47

1.1K 110 88
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤












"Saya nak maklumkan pesakit bernama Hanna ...."

Raihan dan yang lain berdebar menanti sambungan doktor itu. Mereka di dalam hati,mendoakan yang baik-baik untuk Hanna.

"Alhamdullilah,pesakit sudah melepasi tahap kritikal.Sekejap lagi nurse akan hantar pesakit masuk ke wad "kata doktor lelaki itu sambil tersenyum.

Puan Rose dan Puan Lia saling berpelukan.Mereka semua mengucapkan syukur kepada ilahi. Raihan tidak lagi mampu menyimpan senyumannya.

"Baiklah doktor,nanti masukkan dalam wad perseorangan ye.Terima kasih "kata Puan Rose pada doktor lelaki.Doktor itu hanya mengangguk sebelum beredar dari situ.


Raihan memandang muka pucat Hanna.Dia mengeluh berat mengenag perkara yang berlaku pada gadis itu.Raihan memegang tangan Hanna yang bercucuk dengan jarum.

"Hey,aku dah sampai ni.Tak nak jumpa aku ke sayang?I'm here.You'r love is here.Please wake up.Jangan hukum aku macam ni "kata Raihan perlahan.Dahinya di tekap pada sisi katil pesakit.

Sungguh dia risau dengan keadaan Hanna.Sudah berapa jam dia menunggu untuk Hanna sedar,tapi masih tiada apa-apa perkembangan positif.

Kini hanya Raihan yang berada di hospital untuk menjaga Hanna.Yang lain sudah balik.Walaupun mula- mula ibu dan ayah Hanna ingin menjaga,tapi Raihan menawarkan dirinya kerana risau dengan keadaan Puan Rose yang mengandung.

Raihan membaringkan kepala di sisi katil Hanna sambil tangan erat memegang tangan Hanna yang pucat. Perlahan-lahan matanya tertutup untuk dia menuju ke alam mimpi.

Hanna membuka perlahan-lahan. Matanya kecil kerana cahaya lampu bilik yang terkena matanya.Dahi berkerut memandang siling yang sememangnya bukan biliknya.

Baru dia ingin mengangkat tangannya,baru dia sedar Raihan di situ Automatik kepalanya sudah terimbas dengan kejadian semalam di mana Lutfi bergaduh dengan Adam.

Perlahan-lahan dia menggiring ke arah Raihan.Dia membetulkan posisi badannya dengan berhati-hati,takut jika membuat lelaki itu terjaga.

Tangannya ringan mengusap perlahan rambut Raihan.Dia tersenyum sendiri memandang rambut kusut Raihan.Tidur pun buas.

Pergerakan badan Raihan membuatkan Hanna dengan pantas menarik laju tangannya.Dia membetulkan posisi badannya sebelum memandang Raihan.

"Eh,dah bangun?kenapa tak kejut aku ni? "kata Raihan perlahan apabila sudah sedar sepenuhnya.Rambut dibetulkan menggunakan jari.Dia duduk di sisi katil Hanna.

Baru Hanna ingin nenjawab,matanya membulat sebelum dia memegang atas kepalanya.Serta merta keluhan lega terkeluar dari mulutnya.Ingatkan dirinya tidak memakai tudung.

Raihan tergelak kecil apabila melihat kekalutan Hanna. "Ish kau ni,risau sangat..mak kau sarungkan tudung dekat kau lepas je kau dipindahkan ke sini.Jangan risau "kata Raihan perlaha  sambil menepuk perlahan bahu Hanna.

Hanna mengangguk malu."Ermm, macam mana awak tahu saya dekat sini? "tanya Hanna hairan. Setahunya dia tidak memberitahu sesiapa mengenai hal ni.Tak mungkin ayah serta ibunya.

Raihan mengerutkan dahi. "Kau kan yang call aku semalam?aku dengar semua apa yang berlaku "kata Raihan memandang tepat mata Hanna sehingga membuatkan Hanna gusar lalu mengalihkan matanya memandang pasu bunga yang diletakkan sebelah pintu tandas.

"And kau jangan risau,aku dah bagi warning dekat lelaki yang punca kau jadi macam ni.Insya Allah lepas ni dia tak akan ganggu kau lagi "kata Raihan senang sambil mengenggam tangan Hanna yang tidak dicucuk jarum.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now