20

1.3K 105 20
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Hanna bangun dari tidurnya.Mata disepetkan kerana cahaya matahari yang terus menerpa ke mukanya. Mulut menguap luas sambil tangan mengikat rambut.Hingus disedut sambil mata memandang sekeliling.

Dia terus bangun dari duduknya lalu menuju ke pintu bilik.Dahinya ditepuk kuat. "Ish kau ni Hanna,Kau lupa ke dekat rumah ni ada Raihan!Tudung mana tudung? "bebel Hanna seorang diri.Matanya mencari tudung sarung.

Tudung disarung lalu dia bergerak ke dapur.Bau nasi lemak ayam rendang telah membuatkan perutnya berkeroncong tiba-tiba.Kelibat Raihan dicari tetapi tak ada.

"Ma,adik lapar.Nak makan... "kata Hanna membuat muka comel pada Mamanya.Puan Rose hanya menggelengkan kepala melihat perangai anak tunggalnya.

Pinggan dihulur kepada Hanna.Pantas Hanna mencendok nasi dan makanan lain.Bunyi radio yang terpasang di dapur membuatkan suasana bertambah ceria. "Ma,bestkan duduk dekat kampung.Tenang je"kata Hanna sambil tersenyum.

Puan Rose mengambil tempat di sebelah anaknya.Lempeng dicicah ke sambal telur hancur. "Iyalakan.Mama ingat kalau ayah kau dah bersara.Kita duduk kampung je lah ye"kata Puan Rose sambil mulut mengunyah.

Mereka bersembang mengenai kampung.Memang best duduk di kampung.Tidak bersesak-sesak dengan manusia.Udara dan persekitaran lebih tenang.

"Assalammualaikum,Nek Mah!oo Nek Mah! "suara orang memberi salam kedengaran di pintu dapur.Puan Rose mencuci tangannya lalu membuka pintu dapur.Kelihatan Dijah bersama emaknya iaitu Puan Bayah.

"Eh masuklah dulu.Nek Mahnya pergi ke pasar dengan Raihan.Kejap ye saya panggilkan Lia"kata Puan Rose tersenyum pada mereka berdua sebelum bergerak ke bilik ibu Raihan.

Dijah hanya menjeling tajam muka Hanna.Dia mengambil tempat disebelah ibunya.Puan Bayah memandang Hanna sambil tersenyum makna.Hanna turut memberi senyuman.

"Eh Bayah,kenapa datang?Nak jumpa mak ke? "tanya Puan Lia lalu bersalaman dengan Puan Bayah dan Dijah.Dia mengambil tempat di sebelah Puan Rose.Puan Rose menuangkan air ke dalam cawan untuk Dijah dan ibunya.

"Tak adalah.Aku dengar dari anak aku ni yang kau orang balik.Jadi aku datanglah nak bertanya khabar"kata Puan Bayah mesra pada kakak iparnya.Dijah tersenyum manis.

Puan Lia mengangguk mendengar kata Puan Bayah. "Ni aku dengar Raihan pun datang.Sajalah aku datang nak tengok si Raihannya.Dulu kecik-kecik selalu tengok dia"kata Puan Bayah.

"Aku datang sebab nak ingatkan kau tentang hal kita yang dulu tu.Hal yang kalau si Dijah dan Raihan dah besar,nak tunangkan"kata Puan Bayah berterus-terang.Dijah
mengigit bibir bawah sambil tersenyum-senyum.

Hanna mengerutkan dahi mendengar kata dari Puan Bayah.Begitu juga Puan Rose dan Puan Lia. "Ermm,itukan diorang kecik lagi dan tak akan lah kita nak jodoh-jodohkan diorang kan"kata Puan Lia lembut.Dia tersenyum nipis.

"Yang kamu ni datang-datang terus bercakap macam ni kenapa Bayah?Dah tak ada lelaki lain yang mahukan anak kau tu ke? "tegur Encik Rosdi yang baru masuk ke dapur bersama Encik Shah.

Puan Bayah membuat muka. "Kamu ni Dijah,kamu baru tingkatan 4.Kamu nak tunang cepat sangat ni kenapa? "tanya Encik Rosdi tegas.Puan Lia dan Puan Rose masing-masing hanya diam,sibuk menguruskan makanan suami masing-masing.

"Ish,tak adalah bang macam tu.Bayah rasa ni masa yang sesuai untuk tunangkan budak-budak ni.Yelah,takut nanti ada yang mencarasnya"kata Puan Bayah sambil memandang Hanna.

Hanna menjongketkan kening kananya sambil mulut tersengih sinis. "Aik makcik,kalau ada yang caras tu..terima je lah tu bukan jodoh namanya.Lagi pun,sekarang dah zaman moden bukannya zaman-zaman P.Ramlee sesuka hati mak ayah nak uruskan hidup dengan siapa"kata Hanna sinis memandang tajam muka Puan Bayah.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now