19

1.2K 111 18
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Raihan menepuk sedikit kuat meja makan itu. "Ada masalah dengan aku ke,Zikri? "tanya Raihan memandang lelaki bernama Zikri itu.Zikri hanya tersenyum sinis.

"Masalah?Kau dah lupa dulu kau selalu cari masalah dengan aku?mentang-mentang kau pengawas"kata Zikri sinis.Mata dia tepat memandang mata Raihan yang bagaikan helang.

"cari pasal? Tu memang tugas akulah bodoh"kata Raihan tepat pada Zikri.Dia dari tadi hanya menahan sabar melihat perangai Zikri.Dia tidak boleh bertindak terburu-buru kerana ada Hanna.Patutlah hati dia rasa berdebar.

"Awak kenapa ni?Okay ke? "tanya Hanna perlahan.Tangan memegang lengan Raihan yang berlapik.Mata memandang tepat mata Raihan begitu juga Raihan sebelum memandang Zikri.

"Awek kau takut ke bro?Hahahah"
tanya Zikri sambil ketawa.Muka Hanna di pandang tajam. "Kau awek baru mamat ni ke? "tanya Zikri pada Hanna.Kening kanan dinaikkan ke atas.

"Kau sejak bila suka menyemak dalam hidup aku ni? "tanya Raihan.Mood makannya sudah hilang entah ke mana.Tapi tiba-tiba datang mood untuk membelasah orang.Kecik besar,kecik besar je dia memandang Zikri.

Zikri tergelak sinis mendengar ayat Raihan.Dia membuat muka mengejek. "Aku bukan menyemak sebab aku pun tak suka menyemak dalam hidup orang lagi-lagi hidup kau"kata Zikri sambil menujuk ke arah Raihan.

"Cuma aku peliklah.Bukan ke sepatutnya girlfriend kau tu Sabrina?sejak bila Sabrina berubah muka? "tanya Zikri tersenyum sinis pada Raihan.Dia sudah memasang niat jahat dihati.

"Eh awak ni siapa eh?Datang-datang terus cakap macam ni?memang lahir-lahir tak ada adab macam ni
ke? "kata Hanna laju pada Zikri.Dia mengerutkan kening apabila melihat Raihan disoal sebegitu.Siapa lelaki yang berada didepan mereka ini?

Baru Zikri ingin menjawab,Hanna sudah memotong laju. "Awak ni dah lah tak handsome,tak ada adab.Main sergah orang je.Dengan tak bagi salam.Islam ke tak islam ni?Potong selera makan kitaorang je "kata Hanna laju.

Raihan tersengih mendengar kata Hanna.Dia memandang Zikri sambil menjongketkan kening kanannya.Dia boleh tahu yang Zikri tengah geram daripada riak muka Zikri.

"mia ragazza [My Girl] "kata Raihan sambil tersenyum sinis menggunakan bahasa Itali kepada Zikri.Sewaktu mereka sekolah bersama-sama ditingkatan 1 hingga 2.Mereka telah mengambil mata pelajaran Itali sekali.

Hanna mengerutkan kening apabila tidak faham tetapi dia hanya mengabaikan saja.Yang paling penting adalah lelaki dihadapannya ini.

Zakri menolak kuat meja yang mereka duduki.Hanna terperanjat,tangan menutup mulut supaya tidak berbunyi.Orang sekeliling mula memandang ke arah mereka.Ada yang bercakap-cakap dan ada yang hanya memerhati.

"Kau apasal ha perempuan?Nak cari gaduh dengan aku ke? "tanya Zikri lalu menghentak kuat meja makan.Habis berterabur air diatas meja.Raihan sudah bangun dari duduk,diikuti Hanna.

"Woi sial!Apahal siak kau ni?Nak mampus ke?Datang-datang bawak bala.Kau sakit mental ke tiba-tiba nak marah-marah "kata Raihan pada Zikri yang sudah memandang Hanna seperti ingin makan.

Tanpa disangka,Hanna mengambil ais kosong miliknya lalu disimbah ke muka Zikri.Zikri menutup mata apabila mukanya terkena air tersebut. "Oii!lebih ah kau macam ni.Sikit-sikit dah ah.Ni dah menghentak-hentak meja apahal! "kata Hanna bengang dengan Zikri yang serupa orang gila.

Raihan hanya menggelakkan Zikri yang kena simbah air.Dia sendiri tidak sangka yang Hanna akan berbuat sedemikian.Mungkin kerana tahap kesabarannya sudah mencapai tahap yang sepatutnya.

Zikri mengetap gigi.Kawan-kawannya datang ke arah mereka.Raihan menarik lengan Hanna lalu dibawa ke belakangnya.Hanna tanpa banyak soal terus saja mengikuti gerak geri Raihan.

