27

1.2K 113 8
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Hanna baring di atas katilnya.Mereka selamat sampai ke rumah sekitar jam pukul 6 petang.Telefon yang berbunyi di ambil sebelum dia menjawab nombor yang tidak dikenali itu.

"Oi!Buat apa tu "tegur suara dihujung talian.Hanna membuat muka bosan mendengar suara yang sudah dia cukup kenali.

"Kau nak apa Lut?Kau jangan sampai kaki aku ni zupp kena kepala kau "kata Hanna perlahan.Tangan kiri mengurut kepala yang sakit.Mungkin kerana perjalanan mereka yang lama dan kerana kesesakan lalu lintas.

Lutfi tergelak mendengar kata Hanna."Haihlah budak ni.Ada kena picit lepas tu aku lipat-lipat masuk dalam poket seluar ni kang! "kata Lutfi dalam hati lalu tergelak sendiri.

"Ni mana kau dapat number aku?rindu aku ke Lut? "gurau Hanna lalu tergelak sendiri dengan katanya.Mata dipejam sambil tangan masih mengurut kepala yang sakit.

"Aku mintak Mia lah.Dia kata kau dekat Kedah.Masih dekat sana ke? "tanya Lutfi yang bersandar di koridor biliknya.Asap rokok di hembus ke atas.

"Aku baru sampai dekat rumah pukul 5 lebih tadi.Ni tengah rehat.Kepala sakit "kata Hanna perlahan.Dia mendudukkan sikit tubuhnya di kepala katil.

"Aku ganggu kau ke Han? "tanya Lutfi risau.Takut pulak jika dia menganggu Hanna berehat.Hanna tergelak kecil di hujung talian.

"Tak adalah ganggu.Ni kau call aku kenapa? "tanya Hanna perlahan.Suara sudah tidak sekasar tadi.Lutfi mengumam perlahan membuatkan Hanna tidak faham.

"Aku esok ada perlawanan futsal.Kau nak datang tengok?Kalau kau nak,aku suruh member aku jagakan tempat untuk kau "kata Lutfi perlahan.Kepala yang tidak gatal digaru untuk membuang rasa janggal.

Suasana menjadi sunyi untuk seketika.Hanna tersenyum nipis mendengar ajakkan Lutfi. "Okay jugak tu.Aku nak ikut tapi aku nak ajak Mia and Husna sekali boleh? "kata Hanna sambil tersengih.

Dia membuka pembesar suara lalu aplikasi Whatsapp ditekan.Dia menghantar pesanan kepada Mia dan Husna.

"Boleh,aku okay je so esok kau datang eh.Pukul 4:30 kitaorang dah start lawan "kata Lutfi menyorokkan rasa terujanya.Rokok yang sudah pendek dicampakkan ke dalam tong sampah.Sliding koridor biliknya ditutup lalu dia merebahkan badan ke atas katilnya.

"So macam mana dengan percutian kau dekat sana? "tanya Lutfi membuka cerita.Dia dan Hanna bersembang hampir 2 jam.
Kadang-kadang mereka bergaduh dan kadang-kadang mereka bergurau.

Raihan memandang siling rumah Nek Mah.Dia meletakkan tangan kanannya di atas dahi.Dia terasa sunyi apabila Hanna dah balik ke rumahnya.Selalunya waktu macam ni,mereka berdua tengah berebut remote tv.

Raihan mengambil telefonnya yang diletakan di sebelah kanan badannya.Aplikasi Instagram di tekan sebelum jarinya mengerakkan skrin.Nama IG Hanna di tekan.Tiada sebarang update yang baru.

Raihan mengeluh kasar sebelum dia duduk dari baringnya.Telefon di campak kasar ke atas tilam.Dia mengambil keputusan untuk menghirup udara di luar rumah.

Bunyi cengkerik kedengaran di luar rumah.Raihan mengeluarkan sebatang rokok dari kotak sebelum dibawa ke mulut.Api hidupkan lalu dia menghembus asap keluar dari mulutnya.

