49

1.1K 118 128
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤




Kini keluarga Hanna dan Raihan berada di wad Hanna.Mereka datang sewaktu melawat.Raihan turut menceritakan tentang tadi sewaktu Hanna berada dalam kesakitan.

"Kesian anak mama ni "kata Puan Rose sambil mengusap perlahan kepala anak gadisnya itu.Hanna tersenyum manis tapi dalam masa yang sama,dia malu apabila teringatkan kisah tadi.

Dia malu apabila tersedar dari tidur,dia bersandar di dada Raihan.Manakala Raihan pula terpaksa bersandar di kepala katil.

Apabila mata mereka berdua bertemu,pasti Raihan akan mengenyitkan matanya pada Hanna. Dia suka melihat Hanna yang malu-malu dengannya.

"Ni kau Han,bila nak balik? "tanya ayahnya apabila melihat Raihan tidak balik ke asrama.Dia risau jika anak terunanya itu ketinggalan dalam pelajaran walaupun dia sedar dengan kebolehan anaknya itu dalam pembelajaran.

"Ouh,itu Han minta cuti sampai hari esok. "kata Raihan perlahan.Dia sudah memaklumkan pada gurunya yang dia ada urusan penting yang membuatkan dia tidak boleh hadir ke kelas.

"Ye Han,kamu tu tahun ni nak SPM. Hanna ni,makcik pakcik boleh jaga. Kamu kalau nak balik,balik je "kata mak Hanna pada Raihan.

Kesian dia melihat Raihan yang tidak hadir ke sekolah kerana mahu menjaga Hanna.Dia tidak mahu kerana Hanna,pelajaran Raihan terganggu.

"Eh tak ada apalah makcik.Han okay je.Insya Allah,Han masih boleh fokus lagi "kata Raihan dengan nada suara yang lembut.Orang kata nak dapatkan anak,kena dapatkan hati mak dan ayahnya dulu.

"Ni kami nak turun makan,kamu nak ikut? "tanya ayah Raihan.Mereka tadi datang bersama-sama dengan ibu bapa Hanna.Mereka tidak sempat singgah ke mana-mana kedai sewaktu dalam perjalan ke sini.

"Ermmm,tapau kan je la untuk Han boleh?Han nak tengok-tengokkan Hanna ni "kata Raihan sambil memandang muka ayahnya.

Encik Shah hanya mengangguk lalu mereka keluar dari wad Hanna. Melihat hanya tinggal mereka berdua dalam bilik tersebut,Hanna terus membaringkan badannya dengan perlahan-lahan ke katil.

Raihan menahan gelak apabila melihat perangai Hanna yang mahu mengelak dari memandang atau bercakap dengannya.

"Sayang,bangun.Kau tak boleh baring macam tu.Nanti sakit lagi "kata Raihan perlahan.Dia memegang lengan Hanna supaya Hanna bangun dari baringnya.

"Em...habis tu..macam mana? "tanya Hanna perlahan.Dia masih tidak memandang muka Raihan.Dia malu.Dia rasa ingin menyorokkan mukanya ke dalam mangkuk tandas apabila melihat muka Raihan.

Raihan tanpa kata terus duduk di atas katil Hanna.Hanna yang terkejut terus beralih ke tepi sedikit.Dia mengerutkan kening apabila tidak faham dengan apa yang Raihan lakukan.

"Sini sayang,sandar dekat dada aku macam tadi.Tapi belakang badan kau jangan kena badan aku.Nanti sakit "kata Raihan lembut.Dia memegang kedua belah tepi bahu Hanna.Ingin menyandarkan kepala Hanna pada dadanya.

Hanna hanya mengikut arahan Raihan.Dia membetulkan posisi badannya.Sejujurnya dia segan,tapi dia masih penat untuk tidur mengiring,jadi dia ikutkan saja kata Raihan.

"Jangan sakit.Aku risau.....aku takut kau akan tinggalkan aku... "kata Raihan tiba-tiba.Hanna hanya senyap mendengar.Dia tak tahu mahu percaya atau tidak kata-kata lelaki itu.

"Aku sayang kau.I love you.Dah lambat ke aku untuk dapatkan hati kau? "kata Raihan perlahan.Tangan nya bermain dengan jari-jemari halus Hanna.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now