57

1K 107 40
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤




Hanna mengenggam erat kedua belah tangannya memikirkan Lutfi.Dia sedar,dia mencintai lelaki tu dan bukan Raihan.Raihan hanya masa silam dia.

"Bodoh kau Han,sanggup kau biarkan Lutfi pergi macam tu.Kau memang bodod! "marah Hanna dalam hatinya. Dia memejam mata sewaktu mereka di traffic light.

Harith di sebelah hanya senyap.Dia mengerling pantas ke arah Hanna dan kembali memandang ke depan.

"Raihan tu baik orangnya... "Harith berkata perlahan.Hanna memandang Harith yang tenang di sebelah.Tangan kanannya di letak pada stereng kereta.

"Dia boleh je pekakkan telinga dan buat macam dia tak dengar pengakuan Lutfi tu...tapi sebab dia sedar,dia tak nak kau derita dengan orang yang salah "sambung Harith. Dia menurunkan hand brake sebelum menekan minyak.

"Awak pernah jumpa Lut? "soal Hanna kehairanan.Benda apa lagi dia tak tahu ni.Kenapa banyak sangat misteri-misteri dia tak tahu.

"Hmm,kitaorang jumpa waktu perlawanan sukan tu lah..."jawab Harith bersahaja.Mukanya memang beku.Dia seorang yang jarang senyum.

Sampai di perkarangan rumah Lutfi,Hanna pantas membuka seat belt dan tergesa-gesa keluar.Harith mengeleng perlahan kepala melihat perangai Hanna.

"Macam mana lah dua ekor tu boleh minat minah ni "kutuk Harith dalam hati.Dia mematikan engine kereta dan keluar.

Hanna menekan beberapa kali butang lonceng yang berada di tembok pintu pagar Lutfi.

"Sunyi je,tak ada orang ke? "kata Hanna sambil terjenguk-jenguk kepala memandang ke dalam rumah. Kereta ada tapi sunyi je.Tak mungkin dah tidur,awal lagi.

Harith mengeluh perlahan sebelum dia menarik lengan Hanna ke belakang lalu dia berdiri di depan pintu pagar.

"Assalammualaikum! Ada orang tak? "jerit Harith kuat menyebabkan mata Hanna membulat.Bunyi nyalakan anjing mula kedengaran.

Harith menampar kuat pagar besi berbunga itu sebelum menarik lengan Hanna untuk masuk ke dalam kereta. Hanna yang mula muram hanya mengikuti langkah Harith.

Baru Hanna ingin masuk ke dalam kereta,bunyi pagar yang terbuka menjadikan perbuatan Harith dan Hanna terhenti.Mereka berdua memandang ke arah seorang perempuan yang tengah mendukung seorang bayi.

"Adik-adik ni siapa ye?Nak jumpa siapa? "tanya wanita itu sambil menepuk-nepuk belakang badan bayinya itu.

Harith dan Hanna sambil berpandangan sebelum Hanna tersenyum manis.Dia melangkah ke arah wanita itu manakala Harith hanya memerhati dari pintu kereta.

"Lu..lutfi.... "




















[ 7 tahun berlalu ]

[ Rindu Cafe ]

Meja kaunter di lap dengan berhati-hati menggunakan kain basahan.Peluh yang mengalir di dahi,di lap menggunakan tapak tangan sebelum dia tersenyum memadang kawasan dalam kedai yang dipenuhi pelanggan.

"Weh,ice blend chocolate extra whipping cream 2  "kata seorang gadis yang mengikat rambutnya.

Hanna memusing memandang gadis itu lalu dia meletakkan kain basahan tersebut di dalam baldi lalu dia mencuci tangannya.

Ice blend chocolate di letakkan atas dulang sebelum di bagi pada gadis itu.

"Ika,nanti tak payah tunggu aku sampai kemas,rumah kau jauh kan... kau balik je "kata Hanna yang bersandar di kaunter.

