67

1.1K 123 14
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤





Lutfi memandang sekeliling dewan yang sudah dihiasi dengan bunga- bunga dan pelamin perkahwinan mereka.

Alianna yang sibuk bersembang dengan pengatur acara hanya di pandang sekilas sebelum dikeluarkan telefon yang berada di poket seluarnya.

"Pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Aku tak nak ada cacat cela and ... aku nak kau tengok-tengokkan Hanna " bicara Lutfi dingin. Pandangan Alianna padanya tidak dihiraukan.

Tinggal lagi 2 hari majlis mereka akan berlangsung.Lutfi mengeluh perlahan. Dia percaya, keputusan yang dia buat ini adalah yang terbaik. Dia hanya mengharapkan supaya ibu tiri serta ayahnya faham dengan apa saja keputusan yang dibuatnya itu.

Hanna tersenyum nipis memandang Raihan yang sibuk mencuba baju melayu yang akan dipakai sewaktu majlis bahagia mereka nanti.

Selepas kejadian di mana Hakim dan dirinya terserempak dengan Lutfi dan Alianna, Hakim terus memberitahu Raihan untuk melamar Hanna.

Walau Hanna tidak menyukai Raihan, tapi disebabkan desakan dan keikhlasan Raihan membuatkan dia cuba menerima kehadiran Raihan. Hari pernikahan mereka dibuat pada hari sama Lutfi dan Alianna akan bernikah.

"Sayang, you okay tak? " tanya Raihan yang duduk di sebelah Hanna. Bukan dia tidak perasan, hanya dia saja yang beria untuk persiapan mereka tapi disebabkan dia tak mahu Hanna bertukar fikiran, dia hanya biarkan.

Hanna mengangguk perlahan. "Baju awak semua dah dapat? " soal Hanna lemah lembut. Muka Raihan yang tengah senyum pada dirinya hanya di pandang kosong.

"Dah, tinggal baju sayang je kita perlu cari. Pelamin semua esok diorang akan start pasang " jelas Raihan. Dia mengusap perlahan tepi kepala Hanna.

"Ouh,kalau saya nak balik boleh? Saya sakit kepala lah " Hanna mengurut perlahan pelipisnya. Bukan dia tidak suka menemani Raihan, tapi memang keadaannya tidak baik buat masa sekarang.

Raihan berwajah risau melihat kerutan di dahi Hanna. "Okay jom balik. Sayang tak sihat ni. Jangan stress-stress.. Aku tak nak kau sakit, aku takut " kata Raihan sambil membantu Hanna untuk bangun.




Lutfi membetulkan hoodie hitam yang menutupi kepalanya itu. Berbakul makian di dalam hati diberikan pada gerangan yang ditunggu-tunggu.

"Dasar anak ayam tak guna! Janji German betul si hodoh ni! " maki Lutfi sambil menghirup sedikit jus orennya.

Theo tersengih memandang muka dingin Lutfi. Topi dibuka lalu di letakkan atas meja menyerlahkan rambutnya yang sudah berwarna hitam pekat.

"Sorry bro, tadi ada lembu jalan gelek-gelek. Tu aku lambat "kata Theo memandang Lutfi yang sudah berasap.

Bukan dia tak tahu bertapa pantangnya lelaki bernama Lutfi apabila orang tak datang tepat pada waktunya.

Lutfi malas mahu membalas, dia hanya menunjukkan jari tengah sebagai balasan.

"So, macam mana dengan plan aku? " tanpa berbasa basi, Lutfi terus bertanya kepada Theo. Cake chocolate yang berada di depannya, dipotong menggunakan garfu lalu di bawak masuk ke mulut.

"Semuanya okay, nanti aku suruh anak buah aku check lagi sekali. Kau pasti ke dengan rancangan gila kau ni? Kau rasa Hanna akan terima ke? "soal Theo dengan nada risau. Dia takut rancangan Lutfi ni akan memakan diri.

Lutfi hanya mengangguk perlahan. Dia cukup yakin dengan keputusannya. Lagi pun, dia dengar dari kawan dua orangnya tu yang Hanna akan berkahwin dengam Raihan.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now