52

1.1K 135 27
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤



Hanna mengeluh perlahan apabila dirinya tidak melihat kelibat Lutfi di kelas lelaki itu.Dia membetulkan tali beg yang berada di bahu sambil berjalan lemah.

"Dia pergi mana eh? "tanya Hanna sendiri.Sudah nak dekat 2 minggu Lutfi tidak menelefon atau berjumpa dengannya.Adakah dia ada buat lelaki itu terasa hati?

Bunyi beberapa suara lelaki sedang bergelak ketawa menarik perhatian Hanna.Dia tersengih lebar memandang Hakim dan Fridaus serta beberapa orang lelaki lagi sedang bersembang.

Hanna berlari anak ke arah mereka.Hakim,Firdaus,Zahin,Chen dan Aiman memandang ke arah Hanna.Siapa je la tidak kenal Hanna.Perempuan yang disukai oleh Lutfi.

Hakim menjongketkan kening memandang Hanna yang tersengih seperti kerang busuk di depannya. "Ha apa? "tanya Hakim dengan nada biasa.

"Lut mana?Tak nampak pun dia dengan korang "tanya Hanna memandang muka Hakim dan Firdaus berharap.Hanya mereka berdua saja jalan yang tinggal untuk mengetahui keberadaan Lutfi.

"Ha?kau tak tahu ke dia..... "kata Chen terhenti apabila Hakim menepuk belakang badannya.Hanna mengerutkan dahi apabila tidak faham dengan situasi dihadapannya itu sekarang.

"Ha? Dia apa? "tanya Hanna pada Hakim.Dia tak tahu kenapa,tapi mereka seperti menyorokkan sesuatu darinya.Hakim,Firdaus dan yang lain mahu bergerak tapi di halang oleh Hanna.

"Kim... "kata Hanna membuatkan Hakim terhenti.Dia menyuruh kawan-kawannya balik ke kelas dulu.Hakim memandang Hanna sambil melipat tangannya ke dada.

"Lut tak akan datang ke sekolah.Hari SPM baru dia datang "kata Hakim tenang tapi bukan Hanna.Mukanya memang nampak terkejut.

"Tapi,tapi kenapa? "tanya Hanna sedih.Terus mendung air mukanya membuatkan Hakim tersenyum nipis.Ditepuk perlahan kepala Hanna.

"Jangan risaulah.Dia okay je.Jangan fikir bukan-bukan "kata Hakim perlahan.Melihat Hanna yang masih sedih membuatkan Hakim mengeluh panjang sebelum berjalan meninggalkan Hanna.



Raihan menggaru kepalanya apabila pintu bilik diketuk dari luar.Diletak kasar pen yang dipegang sebelum dia menolak kerusi yang diduduk ke belakang sedikit.

Ingin saja dia memaki orang yang menganggunya itu.Raihan memejamkan mata sambil menghembus nafas perlahan.Dia perlu bertenang untuk menjalankan misi dia tidak lama lagi.

Wajah beku Raihan menyapa pandangan Dijah yang sedang tersengih-sengih.Raihan menahan rasa untuk memaki Dijah yang berada di depannya itu.

"Hmm..nak apa? "tanya Raihan dingin.Matanya tajam memandang mata Dijah.Seujujurnya Khadijah bukannya seorang gadis yang tidak cantik,tapi mungkin kerana perangainya lagi terserlah dari kecantikannya.

"Hmm tak ada apa-apa saja nak tengok Abang Han "kata Dijah sambil menolak perlahan pintu bilik Raihan.Dia masuk ke dalam bilik Raihan sambil memandang sekeliling.

"Keluar Dijah,nanti orang tengok fikir apa pulak.Dah ada bilik tu,tengok je lah bilik sendiri.Kalau tak cukup bilik tidur tu,bilik tukang kebun tu pergi tengok sekali "kata Raihan dingin. Dijah ketawa mendengar kata Raihan.

"Alah tak apalah Dijah tengok pun,lagi pun tak lama lagi bilik ni pun akan jadi bilik Dijah "kata Dijah tak tahu malu.Dia menyentuh frame yang terletak di atas meja Raihan.

"Out "kata Raihan dingin.Matanya mengikut pergerakan Dijah yang sibuk memegang barang-barangnya. Apabila tiada respon dari Dijah, Raihan bertindak menarik tangan Dijah lalu di hempas badan Dijah ke dinding.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now