58

1K 115 29
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤






[ Throwback 7 tahun lepas ]

" Ouh kamu ni kawan Lutfi ye "kata Puan Marsha tersenyum manis lalu mengajak Harith dan Hanna untuk masuk ke dalam.

Puan Marsha meletakkan anak lelakinya itu di atas sofa sebelum bergerak ke dapur.

"Bu....bu... "bayi lelaki itu menarik perhatian Hanna dan Harith. Kecomelan dirinya membuatkan Hanna seperti mahu mencubit pipi tembam bayi itu.

" Lutfi tak ada,tak silap makcik dia pergi rumah kawannya..tidur sana "kata Puan Marsha yang membawa dulang dari dapur.

Dua cawan air berisi teh di letakkan atas meja sebelum dia mengambil anak lelakinya itu dan di pangku.

Hanna mengangguk perlahan lalu mencuit pipi tembam bayi itu.Harith hanya bermain telefon di sebelah Hanna.

"Lut tak cerita pun yang dia ada adik yang comel macam ni... "kata Hanna perlahan lalu ketawa suka melihat bayi lelaki yang sibuk bermain air liur.

"Ha..ni nama dia Danial....ni adiknya Lutfi..makcik ni mak tiri Lutfi.... "kata Puan Marsha sambil tersenyum manis.Dia tak terasa hati bila Hanna memberitahu yang Lutfi tak menceritakan perihal dirinya dan Danial.

Hanna terkejut dengan kenyataan ibu tiri Lutfi.Terus datang perasaan serba salah apabila terlanjur kata.

Puan Marsha hanya ketawa perlahan sebelum memegang lengan Hanna. "Tak ada apalah..Lutfi tu..tengok je dingin macam tu...tapi dia baik... "kata Puan Marsha lembut.

"Ni nama kamu berdua apa? "tanya Puan Marsha memadang Hanna dan Harith.Dia hanya mengenali Hakim dan Firdaus je sebab selalu mereka berdua datang ke sini.

"Saya Hanna dan dia ni Harith "jawab Hanna perlahan lalu tersenyum manis.Tangan menepuk sedikit kuat lengan Harith supaya berhenti main telefon.

Harith mengeluh kasar lalu meletakkan telefon di atas peha.Terus dia mengukir senyuman pada wanita itu dan menundukkan sedikit kepalanya.

Puan Marsha terkejut mendengar kata Hanna. "Kamu ke Hanna?Lah....cantiknya...patutlah selalu Lutfi cerita... "gelak Puan Marsha di hujung ayat.Hanna berkerut.

"Cerita? "tanya Hanna tak mengerti. Apa lah yang di katakan oleh Lutfi pada ibunya itu.Jangan budak tu mengumpat dia sudahlah.

"Lutfi tu....dia selalu cerita dekat aunty pasal Hanna..dia kata Hanna cantik.. baik...keras kepala..degil... "jujur Puan Marsha berkata sambil memandang tepat mata Hanna.

Harith di tepi menahan gelak membuatkan Hanna kegeraman. Terus di tendang betis Harith menyebabkan lelaki itu kembli cemberut.

"Lut cerita yang Hanna dah ambik hati dia...tapi dia terpaksa undur diri sebab lelaki yang Hanna suka dah datang... "perlahan Puan Marsha berkata sambil mengusap rambut Danial yang sudah tertidur di pangkuannya.

Hanna tergamam.Serta merta kenangan dia dan Lutfi bermain-main di fikiran.Dia rasa bersalah apabila tidak menyedari perasaan Lutfi padanya.

"Kenapa Lutfi tak pergi sekolah?Saya ada cari dia tapi Hakim kata dia okay je...tapi saya risau... "balas Hanna sedih.Puan Marsha tersenyum nipis.

"Kamu tunggu sini kejap..makcik letak Danial dalam bilik ye.. "kata Puan Marsha lalu bangun sambil mendukung Danial di bahunya.

Selang beberapa minit,Puan Marsha kembali ke tempat duduknya sambil meletakkan sampul surat berwarna coklat ke atas meja.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now