5

1.8K 142 8
                                    

Suasana pagi yang sedikit mendung kerana baru lepas hujan menambahkan kedinginan pagi.Di gadis berbaju dan bertudung biru hanya termenung sambil duduk di kerusi.

"Oiiii!Termenung nampak!" Sergah Mia pada Hanna.Dari jauh dah nampak Hanna mengelamun jauh entah ke negara mana.

Hanna mengurut dada perlahan bila disergah.Nasib baik jantung tidak terkeluar dari badan.Mata menyepet geram pada Mia.

"Kau ni kan!Kalau lah aku mati mengejut tadi.Memang kau yang aku kacau tau!!"bebel Hanna.Baju kurung birunya di tepuk perlahan mengurangkan kedut di baju.

Mia terkekeh suka menyakat rakan baiknya.Mata mengerling jam di tangan kirinya.

6:50 A.M

Buku kedatangan lewat diselak sehelai demi sehelai.Selesai memeriksa,dia turut berdiri disebelah Hanna.

"Eh macam mana dengan senior tu?dia terima tak?"soal Mia.Kucing oren dibawa ke pangkuan.Tangan mengurut lembut kepala si bulus.

Mia mengeluh perlahan.Kepala digeleng sambil mulut muncung."Aku rasa dia dah ada awek"kata Mia perlahan.

Si bulus yang sibuk bermain dengan Mia hanya dipandang kosong.Dia takut dengan kucing jadi peluang untuk dia bermain dengan si bulus itu sangat rendah.

"Aik broken ke?"gelak Mia lalu bahu Hanna ditolak perlahan.Kedua tapak tangan disatukan untuk membuang helaian bulu kucing di tapak tangan.

Hanna hanya membentukkan jari telunjuk dan ibu jari.Isyarat sedikit diberi kepada Mia.

Tepat jam 7:00 A.M,pak guard sudah menutup separuh pagar sekolah.Dilihat ramai pelajar lelaki yang lambat beratur menulis nama.

Pelajar lelaki bernama Lutfi Hakim sememangnya terkenal di sekolah.Bukan kerana menjadi pelajar cemerlang dan bukan juga kerana menjadi pelajar contoh tetapi kerana masalah disiplin dalam dirinya.

Walaupun begitu dia adalah seorang atlet sekolah.Sudah tentu menjadi para idola setiap pelajar perempuan di sekolah.

"Woi tulis nama kau elok-elok"tegur Hanna pada lelaki bernama Lutfi Hakim itu.Bukan dia tidak nampak yang pelajar itu telah menulis nama yang mengarut.

Lutfi memandang tajam wajah Hanna.Di pekakkan telinga mendengar teguran si gadis.Mia tidak betah ingin melihat perangai kurang adab Lutfi.

"Oii Lutfi,kau tu kalau dah lambat tolong bawak sedar diri.Dah lah lambat,lepas tu tak reti tulis elok-elok"marah Mia.

Suasana bertukar tegang.Muka Lutfi turut berubah mendengar bicara si gadis pengawas.Mata melihat pada nama di tudung gadis itu.

"Kejap kau ni yang memekak dekat sini nak raih perhatian aku ke sebenarnya?"kata Lutfi mengejek.Dia sudah biasa dengan perempuan macam ni.

Mia berasa geram.Hanna disebelah hanya memerhati.Pengawas yang sebaya Lutfi cuba memegang lengan Lutfi.

Melihat Lutfi dan Adam iaitu pengawas yang turut bertugas di bahagian pagar ingin bergaduh.Hanna cuba meleraikkan mereka.

Mia sudah awal-awal mencari guru disiplin iaitu Encik Shukur.Lelaki bernama Lutfi itu hanya boleh ditundukkan jika menggunakan Encik Shukur.

Hanna memegang lengan Lutfi yang berlapik.Lutfi memakai baju kemeja putih lengan panjang.Terus saja tangan Hanna yang memegang lengan Lutfi ditepis kasar.

"Kau jangan pegang-pegang aku.Rimas la aku dengan korang ni.Acah-acah baik"marah Lutfi.Dari jauh dah lihat Mia dan Encik Shukur.

Pelajar lewat yang lain diarahkan cepat menulis nama dan alasan mereka.Tidak mahu adegan Lutfi dan Adam ditonton oleh ramai pelajar.

"Lutfi Hakim!Kamu ni dah kenapa?Dari dulu perangai tak berubah.Kamu ingat,kamu kecik lagi?Diluar mungkin kamu berkuasa tapi di sini saya yang berkuasa"jerkah Encik Shukur.

Hanna tidak masuk campur urusan Encik Shukur dan Lutfi.Pandailah cikgu Shukur menguruskan budak samseng tu

Selesai bertugas,Hanna dan Mia berjalan bersama-sama menuju ke kelas mereka.Banyak topik perbualan yang mereka sembangkan.

Pintu kelas diketuk sebelum masuk.Cikgu matematik masih belum memulakan pengajarannya.

"Eh beb,macam mana dengan lelaki kau stalk tu?"tanya Husna.Husna adalah kawan rapat kepada Hanna dan Mia.

"Macam tu je la.Nak macam mana lagi"kata Hanna perlahan.Pensel box di letakkan atas meja sebelum memandang muka Husna.

"Eh sampai sekarang mamat tu tak terima ke?"tanya Husna pelik.Aikk kata sporting kata hati Husna.

"Molla [Tak tahu],biarlah dia.Aku bukan suka sangat pun dengan mamat tu"kata Hanna perlahan.

Tangan sibuk menulis mencatat nota yang diberi pada cikgu di papan putih.Aihh banyak pulak yang cikgu ni tulis.

Persekolahan Hanna berlalu seperti biasa.Tiada apa yang menyeronokkan pada hari tersebut.Seperti biasa hanya dipenuhi kerja sekolah.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now