakan dirinya baik-baik sahaja.Firdaus beranjak ke tepi sedikit memberi laluan kepada Hanna yang baru datang.

"Eh weh,kau okay tak ni? "tanya Hanna risau.Matanya memandang lutut dan badan Lutfi.Takut ada luka di mana-mana.Dia sungguh terkejut melihat Lutfi yang jatuh di tengah padang.

"Aku okay je.Jangan risau "kata Lutfi dingin.Dia memberi tangan kanannya pada Firdaus supaya mendirikannya. Hanna mengerutkan dahi apabila melihat sikap Lutfi yang tiba-tiba bertukar dingin.

Lutfi dan Firdaus bergerak meninggalkan tengah padang.Mereka berdua berjalan ke arah tandas berdekatan.

"Si sial tu yang langgar aku! "kata Lutfi dengan marah.Firdaus hanya senyap.Dia menyandarkan tubuhnya pada sebelah sinki sambil tangan melipat ke dada.

Lutfi memandang pantulan wajahnya dicermin.Perlahan-lahan senyuman sinis terbentuk.









Vote 🦋
Comment 🦋
Follow saya 🦋

Hi!!!Dah lama saya tak update😕Sorry,terlampau busy wakk😭Lagipun saya tak sihat,hari Jumaat tu jatuh motor🤪HAHAHAHAHAHAH..Bulan ni dah start bulan kerja kursus Form 6 so..lagi busy😕

Harap korang bersabar dan menanti okess❤Saya janji akan habiskan sebelum raya😭Korang hanya perlu support dan bagi kata-kata semangat❤

Thank you❤

Stay Safe❤

Selamat berpuasa❤

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now