"Bro apahal ni?Kau yang basah macam ni apasal? "tanya salah seorang kawannya.Zikri hanya dian tidak menjawab.Sekarang urusannya bukan lagi Raihan tetapi perempuan dibelakang Raihan.

"Bagi perempuan tu sekarang. Aku ada benda nak settle dengan dia"kata Zikri menunjuk ke arah belakang Raihan.Kawan-kawannya turut memandang ke arah Raihan yang dingin memandang mereka.

"Kau nak apa?nak settle,settle dengan aku lah bodoh?kau kecut ke apa siak nak gaduh dengan perempuan"kata Raihan marah.Mukanya yang agak putih sudah semakin menampakkan kemerahan.Tangan diselukkan ke dalam poket seluar.

Hanna yang menyorok di belakang badan Raihan mengeluarkan sedikit kepalanya. "Entah kau!Kecut nak gaduh dengan aku.Sekali aku sepak, menggeleset tepi tiang "kata Hanna kuat sebelum kembali menyorok belakang badan Hanna.

Raihan membulatkan mata mendengar kata Hanna.Dia terus memusing ke belakang untuk menghadap Hanna.Jarinya pantas menjentik dahi licin Hanna.

"Kau kenapa?Nak gaduh ke?Kau duduk je diam-diam boleh tak? "kata Raihan pada Hanna yang menggosok dahi akibat jentikan padu dari jarinya.Hanna memandang mata Raihan lalu mengangguk.

Raihan terus menarik tangan Hanna keluar dari warung tersebut.Hanna memandang tangan mereka.Tangan mereka kini bercantum rapat.Dapat dirasai kehangatan tapak tangan Raihan masuk ke dalam badannya.

Zikri pantas mengikut mereka dari belakang.Tangan kanan Hanna dicapai lalu ditarik kasar membuatkan Raihan turut kebelakang.Baru Raihan ingin menjerkah,suara pemilik Qarung Pak Mail kedengaran.

"Hey kamu!Kalau iya pun nak gaduh,bayar lah dulu duit makan kamu tu! "kata Pak Mail yang memegang sudip besi di depan pintu masuk kedainya.

Keadaan menjadi krik krik buat seketika.Raihan mengeluarkan dompetnya sebelum menarik tangan Hanna mengikut langkahnya untuk memberi duit kepada Pak Mail.

Kini mereka berenam berada di kawasan yang agak lenggang.Hanna hanya duduk diatas motor memerhati Raihan yang tidak jauh dari situ sedang berbual dengan Zikri.Jari-jari tangannya tidak duduk diam.

Bibir digigit melihat situasi mereka yang seperti semakin panas.Hanna turun dari motor dan berjalan ke arah Raihan. "Awak,bila nak balik?Dah lewat jom balik"kata Hanna mengajak balik sebenarnya niatnya supaya mereka tidak berlama-lama disitu.

"Pergi dulu dekat motor.Kejap lagi aku datang "kata Raihan tanpa memandang Hanna.Hanna menarik nafas panjang lalu dia menghembus perlahan.Sempat matanya mengerling Zikri yang hanya memandangnya dari tadi.

Selepas beberapa minit,Raihan melangkah ke arah Hanna yang duduk di atas motor sambil bermain telefon. "Dah,jom balik "kata Raihan lalu menghidupkan enjin motor.

Dia membawa perlahan motornya.Dia sekadar ingin menikmati angin malam yang dingin. "Kenapa awak sorok saya dari dia? "tanya Hanna perlahan secara tiba-tiba.

"Tak akan aku nak biar kau kena belasah.Kau tu perempuan,bukan lelaki"kata Raihan tanpa nada.Mata masih fokus memandang ke depan.Perbualan mereka hanya berakhir di situ sebelum masing-masing diam.

Sampai saja dirumah,kelihatan yang lain sudah tidur.Raihan menggantungkan kunci motor di dinding manakala Hanna mengunci pintu rumah.

"Walaupun kau girlfriend sementara aku,tapi bila dah pegang status milik aku.Aku akan jaga kau "kata Raihan perlahan lalu masuk ke dalam bilik air.

Hanna terjeda di situ.Kepalanya asyik mengulangi kata-kata Raihan.Dia tersenyum manis sebelum masuk ke dalam bilik yang dihuni oleh Resha dan dirinya.

"Selamat malam Raihan.I love you"kata Hanna dalam hati.

Vote
Comment

Stay At Home
Covid19

Author update awal sebab esok author nak study cause next week dah start trial sem 1 😭...

Stalker Si Abang PengawasDove le storie prendono vita. Scoprilo ora