70 ( The End II )

1.7K 138 30
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

🎊 Bab last, 4087 patah perkataan. Pastikan korang sediakan popcorn dan air 😜

Tarik nafas dulu, hembus 😝😂
















Hanna memandang ke luar tingkap, melihat suasana bandar kota yang tidak pernah lenggang dari manusia dan kesibukan.

Pinggangnya di peluk dari belakang membuatkan dia tersedar dari terus mengelamun jauh. Jantungnya berdebar-debar memandang tangan berurat yang memeluk perutnya itu.

" Hey sayang, termenung apa tu --" melihat kebisuan Hanna, lelaki yang memeluknya itu terus memusingkan tubuh kecil itu menghadapnya.

"Kenapa ni, marah abang ke? " soal lelaki itu dengan bersalah. Diciumnya perlahan dahi Hanna dengan penuh rasa cinta.

"Ke- kenapa awak buat macam ni? " Hanna memandang Lutfi yang sibuk mengusap pipi mulusnya itu. Walau Hanna masih berada dalam keadaan marah dan terkejut, dia masih terkelu melihat ketampanan Lutfi.

Lutfi melepaskan pelukan di pinggang Hanna sebelum berjalan ke arah meja kecil di tepi katil. Dia membuka laci lalu di ambil sekotak rokok.

Dihidupkan lalu dia berjalan dan berdiri di sebelah Hanna, memandang jalan yang sibuk. Asap rokok di hembus keluar.

"Apa maksud kau? Kenapa aku buat macam ni? Sebab aku nak kau. Aku tak gila lagi nak berkahwin dengan Alianna " jelas Lutfi sambil mempamirkan riaksi dingin.

Hanna memandang Lutfi dengan pandangan geram. Dia memeluk tubuh mendengar balasan Lutfi yang bersahaja.

"Ouh habis tu, saya ni? Raihan? Awak tak fikir pulak?! " Hanna membentak meninggikan suara membuatkan Lutfi berdecit sinis.

"Watch your mouth sayang, kau lupa syurga kau dekat bawah tapak kaki aku sekarang ni? " Lutfi memandang tajam Hanna yang telah membatu. Mungkin gadis itu takut dimarahi.

"Aku tak kisah, sekarang ni kau dah jadi isteri aku. Aku rasa sepatutnya kau happy, tapi macam tak -- Hahaha tak apalah aku keluar dulu, nanti kau lapar, kau call je reception suruh hantar makanan " sebelum Lutfi keluar, dia sempat mencapai kunci kereta dan mencium perlahan dahi Hanna.

Hanna termagu sendiri, dia duduk di tepi katil sambil memicit perlahan kepalanya.

" Ya Allah, kau permudahkan lah "

[ Flashback ]

Hanna yang tertidur di atas tilam nipis terasa seperti ada yang mengusap perlahan pipinya sambil bercakap. Tetapi kerana ngantuknya yang teramat, dia tidak berapa dengar apa yang dikatakan lelaki itu.

Apabila hari sudah pagi, Hanna bersandar di dinding yang kotor sambil memikirkan cara untuknya lari dari tempat kurungan nya itu.

Bunyi pintu besi yang terbuka membuatkan Hanna berdiri dengan pantas. Dapat dilihat seorang lelaki masuk ke dalam bilik tersebut sambil membawa dulang makanan.

" Dia bodoh ke nak aku makan dekat bilik kotor macam ni? " Hanna membebel di dalam hati sambil mata memandang nasi putih, ayam goreng serta sayur campur yang berada di atas dulang.

" Makan " lelaki berambut perang itu meletakkan dulang tersebut ke atas lantai lalu memandang Hanna yang masih berdiri tegak.

"Eh saya tahu lah awak ni penjahat, sekolah tak habis lagi, tapi awak fikir saya boleh ke makan dekat tempat kotor macam ni?! " Hanna melipat tangan ke dada. Sejujurnya dalam hati dia risau jika lelaki itu marah lalu memukulnya.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now