Sememangnya jika dia berada dalam keadaan stress,dia akan menghisap rokok untuk menghilangkan tekanannya.Rambut yang berselerak di sisir menggunakan jari.

"Bro,asal lepak sini?Hanna mana? "tanya Zikri yang baru datang.Dia duduk di atas motornya memandang Raihan yang asyik menghisap rokok.

Dia baru balik dari melepak di rumah Apek.Sewaktu balik,dia ternampak Raihan yang duduk di pondok sambil menghisap rokok.Kereta keluarga Hanna dilihat tidak ada.

"Kau tak payah sibuk urusan dia boleh tak?! "tanya Raihan bengang.Dia memandang tajam muka Zikri yang tersengih mengejek apabila Zikri dapat membangkitkan kemarahannya.

"Aku bukan menyibuk,cuma tu lah aku rindu dengan Hanna tu.Lagi-lagi body dia yang cun tu.Eh kau nak tahu tak,hari yang dia lemas tu..Perghh body dia mengancam weh!Ni kalau dapat atas kat..... "Zikri tidak meneruskan katanya apabila Raihan sudah melayangkan penumbuk tepat pada muka Zikri.

"Eh sial!Kau ni apasal ha!Kalau kau sangap sangat,kau pergi lah langgan mana-mana GRO tu "marah Raihan.Urat-urat hijau sudah timbul di dahinya.Tangan kiri mencekak kolar baju Zikri.

Zikri tersengih sinis sambil memegang mulutnya.Tepi bibirnya berdarah akibat tumbukan padu dari Raihan.Sudah lama mereka tidak bergaduh macam ni.

"Asal marah bro?Is she your girlfriend? "tanya Zikri sambil tersenyum sinis.Raihan menelan payah air liurnya mendengar pertanyaan Zikri.

"She's not yours right?So aku boleh lah masuk line untuk dapatkan dia.Aku tengok dia not bad.Cantik tau "kata Zikri sambil ketawa.Tangan Raihan yang mencekak kolar bajunya dilepaskan.

"Selama ni kau rasa Dijah lah bidadari kan.Dia lah yang baik dia lah yang sopan kan but aku takut kalau kau silap "kata Zikri penuh makna.Mata tepat memandang mata helang Raihan.

"Kau jangan nak babitkan Dijah lah sial!Sebelum kau nak kata dia tu jahat,baik kau cermin muka kau tu dulu "jawab Raihan kasar.Suaranya ditahan supaya tidak terlalu lantang takut ahli keluarga atau jirannya terdengar perbalahan mereka.

Zikri tergelak kuat mendengar kata Raihan.Perut ditekan kerana senak akibat ketawa. "Aku tak kata pun aku baik tapi sejahat-jahat aku....I'm not going to be a killer "kata Zikri dingin di belakang ayatnya.Mukanya yang ceria tadi bertukar menjadi dingin.

Raihan mengerutkan kening apabila tidak dapat menangkap maksud disebalik kata-kata Zikri. "Pembunuh? "kata Raihan dalam hati.Mata setia memandang tajam mata Zikri.

Zikri tergelak sinis apabila tahu bahawa Raihan tidak memahami apa yang dikatakan. "Macam ni lah bro,kalau aku ni ketua setan dekat kampung ni.Aku lagi kenal setan-setan bawahan aku.Jadi apa yang aku dapat nasihat kan untuk kau ialah jangan percaya sangat dengan perempuan tu "kata Zikri sambil menepuk bahu kanan Raihan.

"Okay lah aku cau dulu.Ingat kata aku Raihan "kata Zikri sambil menghidupkan enjin motornya.Dia tersenyum sinis melihat Raihan yang diam tidak membalas.Selalunya mulut Raihan sering mengeluarkan kata yang pedas,tapi bukan pada malam ni.

"Apa yang berlaku?!Ahhhh aku stress "kata Raihan dalam hati.Dia kembali masuk ke dalam rumah.Kepalanya sudah berdenyut-denyut sakit.Mungkin kerana angin malam yang sejuk menyapa dirinya.

Vote
Comment

Covid19

StayAtHome

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now