50

1.2K 112 75
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤



Lutfi membaringkan Danial perlahan- lahan ke atas katil.Sesudah meletakkan Danial di atas katil,dia mengeluarkan kunci motor dan telefon dari dalam poket seluar lalu di letakkan atas meja.

Dia membuka baju yang dipakai lalu di campak ke dalam bakul baju kotor. "Ta..ta..ta..hu..hu.... "suara Danial yang bercakap sendiri.

Lutfi duduk di atas katil.Di ambik Danial lalu di dudukkan atas perutnya. "Ha apa?Nak gaduh? "kata Lutfi geram sambil mencuit-cuit pipi tembam Danial.

Danial mengekek suka apabila abangnya itu mengusik pipinya.Lutfi turut tersengih lalu dia mencium geram pipi Danial lalu di gigit sikit.

"Abang nak mandi ni,Dani nak ikut ke,nak duduk sini? "kata Lutfi sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan Danial.Dia sedar,Danial bukan tahu apa yang dikatanya.

Danial meloncat-loncat suka di atas perut Lutfi membuatkan Lutfi menahan senak di perut.Bunyi deringan telefon membuatkan Lutfi mengangkat Danial lalu di letakkan disebelahnya.

Dia bangun dari sandar di kepala katil lalu dia mencapai telefon di atas meja.

Hakim

Dia menyeret butang hijau ke tepi lalu ditekapkan telefon di telinga kanannya. "Ha nak apa? "tanya Lutfi. Tangannya bermain-main dengan jari kecil Danial.

"Tak ada apa.Saja call.Takut jugak kau mati ke kena belasah dengan ayah kau "kata Hakim sambil ketawa.Siapa yang berkawan rapat dengan Lutfi memang tahu perangai Encik Hafizi yang garang dan tegas.

"Aku malas tau nak mencarut.Ada Danial dekat sini "kata Lutfi dengan nada geram.Sesekali jarinya memicit peha Danial.Geram betul dengan budak kecik ni.

"Haah jangan mencarut depan Danial.Takut besar nanti dia cakap dekat kau shut up asshole..Hahaha "kata Hakim sambil ketawa suka. Sebenarnya dia juga baru lepas dimarahi oleh ayahnya.

Disebabkan malas mahu melayan perangai tak betul Hakim,dia terus mematikan panggilan lalu meletakkan telefon di atas katil. Tangan Danial pantas ingin mengambil telefon tersebut.

"Aipp! Tak mo!Biasa dia ni.Tangan tu...... "kata Lutfi sengaja menegaskan nada suaranya.Lutfi mengerdip- ngedipkan matanya apabila melihat mata Danial yang bulat.

Danial mula mencebik sebelum mula menangis.Lutfi terkekeh suka apabila melihat Danial menangis.Dia pantas mendukung Danial lalu di tepuk perlahan.

"Alololo,tak ada lah.Tak marah pun.Dani kan kecik lagi.Mana boleh main telefon.Nanti kang Dani main,tiba-tiba tertekan website porn.Ha sudah kita dua tengok pulak "kata Lutfi sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan Dani.

Lutfi bernyanyi lagu Didi and Friends untuk menidurkan Danial.Lutfi meyandarkan kepala Dani pada dadanya lalu di tepuk perlahan badan Dani.

Apabila tidak melihat sebarang pergerakan dari Danial.Lutfi mendekati katil.Dia membetulkan bantalnya lalu di meletak perlahan kepala Danial.

Dia mengambil bantal peluk lalu di letak di tepi Danial.Menghalang supaya Danial terjatuh dari katil. Selimut danial yang tergantung di belakang pintunya di ambil lalu diletakkan atas Danial.

Sesudah memastikan Danial okay,Lutfi mengambil tuala lalu disangkut pada lehernya.Charger telefon di cucuk pada telefonnya lalu di tekan butang on.

Dia bergerak dengan perlahan menuju ke arah tandas.Sempat lagi mengerling ke arah Danial yang sudah tidur sebelum menutup pintu tandas.

Selepas beberapa hari,Hanna sudah dibenarkan balik ke rumah.Raihan meletakkan beg baju Hanna di tepi katil Hanna.

"Thank you awak,susah-susah je awak datang sini "kata Hanna perlahan.Dia menyandarkan badannya di kepala katil.Dia memandang Raihan yang baru meletakkan beg baju miliknya.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now