24

1.2K 112 85
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Tangan dilipat ke dada.Aura dinginnya sudah kembali. "Kau nak apa Zik? "tanya Raihan dingin pada Zikri yang berdiri di depan tangga rumahnya.

Zikri memandang tajam wajah Raihan. "Patut ke aku bagitahu mamat ni yang Dijah tolak Hanna? "kata Zikri dalam hati.Dia tidak sedar bahawa Raihan sudah memberi pandangan maut pada dirinya yang sedang mengelamun.

"Oi!Kau datang sini setakat nak termenung nasib kau.Baik kau berambus lah "kata Raihan kasar.Dia menolak sebal rambutnya ke belakang.Tangan kiri di cekak ke pinggang.

"Ak..aku datang sebenarnya..... "kata Zikri perlahan.Dia masih ragu-ragu untuk memberitahu atau pun tidak.Raihan mengerutkan keningnya.
"Apa masalah mamat ni? "kata Raihan dalam hati.

Raihan menuruni satu persatu anak tangga sehingga berdiri di depan Zikri. "Kau nak bagitahu apa? "tanya Raihan dengan nada dingin.Tangan dilipat ke dada.Menanti pembalasan dari Zikri.

Zikri menggeleng laju kepalanya. "Tak,tak ada apa.Nak tanya Hanna okay ke? "tanya Zikri menukar topik.Dia rasa bukan masa yang sesuai untuk membongkarkan kejahatan Dijah.

Kening kanan Raihan naik ke atas.Pelik apabila Zikri tiba-tiba menyoal tentang Hanna. "Dia suka Hanna ke?Jangan macam-macam budak ni! "kata Raihan dalam hati.

"Hmm elok je "kata Raihan bersahaja.Matanya tidak memandang muka Zikri.Dalam hatinya sedang menahan kesabaran apabila Zikri menanyakan soal Hanna.Hanya dia sorang saja yang boleh mengambil berat akan Hanna.

"Ouh,kirim salam dia.Esok aku free,aku datang lawat dia "kata Zikri perlahan.Dia berjalan ke motornya.Kunci motor dimasukkan sebelum menghidupkan enjin.Dia duduk di atas motor lalu melihat Raihan.

"Kau yang sibuk nak tengok Hanna apasal?Dah jatuh cinta ke? "tanya Raihan geram.Mata tajam melihat Zikri yang sudah ketawa sinis.Zikri mematikan enjin motornya.

"Bro,kalau aku suka Hanna pon.Kau sakit apa?Kau dah ada tunang.Bukan setakat tunang,makwe pon ada.Apa lagi kau tak cukup? "tanya Zikri pada Raihan yang sudah menyinga.Dia bukan tidak sedar perubahan diri Raihan.

"Eh bodoh!Suka hati aku lah.Aku nak ada tunang ke,makwe ke.Yang penting,kau jangan sesekali rapat dengan Hanna! "kata Raihan memberi amaran.Dia mengenggam penumbuk. Ingin saja dia melayangkan tumbukan pada muka Zikri.

Zikri ketawa kuat.Rambut di bawa ke belakang. "Bro dalam hidup ni.Kau kena belajar bersyukur.Jangan tamak.Takut nanti,semua kau tak dapat.Ni bukan nasihat,tapi amaran "kata Zikri sebelum menghidupkan enjin motornya lalu bergerak pergi dari rumah Nek Mah.

Raihan mengentap kuat giginya.Mata hanya mengikut pergerakan motor Zikri sehingga hilang dari pandangan. "Tchh,jangan harap kau boleh dekat dengan Hanna "kata Raihan perlahan. Dia kembali masuk ke dalam rumah.

S
K
I
P

Pagi yang indah,telah menjadikan hidup setiap manusia yang bernyawa sentiasa segar dan gembira.Raihan membuka tingkap rumah Nek Mah.

Dia mengetuk perlahan bilik yang menempatkan Hanna dan adik perempuannya. "Oi anak dara,bangun mandi.Dah pukul 8 ni "kata Raihan sambil mengetuk pintu.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now