51

1.1K 110 25
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤



Khadijah menurunkan beg bajunya dari kereta ibunya.Dia memandang sekeliling kawasan rumah Raihan.Dia tersenyum sinis apabila membayang kan tidak lama lagi dirinya akan tinggal di situ.

"Hey Dijah,kamu buat apa dekat situ.Ni keluarkan beg-beg ni semua "kata Puan Bayah pada anak gadisnya yang sibuk meninjau kawasan rumah Raihan.Dijah tersenyum suka lalu menolong ibunya mengeluarkan beg-beg baju.

"Assalammualaikum,Bayah....terima kasih lah datang jauh-jauh "sapa Puan Lia pada Puan Bayah.Mereka berdua bersalaman dan berpelukan.Khadijah menyalam ibu Raihan.

"Makcik sihat?Ermm Abang Han mana? "tanya Khadijah sambil meninjau-ninjau ke dalam rumah.Dari tadi dia tidak nampak kelibat Raihan.

"Raihan kejap lagi sampai rasanya,dia keluar dengan Rayyan and Resha beli barang katanya "kata Puan Lia sambil membantu Puan Bayah mengangkat beg baju tersebut.Nak harapkan Dijah,mahu sampai lusa nanti tak terangkat beg tu.

Dijah mengangguk faham lalu membuntuti ibu serta Puan Lia masuk ke dalam rumah.Jejak saja kakinya ke dalam rumah itu,mulut sudah ternganga luas.

"Hey Dijah,kamu jangan nak buat malu aku.Elok-elok lah perangai tu "kata Puan Bayah tegas.Segan dirinya berhadapan dengan Puan Rose apabila anak gadisnya itu bertindak seolah-olah tidak pernah menjejak kaki di rumah yang mewah.

Puan Lia tergelak kecil melihat telatah dua beranak itu.Lengan Puan Bayah yang menyenggol-nyenggol bahu anaknya itu dipegang.

"Tak apalah Bayah,biar je Dijah tu.Tak ada apa nak dimalukan pun "jawab Puan Lia tenang.Walaupun dia kadang-kadang tidak mengemari sikap anak beranak itu,tapi dia tidak marah soal kemewahan hidup. Baginya harta tidak dapat bawa ke kubur.

Khadijah mengemas baju-baju yang dibawanya.Dikeluarkan satu persatu dan disangkutkan menggunakan hanger.Tangannya sibuk menyelongkar beg baju lalu tangan memegang sebotol vitamin.

Dia menelan air liur memandang botol vitamin tersebut.Bunyi bukaan pintu dari luar menyebabkan dia dengan pantas menyorokkan botol vitamin tersebut di dalam beg baju.

"Ha dah kemas baju?Pergi turun tolong Acik Lia tu..kita ni menumpang je..jangan nak goyang kaki "kata Puan Bayah tegas.Sekali sekala dia harus bertegas dengan anak gadisnya itu.Tidak mahu asyik dimanjakan takut nanti tidak jadi orang.

Terherot-berot bibir Dijah mengikut apa yang dikata oleh ibunya. Disebabkan tidak mahu mendengar bebelan ibunya,cepat-cepat dia keluar dari situ.

Raihan

Kereta diparking di kawasan parking mall.Ni semua sebab Rayyan dan Resha yang sibuk nak membeli- belah.Entah apa nak beli pun tak tahu.Ni aku nampak satu plastik bag pun tak ada,memang kena diorang ni.

Aku menutup penghawa dingin sebelum memulas kunci kereta ke atas.Resha dan Rayyan sudah aku tinggalkan di hadapan tempat masuk mall.Diorang malas nak menapak jauh-jauh.

Aku keluar dari kereta sambil memasukkan kunci kereta ke dalam poket seluar.Angin yang kuat membuatkan rambut aku berselerak.

"Aduh angin ni,aku tahulah aku handsome tapi tak payahlah nak buatkan perempuan-perempuan ni lagi syok dekat aku " bebel aku perlahan.Eh lawak pulak bila puji diri sendiri ni.

Bunyi ringtone telefon membuatkan aku cepat-cepat mengunci pintu kereta.Ni mesti tak lain dan tak bukan,si Rayyan.Budak tu bukan jenis penyabar.

Selepas memastikan semua pintu berkunci dengan elok,langkah di bawa ke arah tempat masuk mall. Disebabkan Malaysia mengalami panas yang melampau,aku membuat keputusan untuk berdiri di dalam mall sementara menunggu Rayyan dan Resha sampai.

Stalker Si Abang PengawasOù les histoires vivent. Découvrez maintenant