29

1.2K 130 53
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Rayyan membuka pintu biliknya.Mata dia membulat apabila melihat Dijah yang sedang berkemban menggunakan tuala.Air liur di telan kasar sebelum dia menutup pintu bilik kerana jeritan nyaring Dijah.

Raihan yang terdengar jeritan Dijah terus melangkah masuk ke dalam rumah.Rayyan dilihat sudah menepuk dahi sambil duduk di atas sofa.

"Oii apasal tu Dijah menjerit?Kau buat apa ha? "soal Raihan memandang tajam adiknya.Dia masih belum memakai baju.Dia hanya menyarungkan seluar sukan.

"Si Dijah tu apasal tiba-tiba pakai tuala je ha?!Aku ke kau yang buat something ni "kata Rayyan dingin pada Raihan yang memandangnya pelik.

Dahi berkerut apabila mendengar kata Rayyan. "Ha tuala? "kata Raihan pelik.Jari menggaru kening yang gatal lalu tangan kanan memegang dinding untuk menampung tubuh yang senget.

"Yelah,aku masuk bilik tadi tengok-tengok dia pakai tuala je ha.Dengan tak reti kunci pintu semua "kata Rayyan mencapai remote tv di atas meja.Kaki dinaikkan ke atas meja.

Dijah keluar dari bilik lalu melangkah ke arah mereka.Mukanya masih kemerahan akibat malu.Lain yang dia nak perangkap,lain yang terjerat.Dijah menjeling Rayyan yang tidak mengendahkan dirinya.

"Dijah,kenapa Rayyan cakap Dijah pakai tuala? "tanya Raihan memandang Dijah yang berdiri di depannya.Kening kanan diangkat tinggi menanti balasan Dijah.

"Erm..aa tak tadi waktu Dijah keluarkan kuih semua,tertumpah atas baju Dijah.Jadi Dijah bersihkan lepas tu baju tu basah jadi Dijah masuk bilik nak keringkan kejap "jelas Dijah dengan perlahan.Dia memandang mata Raihan yang tajam bagaikan pisau.

Lutfi memandang motornya yang dicuci di kedai.Hakim yang baru sampai,mematikan enjin motornya sebelum duduk di sebelah Lutfi.

"Bro petang ni amacam?okay tak "tanya Hakim sambil mengeluarkan pod dari beg sandangnya.Dia memandang Lutfi yang bermain telefon.

"Okay je,aku ajak Hanna sekali.Baru semangat sikit aku nak main..Hahaha "kata Lutfi sambil gelak.Dia menepuk kasar bahu Hakim sebelum menyisir rambutnya menggunakan jari ke belakang.

Hakim tersengih nakal.Asap pod dihembus ke tepi. "Bawak awek tak ajak pun "kata Hakim nakal.Telefon nya dikeluarkan dari poket seluar jeans.

"Bro kau suka Hanna ke?Tiba je ajak diam.Tak pernah-pernah kau punya game,kau invite mana-mana perempuan "kata Hakim melihat motornya yang dibasuh.Lutfi memandang sekilas ke muka Hakim.

"Mungkin,lagi pun apa salahnya kalau aku suka dia.Dia bukannya tengah ada relay dengan sesiapa "kata Lutfi bermain telefon.Kaki kanan diletakkan atas peha nya yang satu lagi.

Dijah hanya tunduk memandang tukar getah yang dipasang di ruang tamu.Ibu Dijah serta keluarga Raihan berada di ruang tamu.

"Kamu tu anak dara tau.Ingat elok sangat ke nak ganti baju di rumah orang lelaki.Kalau dibuatnya kena tangkap khalwat macam mana.Kamu dah besar panjang,tak akan itu pun kami yang dah tua ni nak bagitahu kamu! "marah Encik Rosdi.

Dia memandang tepat pada muka Dijah sebelum memandang adik tirinya itu iaitu Puan Bayah.Raihan hanya duduk di depan pintu masuk ke rumah.Dia memasang telinga walaupun sedang bermain telefon.

"Alah tak apalah long,diorang ni pun dah tunang.Alang-alang nak kahwin,lagi pun si Dijah ni tukar baju bersebab pun "jawab Puan Bayah membela anak gadis nya itu.

"Ouh jadi kau sukalah kalau diaorang ni berkahwin free?Suka satu.kampung tahu diorang ni kena tangkap khalwat? "kata Encik Rosdi seraya menepuk kuat meja kopi didepannya itu.Puan Lia hanya diam di sebelah suaminya.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now