Ika meletakkan dulang yang kosong itu di atas kaunter sebelum turut bersandar di sebelah Hanna.

"Kau okay ke?Alah tak apa lah,kemas sama-sama... "balas Ika pada Hanna yang termenung.Dia risau pulak membiarkan Hanna berkemas hingga lewat malam.

Hanna tersengih sendiri sebelum mencuit perlahan pinggang kawannya itu.Ika yang tak bersedia terus melatah membuatkan Hanna ketawa suka.

"Tak apalah,bukan nya aku tak pernah kemas sorang-sorang "jawab Hanna lalu berjalan masuk ke dalam kaunter.

Donut yang baru disiapkan,di ambil lalu di susun ke dalam rak kaca yang bersambung dengan kaunter.

Selepas Hanna menampatkan pelajarannya,dia telah membuka cafenya sendiri.Sepanjang cafe itu dibuka,setiap tahun akan mendapat sambutan yang tinggi.

"Rm35.70 sen "kata Hanna sambil tersenyum ke arah pelanggan wanita yang tua itu.

Duit yang dihulur,di ambil lalu dia memulangkan baki dan resit pada wanita itu semula.Plastik yang berisi makanan itu di hulur pada wanita itu.

" Terima kasih,datang lagi ye..minggu depan kami buat promosi sempena hari ibu "kata Hanna ramah pada wanita itu.

Seorang lelaki yang memakai baju kemeja bersuit hitam melangkah masuk ke dalam cafe itu.Mata-mata gadis yang memandang hanya di biarkan.

Kanak-kanak yang berada di dukungan lelaki itu memandang orang ramai yang berada sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Hanna yang sibuk menyusun kek-kek yang baru di buat itu masih tidak perasan dengan kehadiran lelaki bersuit hitam itu.

"Hey dear "suara serak basah lelaki itu membuatkan Hanna tersentak lalu mendongak memandang lelaki itu.

Hanna mengurut lembut dadanya sebelum berdiri tegak.

"Yes sir? "soal Hanna dengan lembut.Mata memandang kanak-kanak perempuan yang berada di dukungan lelaki itu.

Lelaki tu tersenyum sinis sambil mata helangnya tajam memandang wajah Hanna yang memerah kerana menahan malu.

"Pa...pa.. "kanak-kanak itu menepuk-nepuk belakang bahu lelaki itu sebelum mula merengek kecil.

"Han,meh sini Lily...kesian dia panas agaknya ramai orang "kata Hanna pada Raihan yang menepuk perlahan belakang badan anak kecilmya itu.

"Dia mengada-ngada ikut perangai dear lah ni "kata Raihan lalu mencebik apabila Lily sudah bertukar tangan.

"Ma...ma..su...su "kata Lily lalu tangannya sibuk menyelak baju Hanna ke atas.Raihan tersengih sinis melihat perangai anak gadisnya itu.

"Alololo,sayang mama ni nak susu ye....jom masuk bilik meh..mama bagi susu "agah Hanna pada Lily yang berusia 2 tahun lebih itu.

"Han nak apa-apa mintak dekat Ika tu...Hanna nak bagi Lily ni susu dulu "kata Hanna pada Raihan yang memandang Lily di dukungan.

"Takpe,aku nak terus pergi pejabat ni.Ada meeting...kau jangan lupa makan...sibuk macam mana pun jangan lupa "tegur Raihan pada Hanna.

Tangan kekarnya mengusap perlahan pipi Hanna lalu dia tunduk mencium pipi tembam Lily.

"Aku pergi dulu dear... "kata Raihan lalu melangkah keluar dari cafe itu.

Hanna tersenyum nipis sebelum membawa Lily masuk ke dalam bilik rehat.

"Alolo comelnya sayang mama ni... papa pergi kerja ye sayang...nanti balik papa ambik kita okayy "kata Hanna sambil bermain dengan jari-jari kecil Lily.




Vote ☆
Comment ❤


Huh 7 tahun dah?!😱

Macam mana dengan bab ni?🍒

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now