35

1.2K 112 48
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Mia menarik kerusi mendekati meja Hanna.Hanna yang sibuk membuat karangan memandang pelik akan tingkah laku Mia yang seperti ingin menceritakan sesuatu.

Dengan keluhan perlahan,Hanna menutup bukunya lalu memandang Mia sambil tersenyum nipis. "Waeyo? [ Kenapa ] "tanya Hanna pada Mia yang dari tadi senyap.

"Err ha?Eh tak ada apa "kata Mia sambil bermain tangannya di atas meja Hanna.Hanna tergelak besar melihat perangai sahabatnya yang sememangnya bukan seperti ini.

"Aku bukan kenal kai sejam yang lepas.Aku kenal kau bertahun dah "kata Hanna sambil mencubit perlahan bahu kawannya itu.

"Hmm hmm..sebenarnya semalam aku lepak dekat mamak dengan Luqman.... "kata Mia mula membuka cerita.
Hanna membulatkan matanya seraya menepuk laju lengan Mia sehingga Mia mendengus kesakitan.

"Ish sakit lah!Ye aku jumpa Luqman "kata Mia sambil mengusap lengannya.Hanna mengerutkan dahi apabila melihat riak wajah Mia seperti sedih.Bukan sepatutnya dia gembira?

"Habis tu asal kau sedih je? "tanya Hanna sambil tangan lincah membuka plastik roti.Mia yang lihat mencubit sedikit roti gardenia coklat itu.

"Hmm,semalam aku tertengok gambar dia dengan gf dia..aku sedih la "kata Mia sambil mengunyah perlahan roti.Hanna mengangguk lalu menepuk perlahan bahu Mia.

Husna hari ini tidak hadir ke sekolah kerana demam.Jadi mereka hanya berdua saja sewaktu rehat dan belajar.Selalunya jika ada Husna,mereka berdua akan bergelak ketawa sepanjang masa kerana Husna suka membuat lawak bodoh.

"Assalammualaikum,Hanna..Cikgu Ali nak jumpa kau dekat bilik sukan "kata seorang pelajar lelaki yang mungkin tingkatan 2.Hanna yang bersembang dengan Mia terdiam sebelum Hanna keluar dari kelas.

[ Bilik Sukan ]

Hanna mengetuk perlahan pintu bilik sukan.Selepas mendapat kebenaran dari Cikgu Ali,Hanna membuka pintu sebelum di tutup kembali.

"Ye cikgu? "tanya Hanna yang berdiri tegak di depan meja Cikgu Ali.Cikgu Ali yang sedang menaip di laptopnya terhenti lalu memandang muka Hanna.

"Aaa iya Hanna..ni saya nak minta bantuan kamu boleh? "tanya Cikgu Ali dengan nada tegasnya.Hanna mengerutkan dahinya.Sebelum mengangguk dengan teragak-agak.

"Bagus,saya nak awak jadi SU untuk budak-budak sukan sekolah ni.Tak lama lagi dah sukan sekolah.Lepas tu mana yang berpotensi,kita akan bawa mereka ke peringkat daerah " kata Cikgu Ali menjelaskan situasi.

Hanna mengangguk faham. "Boleh cikgu.Insya Allah saya akan menjalankan tugas dengan sebaiknya "kata Hanna lalu tersenyum nipis.
Selepas berbincang hampir 10 minit,
Hanna keluar dari bilik sukan.

Lutfi bersama kawan sekelasnya baru balik dari perpustakaan.Hanna melangkah laju ke arah Lutfi yang tengah bergelak ketawa dengan rakan sekelasnya.

"Lutfi! "panggil Hanna sedikit kuat.Lutfi serta rakannya berhenti lalu memandang ke belakang.Hanna tersenyum manis pada Lutfi sementara rakan lelaki sekelas Lutfi sudah mengusik mereka berdua.

"Blah lah korang.Nah letak dekat meja aku "kata Lutfi pada Azwan yang sibuk mengusik dirinya.Rakannya mula meninggalkan tempat itu pada Hanna dan Lutfi.

"Weh Lut,okay sekolah hari ni? "tanya Hanna ceria.Dia melipat tangan ke dada sambil memandang Lutfi.Dia sedar yang Lutfi seperti mengelakkan diri darinya.

"Okay je "balas Lutfi ringkas.Dia tidak memandang wajah Hanna walaupun dia tahu sepatutnya dia memanfaatkan waktu sebegini.
Menatap wajah gadis pujaan hatinya itu.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now